CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib didakwa enam pertuduhan tidak bayar cukai perkhidmatan RM1.6 juta

14-11-2024 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 50178| Komen: 94

 


Pelawak terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tahun lalu.

Turut didakwa didakwa atas pertuduhan sama adalah adalah syarikatnya, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) dan pengarah bersama, Koh Choon Guan, 33.

Bagaimanapun, kesemuanya selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, mereka telah gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191, 153.78 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Justeru, melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26 (8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibaca bersama Seksyen 78 akta sama dan boleh dihukum dibawah seksyen dan akta sama.


Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM50, 000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 kepada Ketua Pengarah Kastam.

Perbuatan itu dilakukan di Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini
antara 1 April tahun lalu hingga 1 Februari tahun ini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri menawarkan jaminan sebanyak RM2, 500 bagi setiap pertuduhan ekoran cukai belum dibayar termasuk penalti kepada Ketua Pengarah Kastam adalah tinggi iaitu RM1. 6 juta.

Bagaimanapun, Peguam Muhammad Firdaus Shaik Alauddin membantah ikat jamin dengan menyatakan ia merupakan kes saman dan bukan kesalahan jenayah dituduh dibawah Kanun Keseksaan.

Tambahan, katanya, Shuib sebelum ini telah memaklumkan kepada pihak pendakwaan terdahulu agar menetapkan tarikh baharu bagi sebutan disebabkan anak guamnya menunaikan umrah bermula 29 Oktober hingga 8 November.

“Begitu juga dengan Choon Guan telah minta dilapangkan untuk didakwa bersama Shuib pada hari ini namun tidak dimaklumkan Peguam Cara (pendakwaan) sebelum ini.

“Tiada isu anak-anak guam saya melarikan diri selain mereka menjalankan perniagaan di negara ini. Selain, mereka juga mempunyai pembelaan bermerit,” ujarnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan bagi Shuib dan Choon Guan masing-masing RM4, 000 bersama seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Disember depan.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan Bubblebee didenda keseluruhan RM17,500 oleh Mahkamah Majistret atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 14-11-2024 05:58 PM
Nampaknya sekarangnya yg balik dari umrah dapat kifarah cash ye
Banyak dah kes dpt bayaran cash selepas balik
Syukurlah

Harap kalau betul bersalah... dapatlah balasan setimpal very soon
Ameen
Quote hokeypokey 14-11-2024 06:00 PM
ape motif pegi umrah haritu??? pegi doa mintak terlepas ke? otak biol
Quote emera 14-11-2024 06:01 PM
Motip ko pegi umrah sblm kena tuduh??????
Quote jihyomelly 14-11-2024 06:02 PM
jgn aniya org…doa org teraniaya tiada hijabnya…
Quote RosieRosie 14-11-2024 06:05 PM
Duit dah kutip drp customer lps tu xbayar ke kastam. Kau enjoy2kan. Wahhhh terpuji sgt perangai tu shahmira
Quote Binodino 14-11-2024 06:07 PM
Cukai pun tak bayar?

Pelik la. Bila kerajaan nak buat sekatan kat orang2 macam ni? Flex kaya raya, fly sana sini tapi cukai pun tak bayar. Yang marhaen ni tak bayar hutang ptptn pun kena blacklist imigresen. Double standard betul.
Quote heythere123 14-11-2024 06:11 PM
dahsyat, heols lupa ke ada 2 benda takleh elak atas dunia ni bak kata omputeh. Death & TAX
Quote heythere123 14-11-2024 06:12 PM
emera replied at 14-11-2024 06:01 PM
Motip ko pegi umrah sblm kena tuduh??????

samak diri awal2 gittew

nanti boleh la claim, ini semua ujian buat saya. Doakan saya

Quote apedehal 14-11-2024 06:15 PM
Binodino replied at 14-11-2024 06:07 PM
Cukai pun tak bayar?

Pelik la. Bila kerajaan nak buat sekatan kat orang2 macam ni? Flex kaya raya,  ...

Mmg dabel stended.pernah berbual pasal ni dgn akak lhdn..retis2 yg xbyar selalu lepas selagi xda laporan
Quote perrrghhhh 14-11-2024 06:27 PM
SST ?
Quote L.U.S.M 14-11-2024 06:32 PM
Another case blk mekah kena sauk
Hari tu sprm..now senyap ecah dgn larva ye..ape cerita.hehe
Quote MatDeghem 14-11-2024 06:45 PM
penmerah replied at 14-11-2024 05:58 PM
Nampaknya sekarangnya yg balik dari umrah dapat kifarah cash ye
Banyak dah kes dpt bayaran cash sele ...



shuib.jpg

tunggang nama arwah lagi.....


Quote ekselen 14-11-2024 06:50 PM
Edited by ekselen at 14-11-2024 07:33 PM

astagaa.. lepas satu, satu kes ye.. aritu ko ckp org pitenah ko la.. skang dh ditunjukkan kifarah kah? cueib..cueib..
Quote mizzmimi 14-11-2024 07:01 PM
SPRM ✔️
KWSP ✔️
Perkeso ✔️
Kastam ✔️

LHDN dah ke.. ke belom
Quote SANKURIANG 14-11-2024 07:05 PM
Sejak balik umroh ni, muka soib dah macam Beckham la…anak sapa ni…handsome nya..
Quote anilanil 14-11-2024 07:08 PM
Binik dia dah keluar statement blom? Kali ni siapa fitnah dia?
Quote mizzmimi 14-11-2024 07:09 PM
Pasni sapa plak nak kene backup sungeb ni.. bini dah.. mak dah.. nak suruh anak kene tunggu beso sikit
Quote thelilyallen 14-11-2024 08:03 PM
apedehal replied at 14-11-2024 06:15 PM
Mmg dabel stended.pernah berbual pasal ni dgn akak lhdn..retis2 yg xbyar selalu lepas selagi xda l ...

Alaa repot je. Aku dulu pernah repot sorg makcik membongak kat fb padahal realiti dia meniaga tepi jalan je rupanya. Aku repot, kastam bagi feedback. Dia tu bisnes iks je. Dari situ tahu terpaling dkt fb tu semua sembang
Quote cik_ingeniare 14-11-2024 08:06 PM
Amboiii dak soeb ni sampai 6 pertuduhan ye itu pun dikatakan ujian ye dak?

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069295 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top