CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MCMC kesan penuntut IPTA jual video lucah adegan sendiri, anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap video

15-11-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28625| Komen: 19

 



KUALA LUMPUR: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dikesan menjual dan memuat naik video lucah adegan sendiri bersama wanita dikenali di aplikasi X.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya merakam percakapan lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kegiatan suspek itu bermula sejak 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.

“Modus operandi suspek kemudian berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita dikenali hingga memperoleh lebih 100,000 pengikut di platform X,” katanya.

Menurutnya, suspek menjadikan penjualan video lucah sebagai sumber pendapatan apabila memperoleh RM3,000 sebulan dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap video.


Katanya, kegiatan lelaki terbabit terbongkar hasil pemantauan dan risikan dijalankan oleh MCMC berdasarkan aduan awam.

“Hasil pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, pasukan penguatkuasaan MCMC menyita satu telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek yang digunakan untuk memuat naik kandungan itu bagi membantu siasatan.

“Turut diambil keterangan adalah rakan suspek iaitu seorang wanita yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya.

Menurutnya, tindakan menjual video lucah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai digesa untuk melaporkan sebarang kegiatan menyebar dan menjual kandungan lucah di sebarang platform media sosial kepada MCMC untuk tindakan lanjut,” katanya.


SUMBER: – Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 15-11-2024 02:24 PM
Iols pelik. kes student gini laju aje korang nangkapnya bila orang report

kes-kes heavy lain, yang melibatkan beramai-ramai, laki-bini, dadah, kumpulan professional, awat susah benor nak nangkapnye
Quote aryyan 15-11-2024 02:28 PM
PULANGKAN replied at 15-11-2024 02:24 PM
Iols pelik. kes student gini laju aje korang nangkapnya bila orang report

kes-kes heavy lain, yang  ...

ni junior hotdaddy ke.

macam2~
Quote PULANGKAN 15-11-2024 02:32 PM
aryyan replied at 15-11-2024 02:28 PM
ni junior hotdaddy ke.

macam2~

Iols lupa terus kes heols tu. katanya buat balik eh? tak serik
Quote cattiecute 15-11-2024 03:06 PM
Rm150 untuk 1 bideo iols boleh agak kualiti gambarnya
mesti ala2 3gp je
takda HD.
Quote kakikuDibibirmu 15-11-2024 03:16 PM
Demi meneruskan kelangsungan hidup di IPTA
Quote aryyan 15-11-2024 03:22 PM
PULANGKAN replied at 15-11-2024 02:32 PM
Iols lupa terus kes heols tu. katanya buat balik eh? tak serik

openly kan. smua tau muka dia.kecian kt anak2 ja.
Quote Zack8hunter 15-11-2024 04:17 PM
video dia ngesek ker video dia sensorg? teringat Pramugara terlampau..
Quote aryyan 15-11-2024 04:24 PM
Zack8hunter replied at 15-11-2024 04:17 PM
video dia ngesek ker video dia sensorg? teringat Pramugara terlampau..

pioneer 3gp
Quote allshares 15-11-2024 07:02 PM
3k je dpt sebulan, takde la berbaloi mana.
Quote mojarean_X 15-11-2024 07:20 PM
Sian pelajar ipta. Mesti X ckp ke ptptn tu
Quote clueless_gamer 17-11-2024 04:14 PM
dek.. ko tau tak nanti bideo ko yg tgh posing kelebek2 tu kan, yg nampak muka ko tu kan.. tp bf tak nampak tu, dah kena jual dengan collector reseller.. ko dapat 30 hengget je per set, tapi diorang tu buat duit atas titisan air peluh ko tu jual 100 - 150 per download.. unlimeted new videos from young and naive girls like you.. yg kena maki kau dgn mak ayah kau.. bf dah lari dulu, dah puas kan.. reseller jugak yg untung atas angin, besok anak cucu ko pun boleh google je gambar ko kat tenet nanti... malu tak?
Quote kemaruk 17-11-2024 04:17 PM
Zack8hunter replied at 15-11-2024 04:17 PM
video dia ngesek ker video dia sensorg? teringat Pramugara terlampau..

Lubuk tupah, nasha aziz, babyrina

@seknguncing
Quote manop 17-11-2024 09:27 PM
awal2 dah berbiniz...
Quote B40tastePosh 17-11-2024 09:50 PM
allshares replied at 15-11-2024 07:02 PM
3k je dpt sebulan, takde la berbaloi mana.

Okey la student lagi kot...
Quote lolipopmanish 18-11-2024 07:00 AM
Ish ish ish
Quote gideoncross 18-11-2024 11:24 AM
PULANGKAN replied at 15-11-2024 02:24 PM
Iols pelik. kes student gini laju aje korang nangkapnya bila orang report

kes-kes heavy lain, yang  ...

Sbb students punya video lvl amateur
Quote gideoncross 18-11-2024 11:25 AM
clueless_gamer replied at 17-11-2024 04:14 PM
dek.. ko tau tak nanti bideo ko yg tgh posing kelebek2 tu kan, yg nampak muka ko tu kan.. tp bf tak  ...

Aiol rimas tngok video2 cmni kat Twitter, rata2 pompuan brtudung gi ehem2 llaki tpi muka llaki tu x nmpk, muka pompuan je yg kna exposed, bullshit
Quote intan244 18-11-2024 11:15 PM
siapa la yg bodoh gi beli tu
Quote kucim 19-11-2024 02:22 AM
Edited by kucim at 19-11-2024 07:58 AM

Bila hawa nafsu syahwat dah kuasai diri....

Malu letak tepi...hiduplah spt kehaiwanan

Nauzubillah moga allah pelihara keluarga kita

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070390 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top