CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam meninggal ketika sujud solat subuh

9-11-2024 12:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 63272| Komen: 33

 


KEPALA BATAS: Seorang imam dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan bersujud ketika mengimamkan solat subuh di Surau Permatang Pak Elong, di sini, hari ini.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, melalui hantaran dalam Facebook beliau.

Reezal Merican berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Yakob Ramli meninggal dunia ketika melakukan sujud sejadah dalam solat subuh, hari ini.

Difahamkan ketika itu, Yakob tiba-tiba terdiam dan tidak bergerak.

Berdasarkan gambar yang tular, beberapa jemaah dilihat cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Yakob.

Namun, imam itu disahkan meninggal dunia sebelum mayat dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Bogak, di sini, selepas solat Jumaat tadi.


Sementara itu, rata-rata warga maya dalam media sosial menyatakan mereka mencemburui cara pemergian Yakob yang meninggal dunia dalam keadaan baik dan pada Jumaat yang mulia.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FlexyFox 9-11-2024 02:39 AM
Innalillahi wa innailaihirojiun. Bahagialah rohnya. Cantik sangat pengakhiran to imam ini.
Quote aienul 9-11-2024 03:43 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'un.
Kematian yang dicemburui
Quote imransulaiman 9-11-2024 05:35 AM
Inna lillahi wa ina ilaihi roojiun..

Pengakhiran yang amat dicemburui..
Masya Allah! Tabarakallah...
Quote miarshya 9-11-2024 07:51 AM
Innalillahiwa innailaihirojiun.. Semuga keluarganya tabah kehilangan insan yg disayangi
Quote B40tastePosh 9-11-2024 08:05 AM
Edited by B40tastePosh at 9-11-2024 08:06 AM

Khusnul Khotimah.
Nk mati camni kena rajin solat, chances tinggi.


Quote liyamariska 9-11-2024 08:18 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote lightheaded67 9-11-2024 09:23 AM
entahlah kadg bila tpikir bab mati rasa mcm fake betol hidop. tp kalau tak ingt mati, rasa seronok nya hidop.

takziah pd family arwah acik imam... smoga dbantu dimudah urusan
Quote AJENALI 9-11-2024 09:34 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'un.

Pengakhiran yang indah, semoga ahli keluarga tabah dan redha atas kehilangan ini.

Semoga kita pun meninggal dalam husnul khotimah, aminnn ya mujib
Quote isseliparjepun 9-11-2024 10:05 AM
Pengakhiran yang dicemburui.
Semoga kita pun kembali kepadaNya dalam keadaan khusnul khotimah.
Kalau ada komen busuk hati di sini, semoga mendapar hidayah pada si pengkomen.
Quote kepompong 9-11-2024 10:08 AM
reezal masih encik somi lynn ke
Quote hayati_soraya 9-11-2024 10:30 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'un


Quote nw111 9-11-2024 10:40 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun....indahnya kematian dia..
Quote Decaffeinated 9-11-2024 01:32 PM
Heart attack ka? Mati yang mudah untuk si mati tapi perit untuk yang ditinggalkan. Mentally dan semua urusan2 dunia ditinggal terbengkalai. Kalau banyak reta tak sempat buat penamaan tambah lagi sakit kepala kpd waris yang tinggal.

Kalau kena cancer sempat lah buat persiapan apa yang patut tapi beban menunggu mati tu pulak yang seksa.
Quote L.U.S.M 9-11-2024 01:33 PM
Kematian yang dicemburui..alfatihah
Quote Akalditipumata 9-11-2024 01:48 PM
Cantik ya pengakhiran dunia dia.. takziah.
Quote bottombikini 9-11-2024 02:12 PM
untungnya..ada wudhuk, dalam masjid, sedang jadi imam, dalam sujud, tgh bertasbih, subuh jumaat, dikebumikan pun pada hari jumaat
itulah sebaik2 pengakhiran
Quote hashashes 9-11-2024 02:47 PM
Camne kita hidup, camtu juga lah kita mati
Kalau dah tetiap hari g masjid jadi imam plak
Quote zuriey 9-11-2024 03:34 PM
Kita akan mati dalam keadaan apa yang kita suka buat..kalau suka merempit mati lah bawah tayar lori
Quote lanacondor 9-11-2024 04:54 PM
Edited by lanacondor at 9-11-2024 08:47 PM

Innalillahiwainailaihirojiun... Semoga keluarga mangsa tabah. Kematian yg di cemburi.. Semoga kita semua Dan arwah khusnul khatima.. Aamiin

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.084745 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top