CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 pempengaruh media sosial dilantik ikon bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

12-11-2024 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33923| Komen: 28

 


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik kepada orang awam.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari berkata pempengaruh itu antaranya Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang merupakan seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor.

"Pelantikan ikon ini menunjukkan DBP mahu selari dengan perkembangan semasa, kerana bahasa tidak boleh disebar dengan cara yang lama.

"Kita kena bergerak dengan cara yang baharu tetapi kita harus membimbing, melatih mereka (orang awam) dan insya-Allah, kalau ada keperluan kita juga akan mengadakan sesi pertemuan khusus dengan rakan-rakan media, untuk memberi asas-asas penggunaan bahasa yang baik dan betul kerana media sangat berpengaruh dalam menentukan arah tuju sesuatu perkembangan bahasa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Media DBP Bersama Media 2024 di Wisma DBP, di sini, malam ini.

Menurut Hazami lagi, dengan perkembangan media sosial yang kini menjadi pilihan untuk orang ramai berkomunikasi, DBP terus komited untuk memanfaatkan saluran itu secara lebih aktif bagi menampilkan contoh penggunaan bahasa yang baik serta kandungan berkualiti.

SUMBER:  – Harian Metro 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 13-11-2024 12:22 AM
Dua lagi mana...?? Berita tak lengkap
Quote edayildiz 13-11-2024 12:25 AM
sanggup baca sampai akhir perenggan..mana nama lain..nama dr malar je..kata 3 org
Quote kikyou 13-11-2024 01:01 AM
Dua lagi influencer yg dilantik tu habuan untuk buka thread baru la ekk?
Quote hyie 13-11-2024 02:23 AM
bagus si Malar ni. Lagi satu pengacara WHI India, namanya lupa, satu keluarga elok budi bicaranya, iols ada tertengok masa Deepavali tahun lepas WHI interview.
Quote sukacactus 13-11-2024 05:29 AM
Apa ni!
Info tak lengkap
Yg dua lg sapa?
Quote A-Are 13-11-2024 08:31 AM
indian memang pandai bab bahasa...ofismate i olls indian lelaki sangat lah pandai cakap melayu, bukan melayu pasar yer aras tinggi punya pon i olls rasa lg pandai dr i olls..sbb dorang mmg study betul2 untuk A masa belajar...kita ni sbb da bahasa ibunda so buat relaxx gitu je...tu yg jd BM A2 je..
Quote ketambangkang 13-11-2024 09:03 AM
harap2 cikgu zack kirana antaranya
Quote supernaturalee 13-11-2024 11:21 AM
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari berkata pempengaruh itu antaranya Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang merupakan seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor.





kebetulan lagu hazami tgh play kt spotify, tekad

Quote Acik2kepam 13-11-2024 11:55 AM
Admin tentera troll kebangsaan malaysia
Haris nashril ke apa nama dia tu pun selalu juga jd grammar police tegur kalau ada yg salah dlm ayat BM dia tak dilantik ke jd ikon
Quote eragon 13-11-2024 12:12 PM
3 org ye. Malar, Shanti, Santherasegapan.
Quote nusaraya 13-11-2024 12:13 PM
Tanggung .. betul-betul tanggung ....Jika Nak segera MENDUNIA ...Mengapa DBPM  X  mahu ambil  Xi Jing Ping, Putin dan Prabowo serta Donald TRump sebagai DUTA BAHASA MELAYU ?..... Hehehehe
Quote ultra78 13-11-2024 12:22 PM
nusaraya replied at 13-11-2024 12:13 PM
Tanggung .. betul-betul tanggung ....Jika Nak segera MENDUNIA ...Mengapa DBPM  X  mahu ambil  Xi Jin ...

Menyemak la kau...
Quote nusaraya 13-11-2024 12:29 PM

Tampaknya anda lupa bahwa Melayu itu adalah sebuah Mahawangsa ... Penguat Kuasa Alam Melayu dan Alam Semesta... Hehehehe
Quote BungaKencana 13-11-2024 12:32 PM
nusaraya replied at 13-11-2024 12:13 PM
Tanggung .. betul-betul tanggung ....Jika Nak segera MENDUNIA ...Mengapa DBPM  X  mahu ambil  Xi Jin ...

kau pegi tlg TIMNAS settlekan denda FIFA USD 23,000 tu dulu.. jgn menyebok dgn hal Malaysia.
Quote gigahertz 13-11-2024 02:18 PM
hyie: bagus si Malar ni. Lagi satu pengacara WHI India, namanya lupa, satu keluarga elok budi bicaranya, iols ada tertengok masa Deepavali tahun lepas WHI i ...

pengacara tu nama dia Sugeeta Chandran. ada sorang lagi pelakon nama dia Sanjna Suri . berlakon jadi
cikgu ayu majlis dlm dendam hantu viral. dia Miss Intercontinential Malaysia 2017
dia punya bahasa melayu sebijik macam yang kita guna hari hari.


Quote missbigrockstar 13-11-2024 02:31 PM
A-Are replied at 13-11-2024 08:31 AM
indian memang pandai bab bahasa...ofismate i olls indian lelaki sangat lah pandai cakap melayu, buka ...


Aku ada juga kawan India lelaki yang kalau dengar dari belakang tak pandang orang nya, mmg ingat seorang melayu tengah bercakap. Slang melayu KL. Pernah sekali dia sound aku, "kau ni ibarat menanam tebu di bibir" terkejut aku sebab aku sendiri pun tak pernah dengar peribahasa ni, terpaksa Google masa tu
Maybe dia banyak bercampur, bersekolah ramai kawan melayu.
Quote jejaka_hensem 13-11-2024 02:36 PM
eragon replied at 13-11-2024 12:12 PM
3 org ye. Malar, Shanti, Santherasegapan.

Iols ingat 'sedaghe' yg dilantik.harap tak merempan la kan
Quote A-Are 13-11-2024 02:40 PM
missbigrockstar replied at 13-11-2024 02:31 PM
Aku ada juga kawan India lelaki yang kalau dengar dari belakang tak pandang orang nya, mmg ingat s ...

ya betul..siap guna laras bahasa yg macam weh...akupon xpnh pakai lepas spm kagumla exbb dia excel semua bahasa..english pon berahabuk tapi kan dia xpernah judge i olls kalau tersalah grammar ke apa...i olls siap minx tlg dia check grammar sebelum send apa2 report/email..
Quote lifeline 13-11-2024 02:44 PM
hyie replied at 13-11-2024 02:23 AM
bagus si Malar ni. Lagi satu pengacara WHI India, namanya lupa, satu keluarga elok budi bicaranya, i ...

baru semalam dgr dia kasi talk kt mana ntah
haze yg post

dia masuk medic school ayah dia gadaikan rumah depa
6thn belajar mak ayah makan ikan kering je
tahun ke3 dia kerja as doctor, dia refinance and beli rumah tu bayar cash gitu la
and tukar nma ke nma ayah dia n kasi geran kt ayah
hebat betul dr malar la

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063634 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top