Meskipun berdepan kontroversi konsert Sumandak Stars baru-baru ini, penyanyi Stacy berkata dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah. Memetik Astro Gempak, Stacy berkata dia profesional jika bertemu dengan Bella serta mengatakan tidak berbaloi untuk bergaduh. “Macam Bella pun pusing-pusing akan jumpa juga dan kami sama-sama orang kampung, jadi tak berbaloi untuk bergaduh. “Saya rasa kalau berjumpa pun mustahil nak bermacam muka. Lucu sebab saya pun dah tua dan dia juga begitu…ada anak juga. Jadi kami relaks-relaks saja,” katanya. Dalam pada itu, Stacy meluahkan rasa syukur suaminya serta peminat memberikan sokongan yang membuatkan dia lebih fokus untuk berkarya. “Akim selalu beri kata-kata semangat kepada saya sampaikan saya tak ada ruang untuk rasa saya ini tidak baik. Tambahan, orang-orang di luar sana berikan sokongan,” katanya.
Terdahulu Stacy membuat keputusan untuk menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November ini. Sumber - Astro Gempak, Rotikaya |
irvene replied at 18-11-2024 10:22 PM
alahai ko ingat suara ko bak buluh perindu ke? perasan diva lah ko ni. suara ko tu macam jantan tau? ...
Minami2013 replied at 18-11-2024 11:34 PM
Tolong la si bella ni bila nk terkambus.. harap alip najis tak kutip dia blk. Kalo tk, dok cycle je ...
noor2 replied at 19-11-2024 06:05 AM
Knp nk bermasam muka? Bella ada buat salah ke kat dia? Apa yg Bella dah buat kat dia..?serius x faha ...
silampumeja replied at 19-11-2024 12:34 AM
sebelum dia reveal dia rujuk dgn alip dulu balik pun dia duk mantain canang , nak survive dlm indu ...
ADVERTISEMENT