CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel, bagi PDRM siasat suntingan video PMX di CNN – Nei Ching

25-11-2024 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4703| Komen: 3

Bagi PDRM siasat suntingan video PMX di CNN – Nei Ching



KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menyerahkan siasatan berkaitan suntingan video temubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Richard Quest di CNN kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu diambil susulan penjelasan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mendakwa video itu disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan mengelirukan rakyat.

“Tentang tindakan yang akan diambil mereka yang sunting video (temu bual Anwar bersama CNN), saya rasa lebih sesuai dijawab oleh PDRM,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawan soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang meminta kementerian menjelaskan suntingan video Perdana Menteri itu yang memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel.


Sebelum ini, Fahmi berkata video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri, iaitu Malaysia akan terus melindungi kewujudan Palestin dan tidak akan pernah sesekali mengiktiraf negara haram Israel. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-11-2024 06:18 PM
Malaya ialah negara terakhir di dunia yang mengiktiraf Israel, even selepas wujudnya Palestine.
Quote aavakateimani 26-11-2024 08:04 AM
kite kene ade english edukesyen
Quote aavakateimani 26-11-2024 08:06 AM
kite ni jgn la senang di perbodohkan oleh pembankang

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.027941 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top