JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan sebuah kapal kayu usang tanpa seorang pun anak kapal belayar di tengah laut di luar pantai Jepara, Indonesia, lapor laman berita Detik hari ini. Video yang dimuat naik di platform TikTok menggunakan akaun @fiankecrok4 itu telah ditonton 576,000 kali dan mendapat ratusan komen. Dalam rakaman video tersebut, perakam yang dikenali sebagai Fian berada di dalam sebuah perahu kecil. Dia merakam pemandangan kapal kayu itu yang kelihatan sudah tua dan usang. “Penampakan kapal tidak mempunyai awak-awak di laut Jepara. Kononnya, ia sering muncul sekitar Pulau Mondoliko dan dilihat oleh nelayan,” tulis Fian pada hantaran tersebut. Video tersebut dirakam baru-baru ini, namun dimuat naik di media sosial dua hari lalu. Fian berkata, dia pada mulanya mahu memancing ikan.
Namun, dia mengaku tidak berani untuk mendekati kapal kayu itu kerana ia kelihatan menyeramkan. Kehadiran kapal usang itu menjadi misteri kerana nelayan yang ditemui memberitahu bahawa terdapat sebuah kapal yang sering muncul dan kemudian hilang begitu sahaja. – AGENSI Sumber - KOSMO! ONLINE |
dineyta replied at 18-11-2024 09:36 AM
kapal rohingya
prince_marhaen replied at 17-11-2024 10:58 PM
tak macam kapal zaman2 lama, kapal moden jugak tu... meols speku kapal rohingya... kalau tak semua d ...
hokeypokey replied at 18-11-2024 11:30 AM
kapal alien???
nusaraya replied at 18-11-2024 01:39 PM
Itu bukan kapal Allien ... tetapi kapal atau Jong Melayu dari armada kapal perang empayar melaka y ...
ADVERTISEMENT