CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China, AS bekerjasama siasat kes penyeludupan bahan kimia

9-11-2024 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43646| Komen: 0

 


BEIJING: Polis China sedang menyiasat kes penyeludupan bahan kimia dengan kerjasama penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS), menurut Kementerian Keselamatan Awam China.

Menurut Xinhua, polis di Wilayah Hubei, tengah China, sedang menyiasat kes ini berdasarkan petunjuk yang diberikan pihak AS, berdasarkan kenyataan dikeluarkan oleh kementerian itu.
 
Kenyataan itu menyebut suspek dalam kes ini mengeksploitasi perbezaan peraturan mengenai bahan kimia dan terbabit dalam aktiviti penyeludupan rentas sempadan serta transaksi pertukaran wang haram.

Empat suspek, termasuk seorang lelaki berusia 38 tahun dikenali sebagai Gao, telah ditahan dan sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Gao telah ditutup, menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu siasatan masih belum selesai.

Agensi penguat kuasa undang-undang China dan AS baru-baru ini memperkukuh kerjasama dalam memerangi jenayah rentas sempadan.


Kedua-dua pihak melancarkan kumpulan kerja antidadah pada Januari lalu, dan mengadakan mesyuarat pegawai kanan di bawah rangka kerja kumpulan itu pada Julai.

Sehari sebelumnya, Kementerian Keselamatan Awam China mendedahkan agensi penguatkuasa kedua-dua negara berjaya menyelesaikan kes penipuan telekomunikasi rentas negara, membantu mangsa dari China dan AS memperoleh semula lebih daripada US$1.7 juta (RM7.4 juta) .


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.109497 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top