CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi susulan pembangunan yang semakin pesat

21-11-2024 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33564| Komen: 91|Original author: ultra78

 
 
 
KOTA KINABALU - Penebangan pokok dan pembangunan tidak teratur dipercayai punca Kundasang sudah tidak sejuk lagi, kata Datuk Jaujan Sambakong (Warisan-Sulabayan) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis.

Beliau berkata, suasana alam sekitar tempat pelancongan tanah tinggi itu sudah tidak sama seperti sebelum ini di mana pembangunan sudah banyak di kawasan berkenaan.

"Saya ada pergi ke Kundasang, bila saya lihat, saya beritahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, tempat itu cukup cantik.

"Tapi hari ini saya tengok jauh dari segi alam sekitar berbanding dulu, tak sejuk lagi, tak nyaman lagi. Yang lain kadang-kadang tiada lagi, pasal penebangan pokok-pokok dan kita tidak nafikan kesan daripada pembangunan pesat.

"Saya tengok di lereng-lereng bukit di Kundasang itu banyak pembangunan tidak teratur. Bukan hanya di sungai, akhirnya pokok-pokok mati maka itulah berlaku yang kita katakan perubahan iklim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pindaan Rang Undang-Undang Taman-Taman (Pindaan) 2024 yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Beliau yang menyokong pindaan Rang Undang-Undang tersebut turut berkata, perubahan iklim itu bukan saja kerana fenomena dunia tetapi disebabkan perbuatan manusia.

"Jadi saya sangat menyokong pindaan akta ini supaya diperkasakan lagi untuk tujuan supaya sentiasa ada tarikan dan dapat dinikmati bukan saja generasi hari ini tetapi di masa akan datang," katanya.

Sebelum itu, Rang Undang-Undang yang dibahaskan oleh lapan ADUN telah diluluskan secara sebulat suara dalam persidangan kali ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Barebow77 21-11-2024 06:18 PM
Setahun yang lalu aiol pergi Kundasang nie..kena musim hujan..frust giler lansung tak nampak puncak Akinabalu..bertutup awan jah..tapi mmg sejuklah sampai nak mandi pon pun takut..xpasti lah sejuk sebab hujan sama ke haper..masa kat Dairy Farm tu sejuk biasher2 jah tapi gigih aiol berjeket bagai ambil gambar dengan view lembu sebab nak
fefeling New Zealand..
Quote IzzahF 21-11-2024 06:22 PM
Barebow77 replied at 21-11-2024 06:18 PM
Setahun yang lalu aiol pergi Kundasang nie..kena musim hujan..frust giler lansung tak nampak puncak  ...

sejuk sebb hujan tu chuols, siang2 panas terik. banyak PATI kat situ main pacak buat rumah, buat homestay kalo masuk dlm2 tu serupa kat yindon je
Quote anony-mous 21-11-2024 06:24 PM
Betul ke x sejuk? I pegi 2018 mcm tu kalau x silap. Sejuk gila. Menggigil2 nk mandi bagus la ada pembangunan tp kesian jgk kalau x terkawal jd mcm cameron. Ckup buat jalan elok je. Xpyh over sgt
Quote tripleid 21-11-2024 06:59 PM
Sana sini biar hutan gondol kena tebang pastu bila bumi makin panas tau lak menggelupor..eh hanatt ko sekolah ke tak??!!


Quote dua_chzy 21-11-2024 07:33 PM
Edited by dua_chzy at 21-11-2024 11:37 AM

Pi la masa kuat angin, dah nak sejuk sangat.
Quote dua_chzy 21-11-2024 07:33 PM
Edited by dua_chzy at 21-11-2024 11:36 AM
IzzahF replied at 21-11-2024 10:22 AM
sejuk sebb hujan tu chuols, siang2 panas terik. banyak PATI kat situ main pacak buat rumah, buat h ...


Mana hado PATI buat homestay kat sana. Keja tanam kubis ja deol suma tu. Pehtu idok la PATI sangat sebab ramai yang hada permit. Majoriti Bugis ngan Tator Ndon serumpun or Timorese yang keja situ.
Quote mrs669 21-11-2024 07:49 PM
Kundasang lagi sejuk compare.to KL ...suhu panas membara
Quote otai_g 21-11-2024 07:59 PM
Jgn jd mcm Cameron highland da la. Cameron highland skrg bkn je x sejuk tp da level panas tropika da. Hasil Dr pihak2 yg mkn rasuah
Quote jiwasemangat 21-11-2024 08:10 PM
Sejuk jerr aku gi sept lalu. Petang² hujan.. tengahhari pon sejuk. Malam tak berani pasang e cond. Angin kuat sangat atas gunung sejuk yaamat. Tak berani lepak kat luar..sbb angin sejuk. Aku lepak homestay atas gunung. Sejuk gila.
Quote Jitu 21-11-2024 08:46 PM
mcm boring je kundasang ni tengok dlm gambo tu
Quote Jitu 21-11-2024 08:47 PM
dua_chzy replied at 21-11-2024 07:33 PM
Mana hado PATI buat homestay kat sana. Keja tanam kubis ja deol suma tu. Pehtu idok la PATI sangat ...

awek2 cun ramai tak ?
Quote dua_chzy 21-11-2024 08:54 PM
Jitu replied at 21-11-2024 12:47 PM
awek2 cun ramai tak ?

Kalau ko taste muka Cina, hado la jugak.
Quote Jitu 21-11-2024 08:59 PM
dua_chzy replied at 21-11-2024 08:54 PM
Kalau ko taste muka Cina, hado la jugak.

oh kureng la mcm tu
Quote jiwasemangat 21-11-2024 09:04 PM
Kawasan situ banyak nya di bangun kan  oleh org local. Kalau kerajaan negeri Sabah dapat fikir kan utk buat town planning yang baik, aku pasti maju sangat.
Quote hanamunir 21-11-2024 09:32 PM
baru pergi kundasang bulan lepas..
masih rasa sejuk..
kebetulan hujan renyai2 dan hujan dari maghrib sampai esok pagi..
angin pun kuat, buat bbq tak payah berkipas..
tapi ayam udang sotong semua sejuk beku lepas masak haha..
kena makan cepat2..
lama termenung fikir nak mandi ke tak, water heater ada tapi tak suka air panas..

kalau nak tengok puncak gunung, kena keluar cepat2 lepas subuh..
kalau 7 am ke atas, biasa nya memang tak nampak sampai ke sudah sebab awan/kabus tutup..
Quote Kuin-Kepam 21-11-2024 09:34 PM
tripleid replied at 21-11-2024 06:59 PM
Sana sini biar hutan gondol kena tebang pastu bila bumi makin panas tau lak menggelupor..eh hanatt k ...



Quote mrsLucky 21-11-2024 09:51 PM
still sejuk...but kalau dah pernah pi 3 or 4 kali pun cukup lah..nothing yang interesting dah..except kalau pagi nampak jelas gunung kinabalu tanpa kabus....soo damn pretty...
Quote Kak-Rohana 21-11-2024 11:39 PM
Jitu replied at 21-11-2024 08:46 PM
mcm boring je kundasang ni tengok dlm gambo tu

utk local tourist..wow ler!nak lawan Labuan Bajo pun belom tentu..apatahlagi Swiss Alps..NZealand tak terkejor

Quote kucim 21-11-2024 11:46 PM
Bila nature area dah kena ganggu...
Sama mcm cameron dgn genting

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.074975 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top