CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

‘Pelancong ingat kau artis’ pelajar USIM sedang bergambar prakonvokesyen disangka artis oleh pelancong China

14-11-2024 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16416| Komen: 13

 


PETALING JAYA – “Pelancong ingat kau artis sedangkan tengah bergambar prakonvokesyen.”

Demikian reaksi pengguna TikTok@nrl_.Izzati apabila dia dan rakan-rakannya ‘diserbu’ pelancong China ketika bergambar di dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, kelihatan sekumpulan pelancong China tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama beberapa pelajar memakai jubah konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberi pelbagai reaksi dan ada juga yang terhibur dengan gelagat pelancong asing tersebut.

“Jubah konvo ni bukan hari-hari ada. Jadi, memang peluang keemasan mereka dapat bergambar. Memang Mantap,” tulis Mr.k

“Sebenarnya rasa rugi kalau melancong tapi tak ambil gambar dengan orang tempatan. Lagipun jubah tu cantik sangat. Kalau saya pun nak ambik kesempatan bergambar dengan korang,” kata wanyy.


“Pernah bergambar di luar selepas bersanding. Macam ini la juga. Masa tu rasa kau akan terkenal satu hari nanti,” kata @maiii


Sehingga kini, perkongsian tersebut menerima 99,100 jumlah tontonan dan 87,300 tanda suka 


SUMBER:  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borne 14-11-2024 11:16 AM
Beriboo2 tan-yaaa....
Quote MarryPottet 14-11-2024 02:32 PM
Tah tah mereka sakan ambik gambo sebab bila tengok korang pakai baju sama semua, mereka ingat tu fashion trend yg tgh in kat sini
Then mereka balik tongsan terus tunjuk katalog gambo tu ke kilang suh buat banyak2 baju pesen gitu utk diexport ke pasaran msia
Bukan boleh percaya puak2 mandi lanjey berak merata ni
Quote lilacomot 14-11-2024 02:39 PM
xkn la ahso sana bengap sgt nmpk org pkai topi n jubah konvo tu retis....dh reramai mcmtu nmpk cntik so dia pun try la bergmbo
Quote wirazam 14-11-2024 04:17 PM
MarryPottet replied at 14-11-2024 02:32 PM
Tah tah mereka sakan ambik gambo sebab bila tengok korang pakai baju sama semua, mereka ingat tu fas ...

Woww..terbaikk pandangan nih...
Tapi butik LV kat Paris dah lama aware pasal puak puak nih..
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:47 PM
hahaha kelako
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:47 PM
ambil gambr byk2
Quote Skuau 21-11-2024 02:49 PM
TERNYATA yg mai Msia ni versi 'KOHONA'...
Quote dua_chzy 21-11-2024 03:07 PM
Macam la bodoh sangat pelancong tu. Meka tau je la. Dalam video siap sebut congrats2 aku dengo kalau tak silap la. Meka saja la nak bergambar dengan bbnu pakai baju konvo. Btw hado eh gambo2 pre konvo sekarang. Maju.
Quote ardent91 21-11-2024 03:21 PM
dua_chzy replied at 21-11-2024 03:07 PM
Macam la bodoh sangat pelancong tu. Meka tau je la. Dalam video siap sebut congrats2 aku dengo kalau ...

tulah.. even dorg tu berak merata pown x rase dorg tu bengap smpai x taw baju konvo.. maybe sbb dorg nak abadikan memory kat malaysia ni dgan something yg unique la kononyer.. tgkap gambar ngan malaysian graduate sbb maybe baju konvo malaysian university tu corak die lain or unik daripada baju konvo uni2 kat china

Quote lee_sakura 21-11-2024 04:06 PM
MarryPottet replied at 14-11-2024 02:32 PM
Tah tah mereka sakan ambik gambo sebab bila tengok korang pakai baju sama semua, mereka ingat tu fas ...

ye betul tu, aku dulu pakai baju kurung lalu tepi muzium je beriya org china amik gambar sama2 sbb diorg tertarik dgn baju kurung tu
Quote anony-mous 21-11-2024 04:18 PM
dua_chzy replied at 21-11-2024 03:07 PM
Macam la bodoh sangat pelancong tu. Meka tau je la. Dalam video siap sebut congrats2 aku dengo kalau ...

Kan rasanya universal je pakaian convo tu. mgkin dia ambil gmbar sbb baju convo kita. Dia tau la bkn retis pong
Quote ifanonline 21-11-2024 04:56 PM
dier ambil gambar nak buat baju tu...
Quote kepompong 21-11-2024 05:01 PM
lee_sakura replied at 21-11-2024 04:06 PM
ye betul tu, aku dulu pakai baju kurung lalu tepi muzium je beriya org china amik gambar sama2 sbb ...

u lah yg menyebabkan lambakan baju tiktok dari china yg murahans macam pesen baju kurung tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.174828 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top