CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seberang Sungai Golok guna pangkalan haram akan ditangkap bermula 1 Disember ini - Polis

18-11-2024 08:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28373| Komen: 7

 


KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan melaksanakan operasi besar-besaran untuk menangkap rakyat tempatan yang pulang ke negara ini dari Thailand melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan itu merupakan satu langkah untuk memperkasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu menggunakan laluan yang tidak diwartakan untuk memasuki negara ini.

Menurutnya, justeru, rakyat Malaysia akan ditangkap semasa mereka menjejakkan kaki di negara ini selepas pulang dari Thailand melalui pangkalan haram.

“Undang-undang menerusi Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 sudah ada, cuma kita akan lebih menguatkuasakan akta itu pada 1 Disember ini.

“Kita akan tangkap rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan. Bukan hanya rakyat tempatan, warga asing seperti Thailand dan Myanmar juga akan dikenakan tindakan sama,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, justeru, tujuan utama langkah memperketatkan undang-undang itu dijalankan adalah untuk mengelak kegiatan penyeludupan terutamanya dadah dan senjata api daripada terus berleluasa di negara ini.

Menurutnya, justeru, semua perjalanan melibatkan rakyat Malaysia ke Thailand perlu melalui pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan.

“Kawalan di sempadan negara akan dijalankan selama 24 jam bermula tarikh tersebut. Ada yang mengatakan bahawa ramai remaja dari Thailand yang bersekolah di sini dan pelajar di Kelantan belajar di pondok di seberang.

“Jadi, mereka perlu melalui ICQS selepas ini untuk masuk atau keluar dari dua negara. Jika tidak, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka,” ujarnya. 


Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 19-11-2024 07:05 AM
Akta dh lama ada tp selama ni kenyang salam keruk.
Bila dh xterkawal cenggini baru thegeh² nk enforced.
Ptuih
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2024 04:49 PM
Tazzangka tikus boleh jalan atas air sungai
Quote cmf_almondpecan 19-11-2024 06:23 PM
So akta tu baru nak berkuatkuasa 1 Disember 2024 ke?
Quote Manjahati 19-11-2024 07:48 PM
Selama ni mmg boleh lalu situ lenggang kangkung je ke?
Quote Skuau 19-11-2024 07:56 PM
"Abang misti mau tangkap dia worang...kita pigi Langkawi abang jangan kacau la"-Rohingya
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:44 PM
bahaya naik bot
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:44 PM
best naik perahu haram ni tp kene doa byk2

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.082798 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top