CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura kini dikenali sebagai ibu kota petir dunia, paling banyak dipanah petir

12-11-2024 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13995| Komen: 4

 



SINGAPURA  – Singapura kini dikenali sebagai ibu kota petir dunia kerana kekerapan berlaku fenomena tersebut dalam tempoh setahun, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut rekod Stesen Cuaca Changi, kejadian kilat atau petir berlaku secara purata antara 171 hingga 186 hari dalam tempoh setahun.

Pada 2021, Singapura mempunyai kepadatan petir tertinggi di dunia, dengan 163.08 kejadian petir bagi setiap kilometer persegi.

Secara umumnya, terdapat lebih banyak ribut petir di kawasan beriklim tropika.

Ribut petir itu disebabkan oleh dua faktor.

Faktor pertama adalah angin yang membawa kelembaban dari laut ke kawasan pedalaman. 

Dalam pada itu, faktor kedua pula disebabkan angin kencang dan hujan lebat yang terbentuk di Pulau Sumatera dan Selat Melaka mewujudkan ribut petir yang bergerak ke arah Malaysia serta Singapura. 


SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvi132806 12-11-2024 04:58 PM
Gasakkk lah kau situuu
Quote Decaffeinated 12-11-2024 05:44 PM
Berapa banyak pula orang Singapore mati dipanah petir?
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2024 05:47 PM
Selalunya yang kena panah petir ni setan!

Quote clueless_gamer 17-11-2024 05:07 PM
bukan kena orang pun.. kena bangunan je, tp cantiklah kalau pandai ambik nature photography tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.073227 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top