CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tindakan pantas pekerja selamatkan budak nyaris lemas dipuji dan naik gaji

20-11-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4309| Komen: 3

 


PETALING JAYA – Tindakan pantas pekerja sebuah hotel menyelamatkan seorang kanak-kanak hampir lemas ketika mandi di sebuah kolam renang dipuji orang ramai.

Kejadian itu dirakam pelanggan hotel tersebut yang kebetulan sedang merakam suami dan anaknya mandi di kolam yang sama.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan terkapai-kapai di bawah gelongsor kolam renang.

Perakam video itu berkata, dia bagaimanapun tidak menyedari kejadian tersebut kerana leka melihat suami dan anaknya.

“Aku rakam Stapa (suami) dengan anak mandi, terkejut aku tengok staf lari punya pantas selamatkan budak itu daripada lemas,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas pekerja hotel terbabit selain ada yang mengecam ibu bapa kanak-kanak tersebut yang tidak memantau pergerakan anak mereka.


“Staff tempat ini memang bagus, pantau dekat kolam renang. Banyak kali dah menginap sini,” kata Syira.

“Terbaik, bagi anugerah kepada penyelamat kita. Tahap waspada ketika kerja sangat mantap,” puji Nik.

“Aku kalau pergi taman air, mata pantau budak-budak yang tak ada pengawasan mak ayah. Pernah jadi begini depan mata, bagi anak main tapi tak ada yang tunggu depan gelongsor, terkapai-kapai anak tu,” kata Puan Laila.

“Hari tu pernah selamatkan budak hampir lemas. Mak ayah duduk borak dekat tepi, lepas ayah dia nampak aku dukung anak dia, laju pula datang,” kongsi Belang


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kiahlemau 21-11-2024 12:10 AM
Kalau jumpa mak bapak jenis biar anak main sendiri smpi nak lemas mcm ni...elok di hamun je kuat2..biar smua org tgk spesis bebal jenis reti beranak tapi tak reti jaga
Quote hokeypokey 21-11-2024 01:06 AM
bodo punya mak bapak, anak tu kecik lagi
Quote Tinot7 21-11-2024 01:11 AM
Takde had ketinggian ka utk main menda ni?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065686 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top