CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Bergaduh, Scha Alyahya Cepat Sejuk, Awal Ashaari Merajuk 7 Hari - "Scha Dalam Masa Satu Jam Sahaja Dah Ok"

15-11-2024 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 75217| Komen: 78

 


Pelakon Scha Alyahya berkata hampir 12 tahun mendirikan rumah tangga sudah pasti pelbagai dugaan ditempuhi bersama suaminya, Awal Ashaari.

Memetik HibGlam, Scha berkata dia dan suami juga turut diuji dan adakalanya ada pergaduhan berlaku namun mereka cuba perbaiki masalah yang timbul.

“Tahun ini sudah masuk tahun ke 12 usia perkahwinan kami. Bila makin lama bukan makin harmoni. Kadang-kadang lebih teruk pergaduhan yang berlaku. Sebab kita terlalu meletakkan harapan yang tinggi.

“Tetapi kami cuba sedaya upaya untuk mengatasinya. Setiap hari kami cuba perbaiki setiap masalah yang timbul,” katanya.


Sementara itu, Awal berkata seboleh-bolehnya perpisahan sebagai pilihan terakhir kerana banyak perkara perlu diambil kira termasuk mengenai anak-anak dan keluarga.

Menurut Awal, lagi, komunikasi sangat penting dan perlu memahami pasangan masing-masing. Tambahnya lagi, pasangan juga perlu berbincang dalam keadaan tenang.

“Saya selalu cakap dengan Scha, biarpun kita ada kuasa untuk teruskan hidup secara individu tetapi kena fikir banyak faktor. Kita bukan hidup di dunia ini berdua sahaja. Kita telah lahirkan dua anak. Kita mempunyai keluarga yang sangat erat. Banyak tanggungjawab.

“Jadi, seboleh-bolehnya sebelum kita buat sesuatu keputusan itu biarpun berada dalam keadaan marah macam mana sekalipun, kena tolak tepi perceraian. Itu adalah jalan terakhir. Kalau sudah tidak boleh sangat, barulah kita ke arah itu (perceraian),” katanya.

Sementara itu, Awal berkata isterinya cepat sejuk hati tetapi dia sendiri selalu mengambil masa selama tujuh hari untuk memulihkan hubungan selepas bergaduh.


“Tujuh hari adalah tempoh paling panjang untuk saya. Itu pun saya pergi rumah mak saya. Sekarang sudah berkurangan jadi tiga hari. Tetapi Scha dalam masa satu jam sahaja dia sudah boleh kembali seperti biasa. Kalau bergaduh pagi, malam kami dah boleh makan bersama.

“Tetapi saya seorang yang suka mengambil masa untuk berfikir. Saya perlukan masa untuk refleksi. Walaupun kadang-kadang memang salah saya. Selepas dua tiga hari barulah saya akan sedar itu adalah salah saya,” katanya.

SUMBER: HibGlam, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 15-11-2024 11:16 PM
Kira balance la ni, masing2 boleh kawtim
Quote makcun14 15-11-2024 11:19 PM
ternyata walaupun agak kuat gaydar si awal dondang, namun ego tetap ada. Scha pulak hmm hmm kan saja la mengalah demi konten
Quote likilu 15-11-2024 11:29 PM
Eloklah dah besar ada masalah balik rumah mak jangan pergi carik boifren balik rumah mana mana lelaki tinggalkan isteri jaga anak anak
Quote supernaturalee 16-11-2024 12:54 AM
Dh kenapa tiba2 2 org Ni

Quote riyadhK 16-11-2024 01:00 AM
Nonok kan harusla drama
Quote pocongkiutss 16-11-2024 01:56 AM
Betul la khen..awaliah mcm pompuan..merajuk lama

Si bini pula ala2 maskulin..why bother why bother..jap je dah hilang marah
Quote Frangapini 16-11-2024 02:14 AM
Awal balik rumah Mak sendiri bila gaduh kadang-kadang 7 hari, lately dah kurang sikit 3 hari duduk rumah Mak

Aduhai, x payah la share kat media. Rasa kelakar sangat sebab lelaki keluar  rumah bila gaduh & drag sampai 7 days di rumah Mak
Quote Frangapini 16-11-2024 02:16 AM
Harap perkahwinan mereka masih ada spark, hubungan kasih sayang suami isteri. Bila baca article, apa yg Awal cakap , lebih kepada kerana memikirkan masa depan anak-anak.

Semoga Allah panjangkan jodoh kalian, Aamiin
Quote kikyou 16-11-2024 02:19 AM
Selalu camtula. Isteri ni suka merajuk lama banding suami. (Hakak x salah dlm membaca eh)
Quote hokeypokey 16-11-2024 02:34 AM
dh laki ko perangai ponen
Quote missyL 16-11-2024 07:04 AM
Lain nye muka awal
Dah ala2 muka joey terkini
Quote missyL 16-11-2024 07:04 AM
hokeypokey replied at 16-11-2024 02:34 AM
dh laki ko perangai ponen

Paling tepat
Quote emera 16-11-2024 07:13 AM
Campondan.
Quote pichee 16-11-2024 07:18 AM
asalkn bahagia la korg!!!!
Quote makcun14 16-11-2024 07:25 AM
she ngan awal posing pun takde nak peluk peluk tampal tangan kat perut laki sheols.
nampak macam gambar ngan geng ponens
Quote sk8er 16-11-2024 08:05 AM
Hari tu scha nangis2 bercerita psl ujian rtangga, now keluar lg cerita diaorg ni. Apa2 pun semoga kuat bertahan dan jodoh berpanjangan. Suka tgk anak2 diaorg
Quote lightheaded67 16-11-2024 08:06 AM
tp mmg laki lama sikit merajuk kan, sbb deyol jarang merajuk? tp kalau kerap merajuk, pastu tiap kali merajuk 3 7 hari, mmg la who ayus kan aje.
Quote Glass_shoes 16-11-2024 08:16 AM
kikyou replied at 16-11-2024 02:19 AM
Selalu camtula. Isteri ni suka merajuk lama banding suami. (Hakak x salah dlm membaca eh)

"Hantar saya balik rumah mak"
Quote cap_ayam 16-11-2024 08:17 AM
Muka awal dah macam muka syamel.

Semoga berbahagia selalu scha dan awal.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.048922 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top