CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis minta kerajaan teliti, perhalusi cadangan Akta Tahanan Rumah

19-11-2024 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6064| Komen: 0


 


KUALA LUMPUR: Polis berharap kerajaan akan meneliti dan memperhalusi cadangan penggubalan akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah dilaksanakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia penting bagi memastikan pelaksanaan Akta Tahanan Rumah itu dapat berjalan secara lebih teratur.

"Apa yang paling penting sekali sekiranya cadangan untuk menempatkan tahanan rumah ini dilaksanakan, adalah dalam konteks kepentingan dan keselamatan serta ketenteraman masyarakat umum secara keseluruhannya terjamin.

"Polis komited untuk memberikan kerjasama berhubung perkara ini khususnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara," katanya kepada BH hari ini.

Pada 19 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata rang undang-undang berkaitan tahanan di rumah akan dibentang pada tahun depan dengan Kabinet secara dasarnya juga sudah memberi kelulusan.


Cadangan Akta Tahanan Rumah disasarkan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tidak serius membabitkan 20,000 pesalah kategori tertentu.

Susulan itu, Saifuddin dilaporkan berkata tidak perlu ditimbulkan polemik berkaitan siapa layak dipertimbangkan menjalani hukuman kerana pesalah perlu melepasi beberapa tahap tapisan antaranya memiliki rekod disiplin baik ketika dipenjara.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya sedia memberikan sebarang cadangan dan penambahbaikan dalam sebarang sesi libaturus bagi memastikan kepentingan semua pihak terutama masyarakat umum tetap terpelihara.

Sumber - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.023725 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top