CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UTeM universiti pertama tubuh fakulti AI, Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX)

19-11-2024 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9640| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi universiti pertama dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) mempelopori bidang Kecerdasan Buatan (AI) dengan penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX).

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata, UTeM mahu menyerlah ke hadapan dengan menyahut seruan negara dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam merealisasi dan melebar luaskan penawaran program sedemikian dengan menubuhkan FAIX.

Oleh demikian, beliau berkata, UTeM komited untuk menjadi penyumbang utama penghasilan 200,000 pakar AI dan 100,000 pakar Keselamatan Siber menjelang 2030 selaras dengan visi Malaysia sebagai pemimpin teknologi serantau.

"Pada masa yang sama, kami akan terus memimpin MTUN dan peringkat nasional dengan mempelopori inisiatif penubuhan fakulti baharu ini dengan gabungan dua elemen utama permintaan semasa dunia iaitu AI dan keselamatan siber.


"Selari dengan itu, perkara ini turut mengukuhkan bidang tujahan UTeM dalam 'Advanced Manufacturing and Computing Technology' melalui integrasi AI dan Keselamatan Siber," katanya hari ini.

Massila berkata, UTeM akan memperincikan FAIX sebagai pusat kecemerlangan (CoE) bagi penyelidikan AI dan keselamatan siber di UTeM menerusi integrasi penyelidikan bersepadu untuk membantu menyelesaikan cabaran semasa industri.

"Ini tentunya turut menjadi anjakan dalam kepelbagaian program pengajian TVET termaju di UTeM untuk menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi menerusi program baharu merangkumi ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran dalam bidang AI, Keselamatan Siber dan bidang tumpuan khusus seperti Keselamatan AI dan Privasi Data.

"Kurikulum dan silibus program sudah dirangka dengan teliti bersama input daripada pakar industri untuk memastikan relevansi dan standard yang tinggi di samping penawaran program pengajian ini akan melahirkan graduan berkelulusan AI dan keselamatan siber yang kompeten dan diperlukan oleh pasaran kerja global," katanya.

Katany, UTeM berpengalaman luas dalam bidang gabungan AI dan keselamatan siber ini kerana dua jabatan sedia ada di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) dikembangkan menjadi fakulti baharu.

"Justeru, menjadi keterujaan kepada kami dalam merealisasikan proses lanjutan dan pelebaran program berintegrasi komprehensif AI dan keselamatan siber ini kerana kami mempunyai kepakaran tinggi dan siri pencapaian unggul dalam kedua-dua bidang ini," katanya.

Menyentuh mengenai operasi FAIX, Massila berkata, gerak kerja penubuhan sudah bermula pada tahun ini dan proses operasi sepenuhnya dijayakan adalah pada awal tahun 2025.

"Sementara itu, FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026 yang dijadualkan pengambilannya pada bulan Oktober nanti," katanya.

Sumber -  Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 19-11-2024 12:16 PM
Kat utm pun ada kan fakulti AI ni
Quote fattymah 19-11-2024 12:21 PM
sfrnna replied at 19-11-2024 12:16 PM
Kat utm pun ada kan fakulti AI ni

Ada rasanya.. sebab ada org utm approach tok laki iols nak collaborate.. nak cerita lebih tak meeting lagi dengan lecturer tu
Quote clueless_gamer 20-11-2024 03:58 AM
grad CSI UTEM byk industry player at least senior tech vet puji quality dia.. tu yg aku dengar dari geng dev lah

eloklah tu.. kita dah plan nak bukak server farm / ai data center kt sini nanti kan.. it goes without saying..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.119923 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top