CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 maut MPV bertembung 4WD. Tular video MPV lawan arus dikejar polis?

22-11-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20707| Komen: 10

 

Sarikei: Lelaki tempatan antara lapan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kesemua mangsa yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 3.40 petang.

Menurutnya, sebaik tiba didapati ada mangsa yang masih tersepit dalam kenderaan.

 


"Dua daripada mangsa yang menaiki Perodua Alza dilaporkan tercampak dari kenderaan yang dinaiki.

"Sementara dua lagi mangsa yang menaiki 4WD dilaporkan cedera dan dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan," katanya.

 
 

Menurutnya, pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Katanya, kesemua mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang.

Sumber: Harian Metro (Erika George), Facebook Francis ngu hown hua page. Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 22-11-2024 08:33 AM
selamat bertugas
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:33 AM
salam takziah
Quote lightheaded67 22-11-2024 09:46 AM
mmg boleh ek gini, kejar lawan arus bahaya org lain skali? tanya ek
Quote prettyuglybabe 22-11-2024 11:01 AM
indon kan penuh dalam alza?
pati?
Quote tungkai 22-11-2024 11:32 AM
Sekarang ni pun makin menjadi2 bawak kenderaan lawan arus...Bila kena hon boleh buat muka tak puas hati samseng...!!Apa plan menteri nombor plat dlm kes camni..??
Quote BawangCaramel 22-11-2024 01:13 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote hokeypokey 22-11-2024 05:12 PM
kesian kt mangsa yg tak bersalah
Quote Skuau 22-11-2024 05:16 PM
Edited by Skuau at 22-11-2024 05:34 PM
lightheaded67 replied at 22-11-2024 09:46 AM
mmg boleh ek gini, kejar lawan arus bahaya org lain skali? tanya ek


kan..sb depa akn bawa laju(dh pulis kejor)...lwn arus lg..tentula pelanggaran akan cetuskan IMPAK MAKSIMA.
Quote edayildiz 22-11-2024 05:21 PM
kalau kita bertembung yg lawana rus..apa kita nk buat..berserah je ke..i selalu dk fikir bnda gitu..pdhl xde la mengalami pun..
takziah utk semua keluarga mangaa
Quote sayawifenikmie 22-11-2024 07:09 PM
nasib baik tak ada magsa inosen yg meninggal

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.192086 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top