CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Perempuan Tingkatan Dua maut terjatuh tingkat lapan bangunan sekolah

19-11-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10888| Komen: 31

 


GEORGETOWN: Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, di sini, semalam.

Difahamkan, pihak sekolah menghubungi ambulans selepas menemukan mangsa yang tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan menerima laporan berhubung kematian remaja berkenaan.

"Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kematian pelajar itu pada jam 5.57 petang.

"Siasatan pihak polis di lokasi kejadian dan pada badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah," katanya dalam kenyataan media, tengah malam tadi.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis juga membuka laporan mati mengejut bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.


"Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis serta menularkan gambar atau video lokasi kejadian bagi menghormati perasaan waris mangsa," katanya lagi.


Sumber -  Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 19-11-2024 08:18 AM
sekolah swasta ke? aku xpernah jmpa lagi sekolah kerajaan 8 tingkat, selalu 4 tingkat je. anyway, takziah kpd keluarga mangsa.
Quote monreyes 19-11-2024 08:20 AM
dah jadi trend pulak budak skolah terjun bangunan...ko dah knp....psl bf ke family
Quote blekkep 19-11-2024 08:20 AM
fanaz82 replied at 19-11-2024 08:18 AM
sekolah swasta ke? aku xpernah jmpa lagi sekolah kerajaan 8 tingkat, selalu 4 tingkat je. anyway, ta ...

sekolah cina
Quote imransulaiman 19-11-2024 08:28 AM
8 tingkat sekolah dia.. Kalau takde lift, boleh kurus cikgu obese turun naik tangga
Quote IzzahF 19-11-2024 08:34 AM
sekolah apo 8 tingkat?
Quote melinda_kerr 19-11-2024 08:50 AM
ada lif ke..... jgn assume juga bunuh diri. entah2 kena buli ditolak.. who knows
Quote IvyGorgon 19-11-2024 08:51 AM
Sekolah cina ni, kesiannya kalau betul2 terjatuh. Atau suicide?
Quote afie_m 19-11-2024 08:58 AM
harap tiada unsur jenayah..buli...tolak..atau apa ja lah..
8tingkat..tingginya..
Quote mejaputih 19-11-2024 10:20 AM
monreyes replied at 19-11-2024 08:20 AM
dah jadi trend pulak budak skolah terjun bangunan...ko dah knp....psl bf ke family

Adakah terikut2 citer drama korea?
Quote prettyuglybabe 19-11-2024 10:29 AM
takkan takde saksi langsung..
sekolah penuh budak kot..
Quote syamzana 19-11-2024 10:32 AM
waktu kematian dah dekat 6ptg, kejadiannya mesti lbh krg kan?
sek sessi ptg/ada aktiviti ptg yg org x ramai sgt? ke tempat tersorok sgt sampai takde org perasan sebelum kejadian jatuh tu?
Quote hokeypokey 19-11-2024 11:58 AM
makin berhantu la skolah tu woiii
Quote airfilterkotor 19-11-2024 12:07 PM
fanaz82 replied at 19-11-2024 08:18 AM
sekolah swasta ke? aku xpernah jmpa lagi sekolah kerajaan 8 tingkat, selalu 4 tingkat je. anyway, ta ...

Sekolah gomen ada jer yang melebihi 5 tingkat sis, dan semestinya ada lif. Cumanya kita tak perasan sebab design dia dah tak macam tipikal sekolah gomen.

Quote vanilacup 19-11-2024 12:13 PM
Skrg adalah full moon dan setiap bulan ketika full moon mesti ada berita budak sekolah maut terjatuh dari tempat yg tinggi.
Kenapa full moon dikaitkan kerana graviti dari bulan kpd manusia itu ada yg memberi kesan termasuklah isu kesihatan terjejas di sana sini juga emosi terganggu.
Ini adalah fakta sains bukan telahan atau sangkaan semata2..
Sebab itu ada protokol full moon bermaksud menjaga diet pemakanan ketika bulan penuh utk mengelakkan mcm2 sakit dtg dan ketidakselesaan pd tubuh.
Sentiasalah bersedia menjaga dan menguruskan emosi anda utk full moon ini dgn sebaiknya..
Quote AbukRokok 19-11-2024 12:22 PM
kne kejar hantu kot
Quote Kitty_catz 19-11-2024 12:52 PM
imransulaiman replied at 19-11-2024 12:28 AM
8 tingkat sekolah dia.. Kalau takde lift, boleh kurus cikgu obese turun naik tangga

ada tp students tak leh guna lift

btw nama sekolah tu Heng Ee High School



Quote vee_zara 19-11-2024 05:58 PM
Ayoyo. Strict sangat kot parents or teacher. Pernah p sini. Cikgu pun jalan mcm robot tak mesra langsung.
Quote cantthinkofany 19-11-2024 06:06 PM
mmg term guna mati mengejut eh? kenapa tak buat logik sikit...mati akibat impak jatuh dari tempat tinggi....
Quote Tinot7 19-11-2024 06:08 PM
Takziah kpd keluarga

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078680 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top