CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2.3 juta murid dan pelajar tebus baucar buku MADANI

12-11-2024 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33216| Komen: 13

 


Kuala Lumpur: Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 Nov lalu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Fadhlina berkata jumlah itu melibatkan pembelian berjumlah RM149.1 juta bersamaan dengan 4.8 juta naskhah buku.

"Baucar bernilai RM50 diberikan kepada murid Tahun 4 ke atas, manakala RM100 diberikan kepada murid sekolah menengah, pelajar kolej vokasional, Tingkatan Enam, matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan penebusan dan transaksi pembelian penuh boleh dilakukan hingga 31 Dis ini," katanya.

Beliau berkata pihaknya menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman bantuan Baucar Buku MADANI berjumlah RM290 juta semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 30 Mei lepas.


Fadhlina berkata baucar buku ini diberi bagi menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda, melibatkan 3.5 juta murid dan pelajar lepasan menengah.

Menurutnya, KPM akan memantau data penebusan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan pendidikan di seluruh negara.



SUMBER:  – Harian Metro 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 13-11-2024 08:10 PM
Actually susah jugak nk redeem voucher buku tu dekat edelims tu. Sekolah ank sii cikgu yg tolong redeem kn beli buku rujukan & latihan guna belajar sama2 dlm kelas.
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 08:13 PM
Baca forum lebih baik ketimbang baca buku.
Quote ina_na 13-11-2024 08:16 PM
Br nak reedem dah abis..bukan semua boleh reedem...
Quote b_n_c 13-11-2024 08:58 PM
Edited by b_n_c at 13-11-2024 09:07 PM

gdhdjdjfjfjrrjrjtj
Quote TeropongThaico 13-11-2024 09:43 PM
Anak aiol nak redeem buku utk kakak dia tak de pula buku yg diperlukan. Dia punya sendiri dah berlambak buku yg sendiri beli pun ada yg sekolah suruh beli pun ada.. kalau le boleh redeem kat mana2 kan senang
Quote makita 13-11-2024 10:40 PM
orkid_amani replied at 13-11-2024 08:10 PM
Actually susah jugak nk redeem voucher buku tu dekat edelims tu. Sekolah ank sii cikgu yg tolong red ...

Ye tak best la redeem cara online. Masa zaman Najib dulu dpt RM150 skrg RM100 utk bdk uni. Zaman najin tu guna voucher buku yg kertas tu ha mmg 100% leh guna utk beli buku.

Redem online ni utk bdk sekolah menengah..1 bijik buku rujukan dah termsuk postage RM6. Kalau beli 5 bijik buku postage je dah RM30. Sekolah menengah dpt rm100 voucher.

Cikgu anak meols tunjuk list 3 sekolah rendah je yg dah cecah 53% murid yg tebus. Ada sekolah tu 2% je yg murid tebus. Ni kat sekolah negeri meols lah.
Quote Weller 14-11-2024 08:46 AM
minggu lepas Nampak flyers utk sek ren redeem buku. 3 buku [novel set or comic set dlm BM] rm45 + postage rm 4.50. 50 posen lagi .....
Quote orkid_amani 14-11-2024 09:52 AM
makita replied at 13-11-2024 10:40 PM
Ye tak best la redeem cara online. Masa zaman Najib dulu dpt RM150 skrg RM100 utk bdk uni. Zaman n ...

Dlm kelas ank aii,ank aii sorg jaa yg redeem online padahal cikgu dah bg step2 mcmna nk redeem. Cuma tuu laa harga buku mahai dari sopi aii pun preferred voucher kertas p redeem kat kedai buku..dulu boleh mix dgn stationery jugak kn .ank aii tuhari siap suruh belikan banyak2 refill ink pilot
Quote vespa_oren 14-11-2024 10:40 AM
Guru lah kne main peranan, jika kena ppd yg nk ranking no1 tebus baucer, mhu kne kerah guru2 tlg tebus
Quote kucingitam 14-11-2024 12:19 PM
orkid_amani replied at 13-11-2024 08:10 PM
Actually susah jugak nk redeem voucher buku tu dekat edelims tu. Sekolah ank sii cikgu yg tolong red ...

betul. aku takleh tebus sendiri pun kat e delima tu.
Quote orkid_amani 14-11-2024 12:28 PM
kucingitam replied at 14-11-2024 12:19 PM
betul. aku takleh tebus sendiri pun kat e delima tu.

Kan..mmg susah.. baaanyaaak gila link nak kena click isi ntah kemana2 la dia bawak seminggu lepas tu baru dapat claim. Xmcm voucher buku zaman dulu..apa laa yg budak darjah4 tau pasai redem voucher buku kat edelima tu.. ini nilam pulak kena isi ke delima sana tu..yg dah record sblm2 ni xkira pulak..malas dah nak push ank suruh isi
Quote makita 14-11-2024 01:02 PM
Edited by makita at 14-11-2024 01:04 PM
orkid_amani replied at 14-11-2024 12:28 PM
Kan..mmg susah.. baaanyaaak gila link nak kena click isi ntah kemana2 la dia bawak s ...


Chuols..yg Ains tu cikgu dah up kat group bulan July hari tu. Tapi takat up gitu xde explenasyen. Meols baru  tlg isikan Khamis lepas utk bacaan bermula august. Yg sblom tu isi kat buku sampai bulan June. Meols x mampu nak isi dari awal tahun kat Ains tu. Tp gigih isi gak Ains ni memandangkan benda tu masuk Psjk. Cikgu baru ckp buku tu masih perlu gak selain Ains. Pdhal ank meols total membaca dan isi kat buku dlm 3k tu burn jelah x larat nak isi kat Ains.
Quote orkid_amani 14-11-2024 07:24 PM
makita replied at 14-11-2024 01:02 PM
Chuols..yg Ains tu cikgu dah up kat group bulan July hari tu. Tapi takat up gitu xde explenasyen.  ...

Looohhhh kita kena tulis balik masuk Anis ka mmg xlaa..ank aii mmg suka baca buku tp dia malas nk keyin sebab sekolah ank aii mmg xpakai buku dari prasekolah. Biasa tiap2 minggu cikgu bg link suruh update Nilam. Setakat darjah4 ni baru 150 buku jaa dia key in
Alaaaamaaakk kalau masuk markah pjsk mmg wajib laa kn isi.nti laa lepas habis xzm ni aii mintak ank aii isi dlm Anis tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075217 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top