CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi kes kemalangan melibatkan lori, rempuh 11 kereta dan sebuah motosikal di MRR2. Tiga nyaris maut

18-11-2024 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22377| Komen: 17

 


GOMBAK – Dua lelaki dan seorang wanita cedera selepas sebuah lori melanggar 11 kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.09 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan lori lima tan yang melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal.

“Tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun cedera. Mereka diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 



Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qistiena 18-11-2024 08:13 AM
Menjadi jadi plak kemalangan kenderaan berat/ besar ni[em:11:][em:11:]ghisau jadinya
Quote KamikuP 18-11-2024 08:15 AM
Palat darat mendunia dan viral skrg ni ekk..
Quote BoongaKertas 18-11-2024 08:48 AM
diorang memang giler2 drive on the road...Allahu, moga kita terselamat dr palat2 darat ni.
Quote opie5662 18-11-2024 09:52 AM
Sepupu aku 2 kereta terlibat dlm eksiden ni semalam. Lori tu mmg shilaka
Quote Samerosie 18-11-2024 10:39 AM
opie5662 replied at 18-11-2024 09:52 AM
Sepupu aku 2 kereta terlibat dlm eksiden ni semalam. Lori tu mmg shilaka

Semoga dipermudahkan and speed recovery untuk your cousins.

MRR2 ni dr dulu tak sah kalau tak accident hari2.  Setengah orang suka guna sebab jalan dekat nak masuk area2 ampang, kg pondan, melawati, gombak etc etc tapi iols memang le avoid walau macamana pun rela le jalan jauh dan banyak traffic lights pun tak pe. dah la jalan berlekuk sana sini, jem, lane exit merging semua carca marba.
Quote opie5662 18-11-2024 12:28 PM
Samerosie replied at 18-11-2024 10:39 AM
Semoga dipermudahkan and speed recovery untuk your cousins.

MRR2 ni dr dulu tak sah kalau tak acc ...


Tu la. Kita yg dh biasa ni mmg kalau bolh nk elak. Sepupu aku tu dok jengka. Semalam kitorg ada kenduri kat sekinchan. So mmg situ la dia ikut nak balik jengka. Alhamdulillah cedera ringan n sakit2 badan je la. Makcik pulak dh berumur 70an. Masih trauma. Tunggu towing pkul 10 mlm br setel. Penat nye lahai. Nasib ada lg satu kereta tak terlibat, so ada la yg boleh bawak mak nye gerak g hosp dlu. Semua ada 3 kereta. 2 kereta yg kena.
Quote aryyan 18-11-2024 12:47 PM
KamikuP replied at 18-11-2024 08:15 AM
Palat darat mendunia dan viral skrg ni ekk..

aku ulang alik area hicom, proton smua tu, seriau gk byk lori.
bgegar keta kecik aku.
apantah lg moto2.
tabik kpd pmpuan yg pi keja mrempit sndiri.
smoga dipermudahkan urusan n slamat pi n balik keja (demi klangsungan idop di kota)
Quote sayawifenikmie 18-11-2024 03:25 PM
Edited by sayawifenikmie at 18-11-2024 03:27 PM

lori2 ni memang
depa punya lah laju
siap nak potong kita pulak (saya drive max 100-110 km / h) jer
tiba masa kerajaan buat sesuatu menghalang kemaharajaan depa kat atas jalan
pas tu suka macam dekatttt dengan kita

Quote zarulnazmi 18-11-2024 03:30 PM
yang buat hal lori. yang jpj cari motor
Quote kelip2_07 18-11-2024 03:35 PM
plg menakutkn jln port klang Ftz..Lori racing selamba jer

aku pn xtau FTZ tu stand utk ape
Quote TeropongThaico 18-11-2024 08:36 PM
Innalillahwainnalillahirojiun
Makin menjadi2 le pulak
Quote kakikuDibibirmu 18-11-2024 09:46 PM
kelip2_07 replied at 18-11-2024 03:35 PM
plg menakutkn jln port klang Ftz..Lori racing selamba jer

aku pn xtau FTZ tu stand utk ape

Free Trade Zone adik-beradik dengan sitizoners
Quote kelip2_07 19-11-2024 12:15 PM
kakikuDibibirmu replied at 18-11-2024 09:46 PM
Free Trade Zone adik-beradik dengan sitizoners

ooo br tau tq kaka
Quote capiloton 19-11-2024 12:54 PM
Edited by capiloton at 19-11-2024 12:56 PM
zarulnazmi replied at 18-11-2024 03:30 PM
yang buat hal lori. yang jpj cari motor

biasa la, golongan marhaen,
paling mudah di tindas,
easy money for gomen dengan saman motor.

yang lori pulok milik towkey2,
geng2 kartel dan geng tonto, jadi tukang monitor,
tak payah cek puspakom,
guna runner, boleh terus lulus

Quote olaklempit 19-11-2024 01:17 PM
Edited by olaklempit at 19-11-2024 01:19 PM

Lori trelar ni patutnya disaman selalu baru tauke2 ada akal, kalau kat highway depa lane paling kanan dah lah laju penguatkuasa pun macam takda kuasa, bawah siapa MOT kan?
Quote Firenzza 19-11-2024 01:27 PM
sayawifenikmie replied at 18-11-2024 03:25 PM
lori2 ni memang
depa punya lah laju
siap nak potong kita pulak (saya drive max 100-110 km / h) jer

Iols ada tengok dlm TT haritu drebar lori rakam video dia menyumpah seranah keta kt depan dia sbb x bagi dia potong, dah tahu kat hiway speed limit 110. Drebar mcm ni la yg juga selalu bagi signal sekali teruih pancung lane kanan
Quote sayawifenikmie 19-11-2024 01:41 PM
Firenzza replied at 19-11-2024 01:27 PM
Iols ada tengok dlm TT haritu drebar lori rakam video dia menyumpah seranah keta kt depan dia sbb  ...

lepas tu depa ikut rapat
memang ngeri
ada certain2 jalan memang banyakkkkkk sangat2 lori2 treller bagai ni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066474 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top