CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli sindiket ‘borong’ warga tempatan dan Vietnam, edar dadah RM28.31 juta didakwa

14-11-2024 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45556| Komen: 1

 


KLUANG – Dua daripada tiga ahli sindiket borong dan edar dadah bernilai RM28.31 juta yang diberkas 3 November lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Tertuduh, Lee Chia Ceh, 32, yang merupakan lelaki warga tempatan menjawab faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu dihadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Manakala, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada warganegara Vietnam, Nguyen Thi Kim Van, 28, kerana tidak memahami pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah disyaki jenis MDMA dengan anggaran berat 1473.8 gram di sebuah rumah di Taman Tasik Indah lebih kurang pukul 6.45 petang pada 3 November lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa dibawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 November sebagai tarikh sebutan semula kepada wanita warganegara Vietnam bagi mendapatkan penterjemah dalam bahasa Vietnam.

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 17-11-2024 04:20 PM
wahh.. tokey ala manyak sinyum ahh.. lu olang ala picaya kah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.204171 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top