CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit terus merosot, diasak ketidaktentuan dasar Trump 2.0

15-11-2024 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 47121| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR: Ringgit, di samping mata wang pesat membangun yang lain, terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketidaktentuan dasar Trump 2.0 dan kesannya terhadap dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.4840/4870 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4495 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata 'semuanya bergantung kepada keputusan kadar faedah AS, iaitu sama ada Fed akan terus menurunkan kadar pada 2025, mengekalkan atau menaikkannya'.

"Ini bergantung juga sama ada dasar AS akan menyebabkan inflasi, yang memberikan peluang kepada Fed untuk mengetatkan pendirian monetari. Justeru, ia akan menjadikan dolar AS semakin kukuh, namun, ini menjadikan mata wang pasaran sedang pesat membangun lebih lemah, termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.


Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6750/6787 daripada 5.6678/6736 ketika ditutup pada Rabu, dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8720/8741 daripada 2.8692/8723, namun naik berbanding euro kepada 4.7172/7203 daripada 4.7241/7289.


Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thai kepada 12.7706/7838 daripada 12.8235/8416 ketika ditutup semalam, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3309 daripada 3.3244/3280, merosot berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.63 daripada 7.57/7.58 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 282.6/282.9 daripada 281.5/282.0.



SUMBER: – BERNAMA, Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Isninselasarabu 15-11-2024 01:38 PM
Bila ringgit cantikk sume jasa nuar... Bile turun salah itu ini... Hohohohooo..
Quote lanacondor 15-11-2024 05:46 PM
Bukan najib jatuh ringgit naik ke??
Quote clueless_gamer 17-11-2024 04:18 PM
haaaaaaaaaaaaaaaaa.... terus kuncup memasing masuk dalam gua balik, buat2 tak nampak kan
Quote pocongkiutss 17-11-2024 04:27 PM
Isninselasarabu replied at 15-11-2024 01:38 PM
Bila ringgit cantikk sume jasa nuar... Bile turun salah itu ini... Hohohohooo..

Tau takper
Quote pocongkiutss 17-11-2024 04:28 PM
clueless_gamer replied at 17-11-2024 04:18 PM
haaaaaaaaaaaaaaaaa.... terus kuncup memasing masuk dalam gua balik, buat2 tak nampak kan

Tag sket walanon2 terphaling
Quote clueless_gamer 17-11-2024 05:03 PM
pocongkiutss: Tag sket walanon2 terphaling
claim tak dapat lagi kot? tu yg lemau je ni tak semangat buat keje..

tak ikhlas, berkira betul korang ni kan haha

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.179886 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top