KUALA TERENGGANU – Seorang duda anak lima yang tidak serik berkhalwat buat kali ketiga bakal menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebat di dalam masjid apabila dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. Hakim Kanan Syarie, Kamalruazmi Ismail memerintahkan Mohd. Affendi Awang, 42, dikenakan enam kali sebatan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Beliau berkata, perintah sebatan tersebut akan diadakan di khalayak ramai di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang di sini selepas solat Jumaat pada 6 Disember depan. Kamalruazmi juga memerintahkan Mohd. Affendi yang merupakan tukang rumah juga dikenakan denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayarnya. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang wanita berusia 52 tahun yang bukan isteri dan mahramnya yang menimbul syak perbuatan tidak bermoral pukul 1.40 pagi, 16 Jun lalu.
Perbuatan pasangan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Pengkalan Ranggon, Kemaman. Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara boleh dikenakan bagi kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya berkuat kuasa 1 Januari lalu. Kosmo! 20 Februari lalu melaporkan Mohd. Affendi menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan melakukan kesalahan khalwat berulang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
lanacondor replied at 20-11-2024 11:32 PM
Nikah Siam je la bang. Kalau xmampu tu siap2 buat injection perancang kt bini baru supaya xmembenih ...
kotakbaju replied at 20-11-2024 11:39 PM
Pompuan umur 52 tahun masih boleh preggy lagi ke
ADVERTISEMENT