CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

‘Yang B40 sila keluar, kalau tiada duit tak payah masuk live’ - Pengasas sebuah jenama produk kecantikan

14-11-2024 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 46376| Komen: 58

 


PETALING JAYA – Setiap peniaga pastinya mempunyai sasaran pembeli mereka tersendiri berdasarkan harga jualan yang ditawarkan, namun ia tidak bermakna pengguna lain dilarang untuk meninjau produk tersebut.

Terbaharu, tular di media sosial seorang peniaga yang juga pengasas kepada sebuah jenama produk kecantikan dilihat menghalau golongan B40 daripada mengikuti siaran langsung di TikToknya.

Kata pengasas tersebut, sesi siaran langsung jualannya adalah bagi mereka yang ingin membeli produk dan khusus buat golongan T20.

“Yang B40 sila keluar, kalau tiada duit tak payah masuk ‘live’ (siaran langsung),” katanya.

Tindakan pengasas tersebut turut mendapat kecaman ramai dan rata-ratanya menyifatkan peniaga terbabit sebagai sombong dan lupa diri.

“Dia dulu pun bukan kaya. Sekarang Allah bagi rezeki lebih dalam berniaga. Sombong betul siap memperendahkan B40,” kata Jennies.


“Rasanya golongan B40 paling ramai beli dalam ‘live’. T20 lagi suka membeli dalam kedai. Jadinya, jangan nak perasan orang-orang kaya beli produk kau dalam ‘live’ tu, moga bankrap la peniaga macam ini,” ujar Hanisa.


SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 14-11-2024 05:49 PM
Puihhh
Takdebya golongan t20 nk bertenggek kat live ko beli product sampah unknown ko tuh
Baik beli Estee lauder ke larmer ke yg well-known
Moga cepat melingkop
Quote ifanonline 14-11-2024 05:53 PM
target market dier M40 kot...

dah B40 dok menyibuk ape hal?
Quote Kitty_catz 14-11-2024 06:12 PM
ponder sangkak mana ni?

sure fefet gelenyar penuh lendir
Quote Samerosie 14-11-2024 07:01 PM
Euwww T20 mana nak beli barang timbang kilo dia? Koser t20 nak menunggu live dia lu sapa pun.  Lain le yg live tu liz hurley ke emily blunt ke.. Eh jab liz hurley relevant ke lagi?
Quote gekkou 14-11-2024 07:08 PM
m40 pun x de masa nk tgk live beli product sampah
Quote vespa_oren 14-11-2024 07:11 PM
Trend sekarang B40 beli/sedekah kt T20 di tiktok, nasib aku belum ada tik tok
Quote ninja boy 14-11-2024 07:38 PM
Product kecantikan sebenarnya brp lama pakai sampai habis? ada 1-2 tahun atau 6 bulan
Quote jfq 14-11-2024 07:42 PM
T20 tak beli takda brand hokey
Quote Thunderclouds 14-11-2024 07:47 PM
Lols
Quote Thunderclouds 14-11-2024 07:48 PM
Kitty_catz replied at 14-11-2024 06:12 PM
ponder sangkak mana ni?

sure fefet gelenyar penuh lendir

Hatgini kotttt

1000071457.jpg
Quote makiting 14-11-2024 08:17 PM
1000350446.jpg

Quote asamfish 14-11-2024 09:26 PM
yang si b40 punnnnnn.....pasaipa dok sibukkkkk kat 'live' org tu.....kalau b40 tak sibuk join 'live' dia....confirm sendu jah 'live' dia....product pun sure masuk longkang
Quote Suchi 14-11-2024 09:48 PM
Tiktok tu semua kasta ada
Tp kan yg minta sedekah pun ramai kan
Terutama yg live sambil makan borak kosong takde tujuan
Pastu perasan juga golongan OKU pun ramai live walau baring jer terlantar
Kalau yg ada anak2 autisme yg dikurung tu pun mak pak dorang rajin live sambil tunjuk la aktiviti budak2 tu.
Tahlaa kadang rasa tak selesa tgk tp mungkin tu cara dorang cari duit kot.
Sebelah malam la selalunya ada ramai yg sakit kronik pakai tiub oksigen la, mcm2 jenis OKU akan ada live kat tt.
Kat indon plak selalu ada acik2 nenek kakek segala main teka2 botol bagai dr siang sampai malam.
Quote Akalditipumata 15-11-2024 12:24 AM
Betul2.. mulut ni mcm nk je ckp.. tp otak duk kawal lg.. ni kot cara diorg cari duit. Mntk perhatian. Kt thread pn sama...pakat tulis cerita sedih2 hujung random mntk org trnsferkn duit.. smpai kekdg bila BC..Aku dh rasa...end up ni mntk duit ni.. sekali betul...mntk jasa baik la.. bantuan la.. memcm cerita..
Quote nw111 15-11-2024 05:41 AM
Suchi replied at 14-11-2024 09:48 PM
Tiktok tu semua kasta ada
Tp kan yg minta sedekah pun ramai kan
Terutama yg live sambil makan borak  ...

Indon dok trending joget beras habis skrg..bodo betul..
Quote jejaka_hensem 15-11-2024 05:55 AM
makiting replied at 14-11-2024 08:17 PM

Ini betul,buat ayat sedih sikit,tunggang sana sini,buat muka sayu nari2 gelek sikit berderu2 acik2 dtg beli tanda sokongan sebab wife mintak cerai.eh!
Quote Sesuatu… 15-11-2024 07:27 AM
Ponder apa nk tau jugak. Nasib la aku x gemar TT ni apa tah lg nk melayan live
Quote iniaroonz 15-11-2024 07:47 AM
letak la nama pengasas tu dengan produk apa dia jual..nak tengok sat produk dia best sgt ke..
Quote midori888 15-11-2024 09:44 AM
Suchi replied at 14-11-2024 09:48 PM
Tiktok tu semua kasta ada
Tp kan yg minta sedekah pun ramai kan
Terutama yg live sambil makan borak  ...

Meols tak suka tgk live kat TT, slalu scroll up jer.

TT byk video translation surah2, pesanan berkaitan agama, panduan berkaitan agama yg bagus, pesanan dari ahli agama seluruh dunia termasuk dari imam masjidil Haram yg ditranslate kan.  This is the reason meols suka TT.
1000058414.jpg

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.165309 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top