CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan gempa bumi semakin kerap muncul. Petanda apakah?

18-11-2024 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30800| Komen: 15

 


SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sejenis ikan digelar ‘ikan gempa bumi’ dilihat di luar pantai California, Amerika Syarikat, yang merupakan kali kedua ia ditemui di negeri itu pada tahun ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ikan dayung atau ‘oarfish’ itu ditemui oleh seorang pelajar doktor falsafah (PhD) dari Institusi Oseanografi Scripps di Universiti California, selepas ia terdampar di pantai Encinitas minggu lalu.

Pelajar tersebut melaporkan bahawa ikan itu bersaiz antara 2.7 meter hingga 3 meter panjang. Ia lebih kecil daripada ikan dayung sepanjang 3.6 meter yang ditemui di luar pantai San Diego, California pada Ogos lalu.

Ikan berbadan panjang mirip ular itu sering digelar ikan gempa bumi kerana ia dianggap peramal berita buruk, khususnya bencana atau kemusnahan. 

Menurut legenda, jika seseorang terlihat ikan dayung, ia adalah petanda amaran bahawa bencana alam seperti gempa bumi akan berlaku.


Misalnya pada tahun 2011, 20 ikan dayung ditemui di pantai Jepun sejurus sebelum gempa bumi dahsyat berukuran 9.0 magnitud melanda.

Justeru, penemuan ikan dayung adalah kejadian luar biasa kerana makhluk itu hidup di zon mesopelagik, kawasan air dalam di mana cahaya tidak dapat menembusi.

Namun, saintis-saintis marin mencadangkan bahawa corak cuaca yang berubah boleh menjadi punca penampakan ikan dayung yang lebih kerap. – AGENSI 

Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 18-11-2024 09:41 PM
Petanda Maha Pencipta
Quote Perawankota 18-11-2024 11:41 PM
Panjangnya saiz ikan ni
Quote PULANGKAN 19-11-2024 01:34 AM
oarfish, ikan laut dalam ni memang panjang

zaman dulu, orang nampak ikan ni, bawak cerita, sampai ke penglipur lara, habis jadi naga dongeng. panjang, besar, misai panjang, kuasa sakti bagai. dalam lukisan pun banyak guna gambar ikan ni sebagai mitos dan dongeng rakyat.
Quote PULANGKAN 19-11-2024 01:34 AM
oarfish, ikan laut dalam ni memang panjang

zaman dulu, orang nampak ikan ni, bawak cerita, sampai ke penglipur lara, habis jadi naga dongeng. panjang, besar, misai panjang, kuasa sakti bagai. dalam lukisan pun banyak guna gambar ikan ni sebagai mitos dan dongeng rakyat.
Quote nisako 19-11-2024 09:33 AM
adui
Quote afie_m 19-11-2024 10:02 AM
perubahan corak cuaca, harap bukan bencana besar..
Quote shernazz 19-11-2024 11:15 AM
Iols oernah nampak dalam satu bideo ni..
Dia pancing ikan..dapat ikan oarfish ni..memancor2.kaler silver dia..cantik sangat...
Tp tu la..macamana isi dia ek kalau goreng?.mcm.slim.je.ikan.ni..hahha
Quote Insomniac 19-11-2024 11:41 AM
shernazz replied at 19-11-2024 11:15 AM
Iols oernah nampak dalam satu bideo ni..
Dia pancing ikan..dapat ikan oarfish ni..memancor2.kaler si ...

Eh boleh ke mkn oarfish ni? Kang gempa bumi dlm perot pulak
Quote noell 19-11-2024 11:53 AM
Insomniac replied at 19-11-2024 11:41 AM
Eh boleh ke mkn oarfish ni? Kang gempa bumi dlm perot pulak

masak tempoyak pun sodap neh nyum nyum nyum

Quote talia 19-11-2024 11:55 AM
Ikan ni ke yg boleh berenang menegak. Tp scary ye psl petanda gempa
Quote shernazz 19-11-2024 04:50 PM
Insomniac replied at 19-11-2024 11:41 AM
Eh boleh ke mkn oarfish ni? Kang gempa bumi dlm perot pulak

Entah le uols..
Orang dok mancing dapat tu takkan dia lepas kam..sebab ikan ni mcm fragile tau..
Lapisan silver dia tu mcm.senang hilang gitu
Quote hokeypokey 20-11-2024 01:44 PM
petanda gempa bumi dan tsunami ler kot dh nama ikan pun ikan gempa bumi.. soalan siap jawapan ke ni???
Quote uori 20-11-2024 01:51 PM
ikan ke belut nih
Quote Tinot7 20-11-2024 02:11 PM
Sedap ka kalau dimakan?
Quote dua_chzy 20-11-2024 05:13 PM
PULANGKAN replied at 18-11-2024 05:34 PM
oarfish, ikan laut dalam ni memang panjang

zaman dulu, orang nampak ikan ni, bawak cerita, sampai k ...

Masa tu sekor ikan ni panjang dalam 5 meter persis dinosor kot, tu yang dikatakan naga la apa la

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057715 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top