CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 50-an tergamak bunuh, sorok ibu tiga tahun dalam peti ais

12-11-2024 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15853| Komen: 54

 


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tergamak membunuh ibu sendiri dan menyimpan mayatnya di dalam peti ais sejak tiga tahun lalu dalam kejadian di Jalan Hujan Abu 6, di sini.

Difahamkan suspek lelaki berusia 50-an membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.

Mangsa yang mati dipercayai akibat dipukul itu meninggal dunia sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan diletakkan di dalam peti ais tersebut.

Suspek bagaimanapun membuat laporan polis hari ini dipercayai akibat kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Sejurus laporan polis dibuat sekitar pukul 9 pagi itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati terdapat sepasukan polis membuat kawalan di lokasi kejadian selain terdapat satu peti ais di luar premis tersebut dipercayai tempat mangsa disorokkan. 

 

SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 12-11-2024 04:27 PM
Celakanya anak..duit dh habis baru report polis..dgn harapan dpt makan free dlm jel
Quote sapeka 12-11-2024 04:27 PM
Wah
Terjadi di Malaysia
Unbelievable
Quote kepompong 12-11-2024 04:30 PM
apa kaitan duit habis dgn nak kena report polis atas kesalahan sendiri
Quote nipskacang 12-11-2024 05:19 PM
Sial nya heols report sbb nk dipenjarakan eh? Senang hidup kau nk makan free
Quote wirazam 12-11-2024 05:21 PM
sapeka replied at 12-11-2024 04:27 PM
Wah
Terjadi di Malaysia
Unbelievable

Itulah..ingatkan kat negara lain
Quote ultra78 12-11-2024 05:25 PM
Makin pelik berita dari Malaysia
Quote shernazz 12-11-2024 05:27 PM
kepompong replied at 12-11-2024 04:30 PM
apa kaitan duit habis dgn nak kena report polis atas kesalahan sendiri

Sambung makan free dalam jail pula
Hehe
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2024 05:31 PM
Negara tetangga pasti iri
Quote Decaffeinated 12-11-2024 05:32 PM
Kalau tak gila memang bodoh abadi samdol ni.
Quote IzzahF 12-11-2024 06:00 PM
uishhh at malaysia ke? kalo melayu ni mesti sedara mara macik bawang dah kepo awal ni. mesti type c pasal tak bubuh nama dan dah tua tp tak kawen2. kalo melayu ni kejap anak dah 10 umur2 gini
Quote Nfir 12-11-2024 06:05 PM
wirazam replied at 12-11-2024 05:21 PM
Itulah..ingatkan kat negara lain

Betul. Mula-mula ada nampak thread ni. Tapi tak buka sebab ingat dekat luar negara.

Then tadi baca New Strait Times (NST). Ada tulis perkataan 'local'. Terus baca betul-betul artikel dalam NST. Dan cari semula thread di Forum Cari tentang perkara ni.

Dekat NST ada dedahkan motif pembunuhan. Emak tak bersetuju kerana anak tukar agama. Tapi tak dinyatakan agama asal dan agama baru.

Whatever it is, sangat teruk pukul emak sendiri sampai mati. Sudahlah mangsa berusia 80an. Tak tahulah kalau suspek ada ambil dadah atau ada penyakit mental.

Jangan la sekali-kali buat jahat. Tuhan boleh aturkan macam-macam cara untuk kejahatan itu diketahui orang.
Quote AJENALI 12-11-2024 06:12 PM
Edited by AJENALI at 12-11-2024 06:14 PM
Nfir replied at 12-11-2024 06:05 PM
Betul. Mula-mula ada nampak thread ni. Tapi tak buka sebab ingat dekat luar negara.

Then tadi bac ...


Sorry sistur / brother i tertekan report , nak reply kat komen u sebenarnya, tapi sentiasa silap button hehe

X cakap pulak type apa ya.
Nak tahu jugak agama dulu n kininya apa.

Tuntasnya, teganya membunuh dan mangsa itu adalah ibu sendiri. X sayang ke kat ibu tu, dah la dah tua.. 80 tahun mesti dah uzur
Quote renko 12-11-2024 06:19 PM
Macam biasa kat fb puak2 mandi lanjey triggered sendiri mcm sakai laut
Quote emera 12-11-2024 06:22 PM
shernazz replied at 12-11-2024 05:27 PM
Sambung makan free dalam jail pula
Hehe

Tu laa point dia. Mintak gomen pulak bela dia for free. Senang hidup.
Quote Glass_shoes 12-11-2024 06:24 PM
ultra78 replied at 12-11-2024 05:25 PM
Makin pelik berita dari Malaysia

ketulahan selalu ejek konoha, tanah besar dan India ke
Quote Glass_shoes 12-11-2024 06:28 PM
Type apa ni?
Quote saliv 12-11-2024 06:30 PM
Edited by saliv at 12-11-2024 06:32 PM

That mailbox is a dead giveaway..  Cuba compare posisi mailbox pada gate tu dalam gambar ada freezer tu.

1000027390.jpg

Tahun depan masuk Mudah.my lattew..
Quote hokeypokey 12-11-2024 06:54 PM
baru 50an dh surrender..  
Quote zuuu 12-11-2024 07:02 PM
Adoi,rasanya smlam baru dengar kat tv3 suku pasal anak sedara pukul mak sedara,harini anak bunuh mak pulak,makin serius kes jenayah di negara kita skrg

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.201809 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top