CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saling berdalih dalam isu kenaikan premium insurans perubatan

15-11-2024 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 43179| Komen: 36

 


PETALING JAYA – Bank Negara dan dua kementerian dikatakan berdalih dalam soal kenaikan premium insuran perubatan yang membelenggu rakyat.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Bank Negara memberitahu bahawa kos perubatan adalah dijaga oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau memberitahu Sinchew Daily, Kementerian Kesihatan bagaimanapun berpendapat kenaikan kos perubatan mempunyai kaitan dengan kos hidup, sekali gus menolak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Poay Tiong berkata, dalam keadaan saling berdalih itu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying telah memanggil satu mesyuarat rentas kementerian untuk membincangkan isu itu.

Katanya, mesyuarat itu juga dihadiri enam Ahli Parlimen DAP termasuk beliau sendiri.

Menurutnya, hospital-hospital swasta telah mencatatkan keuntungan setiap tahun dan mereka juga diadu kerana memberi layanan berlainan untuk pesakit yang mempunyai kad perubatan dengan yang tidak mempunyai.


“Untuk pesakit yang mempunyai kad perubatan, pihak hospital akan melakukan pemeriksaan ke atas hidung dan telinga walaupun pesakit mengalami sakit mata.

“Biasanya pesakit juga akan mendengar cadangan pihak hospital untuk melakukan pemeriksaan berkenan kerana kosnya ditanggung insurans,” katanya.

Menurut Poay Tiong, syarikat insurans boleh menyelaras premium insurans berdasaran tuntutan untuk tempoh tiga tahun.

“Syarikat insurans tidak akan menjadi pihak yang rugi, kerana semuanya akan ditanggung oleh pencarum insurans.

“Oleh itu saya memberitahu Bank Negara untuk menolak permohonan kenaikan premium satu syarikat dan yang lain pun pasti akan takut untuk menaikkan harga secara sembarangan.

“Sebenarnya, premium insurans tidak perlu dinaikkan jika syarikat insurans berjaya mengawal kos,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Yeoh Bee Yin berkata, data daripada Bank Negara menunjukkan kos perubatan di Malaysia meningkat pada 12.6 peratus pada tahun lalu, berbanding peningkatan 5.6 peratus pada peringkat global.

Beliau meminta Kementerian Kesihatan meningkatkan kawalan terhadap bayaran yang dikenakan hospital swasta.

Katanya, harga yang telus harus disediakan  dan ditunjukkan kepada pesakit, tidak kira sama ada mereka mempunyai kad perubatan atau tidak.

Tambahnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup perlu menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kenaikan premium insurans.
 

SUMBER: –  Malaysia Gazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 15-11-2024 03:11 PM
Erm...
Iols mampu erm...jelah.
Huhu
Quote cattiecute 15-11-2024 03:14 PM
insurans anak iols *IA pun naik jugak
alasan harga medical naik
dah la naik mendadak pula
memang iols biar lapse je tapi iols p ambik insurance P*udentol
terus jadi bawah rm180 je. daripada stick insurance sama jadi 224
Quote edoraixora 15-11-2024 03:27 PM
Edited by edoraixora at 15-11-2024 03:30 PM

aku ambil BSNPru
setiap tahun naik lebih kurg 10% dari amaun memula carum dulu
nak surrender sayang pulak, dah belas tahun mencarum
ada yg bagi suggestion, minta agen revised utk kurangkan amaun caruman
Quote prettyuglybabe 15-11-2024 03:30 PM
i pun tengah berfikir nak terminate my insurance..
almost 400 per month dah..
i gi gomen je lah lepas ni..
Quote Samerosie 15-11-2024 03:49 PM
prettyuglybabe replied at 15-11-2024 03:30 PM
i pun tengah berfikir nak terminate my insurance..
almost 400 per month dah..
i gi gomen je lah lepa ...

I dah terminate and only simpan term life investment jer.  Medical dah lebih 30 tahun i ambil tapi sebab most of the time guna company punya jer so i terminate, relieve juga.
Quote Samerosie 15-11-2024 03:54 PM
OK, ni my GP cerita sebab i pernah tanya kenapa bila i pakai card i tengok kat apps
insurance tu rega sampai 100 lebih tapi bila i pay cash, rega just 75-80 for AGE (haha semua nya AGE jer kan).  Dia cakap kalau patient pakai cashless medical card, memang clinic akan charge tinggi.  Reason being, bila clinic submit claim, insurance akan slash and query.  Ujung2 tak pulang modal.  Ubat2an pun sekarang dia kata guna yg generic for the same reason insurance akan query kenapa pakai ubat brand mahal etc.  Kalau patient bayar cash, the charge is less ikut harga sebenar.  
Quote s@s@ 15-11-2024 04:01 PM
something yg memang patut kena tgk....
Quote L.U.S.M 15-11-2024 04:02 PM
Actually insurance ni mmg a scheme curik duit cara terhormat

Nk claim punya laaa pyh..byk hidden terms and conditions tp byrn dia sbnrnya xbbaloi pun..unless keturunan mmg byk penyakit laaa..

Yg jenis jaga kesihatan jaga bmi etc..better save sendiri je..sbb hujung2 klu kronik sgt tetap la dicampak ke GH sana..

Sebulan paling koman 150-300, setahun dh 3600 10tahun xde claim apa2 dh jadi 36k buang2 gitu je for nothing..hahaha lols
Quote shamsadis 15-11-2024 04:09 PM
macam tak percaya ahli Parlimen buat kerja... jarang MP jaga rakyat
Quote prettyuglybabe 15-11-2024 04:18 PM
Samerosie replied at 15-11-2024 03:49 PM
I dah terminate and only simpan term life investment jer.  Medical dah lebih 30 tahun i ambil tapi ...

boleh ye macam tu?
i agen pun tak tau sapa..
dulu i pakai prulady..
pastu masuk company baru ada lahanat ni suruh terminate amik company sama macam dia..
kenalkan agen dia la..
agen pun kemahen prulady tak elok macam tu macam ni..
ujung-ujung dia entah mana..
policy bayar je..
claim apa tak pernah buat..
Quote Samerosie 15-11-2024 04:33 PM
Edited by Samerosie at 15-11-2024 04:39 PM
prettyuglybabe replied at 15-11-2024 04:18 PM
boleh ye macam tu?
i agen pun tak tau sapa..
dulu i pakai prulady..

Eh i punya pun prudential gak tapi bukan prulady, pru apatah i terminated in 2015/2016.  I pun tak tau siapa agent i imagine i buka account before 1999, lepas tu tak pernah guna. So i pi kat Prudential nya branch tu, i cakap i nak terminate.  derang tak tanya pun pasaipa terus assisted me to do it, tau2 whatever investment tu pulang balik kat i dapatlah dalam RM14k.  15 tahun punya mencarum banyak tu je dapat hahaha  yg lain2 tu takaful i stopped paying to maybe dah lapsed terminated sendiri kut haha great eastern punya ni semua sebab tolong kawan ler jadi agent. GE tu pun i stopped paying so lapsed.  Tapi yg diligent i bayar was Prudential sebab kena potong direct cc.  


Quote Orix 15-11-2024 04:59 PM
Aia iols tahun ni naik 23%. Pdahal ms sign up xkan ada kenaikan sbb conventional katanyehhhhhhhhhh. Lepastu tiba2 dpat surat kena revise sbb kos perubatan naik. Sabo je
Quote Radzor 15-11-2024 07:08 PM
shamsadis replied at 15-11-2024 04:09 PM
macam tak percaya ahli Parlimen buat kerja... jarang MP jaga rakyat

Government punya meeting. tp kne mention 6 ahli parlimen DAPig g meeting
Quote syamzana 15-11-2024 08:01 PM
korang pakat tai chi sana sini...ujung2 kami tetap dpt surat premium naik harga lg. nak taknak kene la bayar kalau dak lama2 luput gitu jah la
Quote orkid_amani 15-11-2024 08:13 PM
Masa ank lepas habis pantang mmg aii buat MC ni sebab xsanggup bersesak dekat GH..ward paediatric tu sentiasa ja penuh..katil tak penah laa kosong..siap kena q lg tunggu katil kosong doc round utk discharge budak yg dah recover..dah la island ni ada 2ja GH..tu pun penuh sedia..tp bila ank dah umo 4y dah masuk tadika mm jarang batuk kahak demam tu..terus terminated ja MC..umoq 4y ni dah faham kalau sakit kna complete cycle ubat yg doc bg + antibiotics utk 3@5hari. Setakat ni xdak laa sakit teruk yg perlu warded sbb ambik neb pun setiap 6@8jam tu boleh buat dekat panel jaa
Quote netto_ 15-11-2024 08:20 PM
Insuran aku prumed. Mula2 ambil bulanan 200 je utk medical card. Skg da naik jd 256, da 7 tahun pakai. Aku da rase nk terminate ni sblm jd 300
Quote fattymah 15-11-2024 08:22 PM
Iols nak gitau mmg naik harga gila2 ah..  ensomi wat MRI 3 hari warded pun lebih 10k
Quote green~tea 15-11-2024 10:04 PM
Aku amek aia.. company pun kasi aia unlimited... so kesah nya aku amek med card aia personal ni utk cover insuran aku lepas aku pencen nnti umur 60 sampai tua renta 99 tahun...

Ke patot aku terminate je personal med card sbb company dah sponsor medical seluruh family dah 20 tahun

Tak pernah claim walau 1 sen my personal med card
Quote green~tea 15-11-2024 10:07 PM
fattymah replied at 15-11-2024 08:22 PM
Iols nak gitau mmg naik harga gila2 ah..  ensomi wat MRI 3 hari warded pun lebih 10k

Aku kan ada invest kat retirement plan yang invest in etiqa health.. ok la masa 2020 dpt 11.67% dividen.. tibahh lepas covid dia kasi 2% gituh pastu the following year 9%.. pahtu turun balik 5%


Pastu aku baca dlm berita medical cost asek naik especially masa covid onwards tp dividen health fund ciput.....

sakit hati nya

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041618 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top