Tiket pra-jualan Konsert Here I Am : Rossa Live in KL oleh penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun tahun depan habis terjual dalam tempoh tiga jam. Lebih mengujakan, tiket kategori Festival habis dijual dalam tempoh empat minit, sekali gus menbuktikan keampuhan pengaruh dan populariti penyanyi jelita itu. Dikenali dengan vokal memukau dan irama balada yang penuh emosi, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 46, akan mendendangkan rangkaian untaian hits kegemaran ramai dalam satu malam yang pasti akan memahat kenangan indah buat peminatnya. Antara lagu-lagu yang bakal disampaikan adalah Nada Nada Cinta, Pudar, Hey Ladies, selain beberapa persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa tersebut. Mengulas penganjuran konsert beskala mega itu, Rossa menzahirkan kegembiraannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan peminatnya.
"Saya teruja kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya. "Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka selepas 25 tahun berkarya," ungkapnya. Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment, konsert itu juga sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan kariernya sejak suku lebih dua drkad lalu. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali turut menyatakan rasa terujanya berhubung kolaborasi yang terjalin itu. "Kami di PRIHATIN amat berbesar hati untuk bersama menjayakan konsert ini sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik. "Seterusnya ia juga dapat membantu bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026. "Rossa adalah ikon seni yang disegani dan dihormati. Kamk yakin konsert ini akan memberikan pengalaman, memori terindah dan memperkukuh ikatan persaudaraan serantau," katanya. Aizuddin menambah, Konsert Here I Am : Rossa Live in KL adalah susulan kepada tayangan filem dokumentari All Access to Rossa: 25 Shining Years yang menemui khalayak pada bulan lalu. "Atas permintaan ramai, khususnya Pencinta Rossa di Malaysia, kami membawakan konsert ini untuk mereka yang setia menyokong Rossa selama ini," jelasnya. SUMBER: – Berita Harian |
hokeypokey replied at 13-11-2024 04:03 AM
eh takde org komen, takde peminat rossa ke kt sini???
alesandra replied at 13-11-2024 02:09 PM
Aku bukan peminat tapi nak mencapub komenlagu tegar2.0 dgn hati yg kau sakiti piano version ada ...
ADVERTISEMENT