CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dapat hang, muka hang aku seret kat jalan’ - Syifa Melvin berang wajah anak disamakan dengan haiwan

18-11-2024 08:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31913| Komen: 42

 


Berang wajah anak disamakan dengan haiwan, pelakon Syifa Melvin memberi tempoh 24 jam kepada seorang pemilik akaun Instagram untuk menghubunginya menerusi mesej langsung atau berdepan tindakan undang-undang.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 30, berkata, individu biadab seperti itu tidak akan berhenti berbuat tindakan sama sebelum dikenakan sebarang tindakan.

“Siapa mak bapak malang ada anak macam ni? Bab famili, bab anak kau salah besar.

“Aku bagi masa 24 jam untuk binatang ini datang DM aku guna akaun sebenar kau sebelum esok aku pergi balai polis dengan laporkan pada MCMC.

“Kau tak nak benda ni jadi besar, kau datang sini cari! Tolong cari jap siapa yang pandai IT! Manusia macam ni layak kena ludah! Tak kena tak tahu,” tulisnya dalam Instagram.

Isteri kepada pemain bola sepak Safawi Rasid itu turut memuat naik komen pengguna terbabit yang mengejek anaknya, Saif Sulaiman, 14 bulan.


“Muka macam babi lagi sama la dengan kau tu hahaha,” itu tangkap layar ejekan individu dimaksud dalam Instagram yang dikongsikan Syifa.

Pelakon drama Bulan Di Kaki Langit itu turut meminta pakar dalam bidang teknologi mencari dalang di sebalik beberapa akaun palsu lain yang secara tiba-tiba menyerangnya.

“Wahai ‘hackers’ Malaysia, tolong Syifa cari budak ni anak siapa. Tak puas hati tapi pakai akaun lain. Aku dapat hang muka hang aku seret kat jalan,” tulisnya lagi.

Dia turut menegaskan isu mental tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk sesuka hati mencerca orang lain

“Bab anak aku, keluarga aku hang (kau) jangan sentuh. Hang sakit mental ke bukan masalah aku.

“Aku memang akan cari sampai jumpa. Hang budak ke, terencat akal ke, tak matang ke, mari sini aku ajar hang adab dan cara matang.


“Mungkin mak bapa hang tak ajar hang. Mengetaq dah nak ajar hang. Tolong Syifa cari,” tulisnya dalam Insta Story.

Semakan dalam ruangan komen, pengikutnya meminta Syifa bertindak pantas tanpa memberikan tempoh kepada individu terbabit.

“Tak payah tunggu esok, buat sahaja laporan hari ini,” kata seorang netizen.

“Mereka ini berani kerana tiada tindakan, tapi dah kena sekali mesti berbenti,” tulis seorang pemilik akaun lain.

Menerusi perkahwinannya dengan Safawi yang didirikan pada 28 November 2022, mereka dikurniakan Saif Sulaiman. 


Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jasmeen 18-11-2024 09:12 PM
Tak baik Nye la..baby kot..suka hati je..ni memang kalau dpt sesuai muka seret kat jalan back kata syifa
Quote anilanil 18-11-2024 09:27 PM
Berbaloi ke hackers nak tolong lain la kalo dia nak bayar upah. Si pelaku pon 0 follower 0 post mmg fake account berbaloi ke nak marah beria?
Quote ezacbee 18-11-2024 10:04 PM
Oo anak safawi..

Hmm ko nak seret muka dia, last2 2-2 ke dalam..

Quote LadyCarefree 18-11-2024 10:08 PM
Kalau cakap muka macam bear ok tak? Atau muka macam kucing?
Quote MelahJanda 18-11-2024 10:13 PM
org tu ejek kau...kau pulak ugut nak cederakan dia

sama2 satu lokap la nnt dak?
Quote doubleA 18-11-2024 10:57 PM
Jahatnya mulot, comel je baby tu
Quote awenda507 18-11-2024 11:39 PM
Padahal comel je si saif tu. Muka nk sama mcm jedda anak syida
Quote Perawankota 18-11-2024 11:46 PM
Tapi yg dia pon bahasa kasar sgt kenapa
Quote DeLuna85 19-11-2024 12:24 AM
Betul la cara lopa dulu tak nak dedahkan muka bilal.
Quote Kurex 19-11-2024 01:26 AM
jangan nak menuduh iols. walaupun iols anti pompuan ni & adik beradik sheols, tak pernah iols nak mengata muka budak kecik. btw, kalau kita suka mengata rupa paras org nok, orang akan berdendam tau. sebab tu jangan marah bila orang mengata pulak muka anak kita..
Quote Chah21 19-11-2024 01:28 AM
anilanil replied at 18-11-2024 09:27 PM
Berbaloi ke hackers nak tolong lain la kalo dia nak bayar upah. Si pelaku pon 0 follower 0 post mmg  ...

X bole marah org kata anak kita rupanya
Quote kucim 19-11-2024 01:56 AM
Edited by kucim at 19-11-2024 07:59 AM

Zmn skrg berani upload something beranilah tanggung akibat

Sebab kita hidup di zmn manusia yg makin backwards takda tamadun
Quote starcity 19-11-2024 06:03 AM
Org yg kutuk anak dia tu mmg terang2 salah.
Dia pulak ckp nk seret muka org tu kt jalan. Sorg mengeji sorang mengugut. Silap2 org tu pn blh buat polis report kt kau
Quote noor2 19-11-2024 06:29 AM
Jahat gila ..mcm org x sekolah mengutuk anak org mcm tu sekali..org yg bijak x kan mengutuk anak2 ( bayi) org x kira sapa..
Quote TomyamPuteh 19-11-2024 06:31 AM
Sampai ke tahap budak2 yg suci murni pun boleh jadi bahan kutukan, org tu mmg level binatang ataupun bangkai la.
Quote shernazz 19-11-2024 07:01 AM
Maybe pernah direject syifa?
Bitter dgn anak pula
Quote evilcooler80 19-11-2024 07:13 AM
Dah kau yg pergi tunjuk muka anak,dalam,sosial media utk tontotnan awam. Pastu org kutuk, ko meroyan. Apa punya tahi la ko ni.  
Quote apedehal 19-11-2024 07:20 AM
DeLuna85 replied at 19-11-2024 12:24 AM
Betul la cara lopa dulu tak nak dedahkan muka bilal.

Tp ank lopa comey..mst hari2 dipuji punya
Quote 800214 19-11-2024 07:34 AM
LadyCarefree replied at 18-11-2024 10:08 PM
Kalau cakap muka macam bear ok tak? Atau muka macam kucing?

Redza Rosli org kata mcm kucing. Hihihi

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.170650 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top