CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rujuk sah, Diana Danielle harap dapat cepat bercerai

20-11-2024 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29282| Komen: 20

 


Selesai pengesahan rujuk, pelakon Diana Danielle berharap prosiding perceraian dengan suami, Farid Kamil yang bersambung pada 2 Disember depan diselesaikan dengan segera.

Menurut Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, semua urusan pengesahan rujuknya hari ini berjalan lancar, selebihnya tidak banyak penjelasan dapat diberikan buat masa sekarang.

“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.

“Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera.

“Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan segala kebaikan untuk semua yang terlibat,” katanya dalam Instagram Story hari ini.

Dalam masa sama, Diana sempat menitipkan penghargaan selain memahami cara kerja pengamal media yang bertugas membuat liputan kes perceraiannya di mahkamah selama ini.


“Saya faham bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada editor dan pihak atasan masing-masing.

“Selain itu, saya sangat menghargai sokongan mereka selama ini dalam membantu perkembangan karier seni saya, termasuk mengimbangi kekurangan yang wujud sepanjang saya bergelar anak seni.

“Sebagai tanda penghargaan, saya percaya apabila mereka menyokong kita, wajarlah kita turut memberi sokongan kepada mereka,” ujarnya.

Terdahulu selepas prosiding hari ini, Diana masih dengan pendirian tidak berkongsi lanjut mengenai prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Sementara, Akberdin pula memberitahu mahkamah hari ini mengesahkan Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri pada 31 Ogos tahun lalu.

Mahkamah seterusnya menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh untuk plaintif iaitu Diana menyediakan dokumen berkaitan sijil rujuk bagi meneruskan prosiding perceraian yang difailkan terhadap Farid.

Pada 4 November lalu, Akberdin berkata, Diana memfailkan cerai kerana tiada persefahaman dan shiqaq (perbalahan) berpanjangan.

Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan cerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran Instagramnya pada 28 Oktober lalu.

Bintang filem Imaginur itu turut memberi peringatan kepada Farid agar tidak memujuknya lagi selain jemu dengan janji yang tidak ditepati sebelum ini.

Farid bagaimanapun menegaskan dia masih menyayangi Diana dan anak-anak selain nekad mempertahankan rumah tangganya.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 21-11-2024 12:30 AM
Ni baru tajuk yg lebih tepat le kan

Tp tetap le bodow ada ke rujuk sebelum ni x didaftar..sejenis tak fikir panjang
Quote L.U.S.M 21-11-2024 03:00 AM
Mmg la xbyk perkara nak dikongsi sbb ko la yang kata dulu rujuk xpyh file xpyh regis..

Now dh nk bercerai baru terhegeh nk daftar rujuk tu...

Cer klu itu silap FK,mesti dh menceceh ko bising salahkan FK tu kan..tp sebab in silap ko..nk xnk senyap jela kan..siap suh reporter jom balik
Quote noor2 21-11-2024 05:00 AM
pocongkiutss replied at 21-11-2024 12:30 AM
Ni baru tajuk yg lebih tepat le kan

Tp tetap le bodow ada ke rujuk sebelum ni x didaftar..sejenis t ...

Entah2 x jadi cerai sb dia pernah kata apa jua keputusan dia akan akur...
Quote noor2 21-11-2024 05:01 AM
Lain sungguh muka DD..dah mcm muka Dayah isteri arwah abam
Quote minahgempal 21-11-2024 08:02 AM
makin lama makin tak lawa DD nie..dah sebijik muka mak dia versi putih jek..
Quote KamikuP 21-11-2024 08:07 AM
Nak cerai, cerai je la.. letih netizen ni taww nak layan kerenah bipolar kau tu dgn laki kacip kau tu.. ekekeke
Quote KamikuP 21-11-2024 08:08 AM
Nak cerai, cerai je la.. letih netizen ni taww nak layan kerenah bipolar kau tu dgn laki kacip kau tu.. ekekeke
Quote limesherbet 21-11-2024 09:04 AM
Tak kisah la...muka tu sila slim kan balik...lately dah nampak tembam agaknya stress dgn laki tak blh pakai sampai dd makan banyak
Quote Cpkay 21-11-2024 09:04 AM
dah kenapa nak pakai songkok mcm ada kematian tu ?
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:26 AM
la kenapa tak daftar rujuk
Quote LauraRichis 21-11-2024 10:57 AM
Macam muka syura pulak gambar sheols ni
Quote azwanaliori 21-11-2024 11:05 AM
Jawanya muka sheols skrg ni
Quote Chah21 21-11-2024 11:17 AM
Sape taw klu lawyer x bg contact direct anak guam dia, melalui lawyer saja, tp bila tanya thru lawyer,diorang palau,,, mmg normal ke
Quote nolya 21-11-2024 11:23 AM
pocongkiutss replied at 21-11-2024 12:30 AM
Ni baru tajuk yg lebih tepat le kan

Tp tetap le bodow ada ke rujuk sebelum ni x didaftar..sejenis t ...

Mungkin DD tak betul2 fham aturan rujuk mesti juga lapor.  Dahlah tak faham, diberitau pun ak nak ikut, main otak sendiri.  Tak sangka pula akan terjadi masalah untuk kedua kalinya. Dah tersandung baru kecoh, kalut jadinya.  Dgn persoalan begitu boleh sedarkn tidak saja kpd DD tapi juga kpd wanita2 lain agar tak perlekehkn bab rujuk.
Quote suri33 21-11-2024 11:35 AM
Tak belajar2 bab perkahwinan ni rujuk lah mahkamah ikut prosedur sebetulnya. Tak faham aku perempuan2 dlm Malaysia ni boleh terima benda tangkap muat. Org nasihat kemain ego dulu.
Quote aavakateimani 21-11-2024 12:01 PM
cepatlah selesai kesian dd menderite
Quote aavakateimani 21-11-2024 12:02 PM
dd cantik sgt syg tak digarhai
Quote hunters 21-11-2024 12:59 PM
aavakateimani replied at 21-11-2024 12:02 PM
dd cantik sgt syg tak digarhai

kita ni hidup brkawin bkn sbb cntik je...cntik handsome tu boleh pudar seiring masa..cri la pasangan yg boleh get along well...
Quote aavakateimani 21-11-2024 01:14 PM
hunters replied at 21-11-2024 12:59 PM
kita ni hidup brkawin bkn sbb cntik je...cntik handsome tu boleh pudar seiring masa..cri la pasang ...

rupa pun penting. mana tahan hari2 bgn tidur tgk muka pembancuh simen kat sebelah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.100419 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top