CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Isu nafkah RM500, dahulu saya memang tak berduit’ - Sharnaaz Ahmad

11-11-2024 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21987| Komen: 49

 


Tidak terkesan, itu yang ditegaskan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isu bayaran nafkah berjumlah RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya, Noor Nabila kembali diperdebatkan netizen.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata, dia tidak pernah mempedulikan perkara negatif kerana terlalu kerap menerima komen sebegitu dalam media sosialnya.

“Tentang perempuan itu, saya tak kisah pun sebab banyak sahaja komen sebegitu sebelum ini. Saya tidak terkesan dan semua sudah tahu tentang isu nafkah RM500 tersebut, itu zaman bila?

“Dia cakap benda itu pun tak menggores hati dan sekarang hidup saya pun gembira.

“Rezeki Allah SWT beri hari banyak dan Alhamdulillah boleh beri lebih pada anak,” katanya dalam siaran langsung Instagram hari ini.

Dia juga berpendapat individu yang mengungkit kisah lama mungkin mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental.


“Sebenarnya perempuan itu turut kacau semua orang, bukan saya sahaja.

“Dia memang suka cari masalah dengan orang, berani melawan dan tak takut.

“Mungkin dia ada sedikit masalah di sini (mental) cuma harap dia jangan guna gambar anak bila nak cakap negatif tentang orang lain,” ujarnya.

Dalam masa sama, bintang filem Polis Evo 3 itu berkata, setiap manusia termasuk dirinya pernah melalui zaman kejatuhan namun hasil kerja keras, dia mampu mencapai banyak pencapaian seperti hari ini.

“Semua individu melalui turun naik dalam hidup dan saya terima zaman kejatuhan ketika itu.

“Kemudian saya usaha, melakukan bisnes dan kerja keras cari duit dengan macam-macam cara untuk berjaya supaya dapat tunjuk pada anak.

“Orang tak nampak siang malam saya usaha mencari duit. Dahulu mungkin saya tak berduit. Biasalah, hidup setiap manusia macam roda, kalau rasa hidup di atas sahaja, ada masalahlah itu,” jelasnya.

Semalam, Sharnaaz secara sarkastik menegur seorang wanita yang meninggalkan komen berbaur sindiran berhubung isu bayaran nafkah dalam salah satu hantaran Instagramnya.

Tegurnya, wanita tersebut sepatutnya menjaga keluarga sendiri dan berharap agar anak-anaknya tidak mengikut perangai buruk tersebut.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu berpisah sekitar Julai 2020 selain Nabila memberi alasan mahu bercerai kerana Sharnaaz memberi nafkah zahir tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun lebih daripada kemampuannya. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 11-11-2024 11:50 AM
Dulu xberduit? Ahahahah yela tu nanas oi

Ko mmg bab kutuk org lain no syatu..bila org kutuk ko..terus melompat mcm xcukup tanah
Quote arffa 11-11-2024 12:38 PM
Lain Kali jangan nak mencapub kisah orang kena kat batang idung awat mamu melompat?
Quote LipasComel 11-11-2024 12:39 PM
yang dia sebut 'perempuan itu' tu siapa? macik2 bawang kah?
Quote chandrahusin 11-11-2024 12:46 PM
Jadi dia pun kena cerai sbb kurang berduit
Quote mrsLucky 11-11-2024 01:14 PM
he can give more than rm500..takkan takde saving...paling sikit bagi lah seribu...even bini tu kaya raya you kan ketua keluarga...i tak heren kenapa Nabila minta cerai..
Quote sepunora83 11-11-2024 01:37 PM
xkn retis bg nafkh 500 je kot..
Quote pauliza 11-11-2024 01:41 PM
Dia ni nampak mcm gangster tp bila dia kata kat orang boleh ,bila org cuit dia,sentap smp 7 petala langit .Perangai mcm bdk tadika.
Quote apedehal 11-11-2024 01:42 PM
Retis bila masa je xda duit..lain la kedekut..dgn anak pun berkira..bukan kah kita mahukan yg terbaik utk anak lain la kalau ko jenis kais pg mkn pg mmg la kna berkira2
Quote black_handbag 11-11-2024 02:00 PM
so mamu nak cerita skrg mamu dah kaya ke? nak kembali pd kaknab kak?
Quote selipar_hijau 11-11-2024 02:02 PM
menggelupur nanas
dia buat kt org boleh, org buat dia tak lehhhh
Quote shoyuna 11-11-2024 02:03 PM
Tau pun hidup macam roda. Sakan mengajing kena cuit dah meloncat pulak
Quote Melanie91 11-11-2024 02:05 PM
Siapa "perempuan itu" ada details tak? Ig dia apa? Komen nya apa?
Quote noorazurams 11-11-2024 02:15 PM
Pulak dahhh. Ungkit pasal nafkah rm500. Cerita lama ni dah basi
Quote jihyomelly 11-11-2024 02:32 PM
ala anak antu tanjung nih byk bunyi na…hang kata org bleh org jentik sikit mengelupoq
Quote Nnasda53 11-11-2024 02:42 PM
Tu lah..jgn tunjuk hero sangat.
Sekali kena cuit mengigil rasa badankan.
Bagusla pompuan tu komen terus terang&jujur mcm ayat nenas ni rentan kes nyanyian sumbang kaka faz hidup ni kena kata jujur kan2 nenas.
Quote ninja boy 11-11-2024 02:46 PM
Normal la semua pasangan mau duit duit duit yg banyak lagi2 kawen perempuan family kaya bisnes
Quote jihah_kudat 11-11-2024 02:50 PM
tau plak terkemut mamu sebelum ni semua bende nak komen..mamu ni patut satu geng dgn laki yana..jenis sibuk hal org bila kena dekat sendiri pandai plak suruh org jangan sibuk..
Quote muqrisz 11-11-2024 02:54 PM
black_handbag replied at 11-11-2024 02:00 PM
so mamu nak cerita skrg mamu dah kaya ke? nak kembali pd kaknab kak?

kak nabb nk terima keeerr....?xmungkinlahh.....
Quote zehra2 11-11-2024 02:57 PM
tu sebab jgn masuk.campur hal rumahtangga fattzura. korang mmg lain level

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.161851 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top