CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Biar orang buat kita.. Sabar" – Aida Aris akhirnya bersuara, didakwa liat melunaskan hutang

18-11-2024 08:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33771| Komen: 78

 


Didakwa liat melunaskan hutang melebihi RM200,000, pelakon Aida Aris mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberikan maklum balas terhadap dakwaan bekas adik iparnya.

Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 52, berkata, tindakan sedemikian diambil bukan disebabkan takut, sebaliknya mengikut nasihat ibu agar bersabar apabila menghadapi dugaan.

“Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan ‘biarlah orang buat kita.. sabar,” katanya dalam perkongsian di laman sosial.
Begitupun, pelakon asal Singapura yang sudah tiga dekad berada dalam arena seni itu meminta kepastian daripada pengikutnya mengenai keputusan dibuat.


Dia bertanya perlukah dirinya tampil selepas menjadi sebutan dalam media sosial susulan pendedahan dibuat bekas adik ipar di sebuah program televisyen dan Instagram.

“Patut ke aku tampil?” ujarnya ringkas.

Menerusi hantaran lain, Aida menzahirkan terima kasih terhadap mereka yang memberikan sokongan ketika dia berdepan dugaan tersebut.

Bahkan, dia juga bersyukur dan mengakui doa seorang ibu itu memang ada walaupun individu tersebut sudah lama meninggal dunia.

“Terima kasih semua. Doa mak tak pernah putus walaupun mak dah tak ada. Al-Fatihah buat mak dan abah,” tulisnya.
Terdahulu, individu dikenali sebagai Ziela Rashid membuat pendedahan mendakwa Aida enggan melunaskan hutang sebanyak RM208,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Wanita itu sebelum ini mengakui tidak menyangka pelakon yang telah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan enggan membayar hutang yang melibatkan dirinya serta suami.


Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 18-11-2024 08:56 PM
Tampil je lah kalau rasa x bersalah.. Bertahan kan diri.
Tapi meminjam kan? Kena lah bayar balik.. Tak byk.. bayar sikit2.

Ke pinjam utk org? So teraniaya?

Eh mcm2 pulak kita speku.. so tampil ajalah bersuara hehehe
Quote QueenIsolde 18-11-2024 08:58 PM
“Terima kasih semua. Doa mak tak pernah putus walaupun mak dah tak ada. Al-Fatihah buat mak dan abah,” tulisnya.

Aiyooo statement sheols, dia ni okay ke tak okay? Boleh ke org yg dah meninggal mendoakan org yg hidup

Lagi satu org yg bagi statement tahpape ni biasanya....
Quote Akalditipumata 18-11-2024 09:39 PM
Tampil utk ckp Tu je ke achik? Aku dh la takut ngn achik ni.. mcm vibes2 seram wednesday..
Quote kucing_gebu 18-11-2024 09:48 PM
pesanan arwah mak dia terpakai utk lepaskan diri dr hutang jugak ke? Bolehlah lps ni kita berhutang dgn bank lps tu diam dan bersabar..
Quote emera 18-11-2024 10:02 PM
Ko pinjam duit org kan? Knp ko mcm nk ckp yg ko x salah xnk byr hutang tu??
Quote Moyangkucing 18-11-2024 10:06 PM
Kita tak bayar hutang kita kat orang pun kira kategori 'org buat kita eh?'
Quote MissVixen 18-11-2024 10:19 PM
Orang suka berhutang memang perangai macam ni. Sape yang yang buat kau? Kau yang aniaya orang dan tak bayar hutang. Lantak la nak bising ke apa, bayar la dulu hutang tu. Tak mampu, bayar sikit2. Celaka manusia perangai  macam ni.
Quote sleepandream 18-11-2024 10:21 PM
bekas adik ipar ropernyer...
Quote starcity 18-11-2024 10:35 PM
Kalau tak berhutang sure dia dh menafikan awal2. Tak kisah apa pun alasannya, kalau dh berhutang wajib bayar
Quote Kurex 18-11-2024 10:52 PM
pondannya rupa dia
Quote pocongkiutss 18-11-2024 11:25 PM
Piramida replied at 18-11-2024 08:56 PM
Tampil je lah kalau rasa x bersalah.. Bertahan kan diri.
Tapi meminjam kan? Kena lah bayar balik.. T ...

Kalau ada bukti kukuh takde maknanya dia nk tny2 org perlu tampil ke tak

Yg acah2 teraniaya ni pempaham jelah cemana
Quote pocongkiutss 18-11-2024 11:26 PM
Moyangkucing replied at 18-11-2024 10:06 PM
Kita tak bayar hutang kita kat orang pun kira kategori 'org buat kita eh?'

"orang buat kita" sbb dia buka aib kita la tu khen
Quote anilanil 18-11-2024 11:32 PM
Arr ghisau..
"Doa mak tak putus walaupon mak dah tiada.."
Anak la patut doakan utk org tua yg tiada sbb org yg meninggal dunia amalannya terputus kecuali amal jariah, ilmu yg bermanafaat & doa dari anak yg soleh.
Acik rohaida, pasaipa mak acik yg meninggal tu pulak nak kena doakan anaknya yg masih hidup?
Quote awenda507 18-11-2024 11:35 PM
Dh berhutang nk acah2 teraniaya pulak dahh
Quote NickBaru1 19-11-2024 12:31 AM
Kalau berhutang elok la settle cecepat. Hutang2 ni jgn dibuat main. Susah kat 'sana' nanti.
Quote NickBaru1 19-11-2024 12:35 AM
Btw pemiutang ni bekas adik ipar sheols dari penjuru mana? Adik kepada her ex-husband, or ex-wife kpd adik lelaki acik aida?
Quote kikyou 19-11-2024 01:59 AM
Org yg berhutang mmg kebanyakannya mcm ni. Hakak ckp lagi sekali..KEBANYAKAN. korang bukan blh caya, nanti salah tapsir kang...bantainya kecam aku plak.
Quote CikHasanah 19-11-2024 06:15 AM
Sikit-sikit mak.
Quote noor2 19-11-2024 06:24 AM
Mak ko dlm kubur tu pun x redha jika ko berhutang dgn org ..masa hidup ni langsaikan lah hutang....jgn bawak sampai mati...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.052339 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top