CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peraturan papan tanda dwibahasa selaras bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – DBKL

26-11-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13941| Komen: 12

 



KUALA LUMPUR: Tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan berhubung bahasa rasmi negara ini.

DBKL dalam kenyataan, hari ini menegaskan bahawa penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar ibu kota itu bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang ditetapkan.

Menurutnya, tindakan itu adalah jelas selaras dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara Malaysia.

“DBKL bertanggungjawab memproses dan meluluskan papan tanda iklan premis perniagaan yang sebahagian daripada lesen komposit iaitu lesen yang diluluskan bersama lesen premis perniagaan.

“Semua pemilik premis perniagaan hendaklah memastikan pemasangan papan tanda iklan di premis perniagaan, perlu terlebih dahulu memohon lesen sebagaimana diperuntukkan di dalam perenggan 5 (1) Undang-undang Kecil Iklan WPKL 1982,” katanya.


Tambah kenyataan itu, bagi permohonan lesen papan tanda premis ini, pengesahan visual daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah salah satu dokumen wajib yang perlu diserahkan oleh pemohon kepada DBKL untuk kelulusan.

“Berdasarkan Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, Akta Kerajaan Tempatan 1976 menyatakan bahawa semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan boleh juga dalam apa-apa bahasa lain.

“Selain itu, huruf bagi perkataan dalam bahasa kebangsaan hendaklah diberi keutamaan dan hendaklah dari saiz yang lebih besar daripada huruf atau tulisan perkataan dalam bahasa lain,” katanya.

Jelas kenyataan itu, jika nama sesuatu firma, persatuan atau syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965 atau Akta Pertubuhan 1966, terdiri dari atau termasuk perkataan yang bukan dalam bahasa kebangsaan, maka tidak perlu diterjemahkan perkataan itu ke bahasa kebangsaan.

Dalam pada itu, katanya sepanjang tahun ini, DBKL dengan kerjasama DBP sudah menjalankan operasi di enam lokasi pusat membeli-belah.

“Kita mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 31 notis kesalahan terhadap premis yang menyalahi peraturan dan antara kesalahan ialah premis mempunyai lesen perniagaan tetapi tidak mempunyai kelulusan lesen iklan papan tanda.

“Maka premis akan dikenakan tindakan kompaun oleh DBKL. Tindakan menurunkan papan iklan juga boleh dilakukan oleh DBKL,” katanya.

Selain itu, kesalahan lain termasuk premis mempunyai lesen perniagaan dan lesen iklan papan tanda tetapi melanggar syarat-syarat iklan iaitu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu perkataan dalam bahasa kebangsaan perlu lebih besar dari saiz huruf dalam bahasa lain.

Semalam, Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing, dalam satu kenyataan di Facebooknya, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan penguatkuasaan yang diambil DBKL berhubung peraturan papan tanda dwibahasa.

Katanya, penguatkuasaan oleh DBKL itu mencetuskan tindak balas melampaui batas, menimbulkan rasa tidak puas hati serta mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Tambah beliau, tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum

Khamis lalu, media melaporkan DBKL melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Sumber : Buletin TV3


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 26-11-2024 08:17 AM
cintailah bahasa kita
Quote aavakateimani 26-11-2024 08:17 AM
cintailah bahasa cina juga
Quote SalenaGomez 27-11-2024 08:49 AM
Sibuklah kau… Akta bahasa papan tanda tu dah lama, bkn baru pon. Negeri lain relax je boleh buat siap ada jawi lagi. X pernah pelancong nak komen2 mcm tu. Dah itu identiti malaysia … depa bkn melancong europe. Kalau pi vietnam, telen lagi x reti nk baca tulisan depa. Bm ni semua bangsa boleh baca

Jadi menteri x perlu rasis sgt. U talk about bahasa kebangsaan ya
Quote nusaraya 27-11-2024 11:14 AM
SalenaGomez replied at 27-11-2024 08:49 AM
Sibuklah kau… Akta bahasa papan tanda tu dah lama, bkn baru pon. Negeri lain relax je boleh buat si ...

Woow... Kau ini tampaknya nak menghianati status Malaysia sebagai negara milik bangsa melayu ...bukan milik China, India ... Jadi seharusnya Malaysia mengasakan bahasa melayu, agama islam dan bangsa melayu sebagai pihak yang distimewakan dan diutamakan ..

Ingat ... Melayu adalah Malaysia  dan Malaysia adalah Melayu ... Malaysia juga adalah Pengasas dan Penguat Kuasa Tamadun Melayu dan juga Alam Melayu ...Hehehehe
Quote Nnasda53 27-11-2024 11:27 AM
Ikut perlembangaan je la apa susahnya.
Quote SalenaGomez 27-11-2024 12:05 PM
nusaraya replied at 27-11-2024 11:14 AM
Woow... Kau ini tampaknya nak menghianati status Malaysia sebagai negara milik bangsa melayu ...bu ...

Hahahaa semak lah indon ni. Mengeja salah. Senang je nak detect kau ni indon. Nyahh kau sibuk hal kain orang, kain sendiri pon koyak
Quote SalenaGomez 27-11-2024 12:06 PM
Nnasda53 replied at 27-11-2024 11:27 AM
Ikut perlembangaan je la apa susahnya.

Betulll, x faham kenapa nk question perkara yg dah dlm perlembagaan, mcm x pandai jadi menteri motac
Quote Nnasda53 27-11-2024 12:19 PM
SalenaGomez replied at 27-11-2024 12:06 PM
Betulll, x faham kenapa nk question perkara yg dah dlm perlembagaan, mcm x pandai jadi menteri mot ...

Tak faham perlembangan tapi di lantik jadi menteri.Asal dia keluar kenyataan mesti tak lama lepas tu u turn.
Shiiiiibaiiii betul.
Quote SalenaGomez 27-11-2024 03:36 PM
Nnasda53 replied at 27-11-2024 12:19 PM
Tak faham perlembangan tapi di lantik jadi menteri.Asal dia keluar kenyataan mesti tak lama lepas  ...

Buat u turn pastu minta maaf- settle kan…. Tapi bkn minta maaf betul2 kesal pon, buat syarat je tu. Mmg saje nak kasi trigger, nak test power. Kat bangsa sendiri nampak lah hero
Quote SWORKS27 27-11-2024 03:42 PM
bodo punya menteli pelancongan
Quote Nnasda53 27-11-2024 03:51 PM
SalenaGomez replied at 27-11-2024 03:36 PM
Buat u turn pastu minta maaf- settle kan…. Tapi bkn minta maaf betul2 kesal pon, buat syarat je t ...

Gigih membuktikan hero kat bangsa dia.
Mudah sangat minta maaf settle.
Ini dah kali ke berapa kenyataan2 vodoh dia nih.

Quote ultra78 28-11-2024 06:09 AM
Undang-undang sudah ada,tapi puak tu tak nak ikut.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050417 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top