Bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman enggan mengulas panjang mengenai tindakan anaknya iaitu pelakon Aprena Manrose yang dikatakan membuka tudung ketika bermain badminton bulan lalu. Kata Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 64, sebarang tindakan lanjut diserahkan kepada suami anaknya itu memandang Aprena sendiri sudah berumah tangga dengan Mohd. Afiq Hazman. “Apabila perkara ini berlaku, orang akan bertanyakan kepada saya dan biasanya saya akan tahu. Tetapi bagi saya, dia ada suami. Sebagai bapa saya tidak boleh masuk campur dengan tanggungjawab suami dia. “Apabila dia berumah tangga, hal itu sudah menjadi tanggungjawab suami yang menjaganya. Kecuali kalau dia sudah bercerai, itu menjadi tanggungjawab saya dan tahulah saya macam mana nak buat,” jelasnya yang ditemui dalam majlis Majlis Sentuhan Kasih Madani anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) semalam.
Tambahnya, meskipun anaknya sudah berkahwin, namun Iwan tetap menjalankan peranan sebagai bapa dalam memberi nasihat kepada anak-anak terutama melibatkan perkara tuntutan agama. “Setiap kali anak-anak datang ke rumah saya di Kuala Selangor, memang saya akan beri teguran. Saya akan beri nasihat tentang banyak hal. Apa yang boleh dan tidak boleh, tetapi semua itu tetap terserah kepada iman mereka. “Saya hanya mengingatkan mereka seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang menyampaikan dakwah kepada umatnya agar mencari reda Allah. Bagaimanapun, hidayah itu tetap milik Allah yang tidak boleh dipaksa. “Tapi, kita syukur dan kita doa. Setiap hari kita berdoa supaya anak-anak Alhamdulillah akan diberi kehidupan baik. Macam dia (Aprena) yang sekejap buka dan pakai tudung, itu biasa sebab ‘iman’ yang ada dalam dirinya masih tidak diusahakan betul-betul,” katanya. Terdahulu, Aprena atau atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, dikatakan tidak bertudung ketika menghabiskan masa bersama keluarga bermain badminton. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
4cupcakes replied at 8-11-2024 11:58 PM
Lahhh... anak si iwan ke.. baru ku tahuuu.. huhu
hokeypokey replied at 9-11-2024 02:14 AM
pandai ko elak soalan kan iwan.. eh yg sibuk sgt hitung tudung anak org tu dh kenapa??? Jaga jer lah ...
TomyamPuteh replied at 9-11-2024 06:19 AM
Anak org apanya? Anak dia kot si Aprena tu.
monsterwife replied at 9-11-2024 02:11 AM
Sape mak aprena?
Iwan ni dlu penyanyi dangdut kan
cm_vungtau replied at 9-11-2024 06:36 AM
Ler tudung tu setakat kain aje. Melayu dan busybody hal tudung berpisah teda
Msambitious replied at 9-11-2024 07:36 AM
U non muslim ke? Kalau non muslim, i faham u tulis macam ni. Kalau muslim, u istighfar dan belajar ...
Pujangga22 replied at 9-11-2024 10:49 AM
tinggal si oktivia lg yg msh bertudung. tp klu artis ni pkai n buang tudung perkara biasa.netizen je ...
kerani_je replied at 9-11-2024 11:01 AM
Harapnye kekal la..Oktopus tu kawin dgn footballer kan hari tu..Die mcm dah tak berlakon sgt lepas ...
ADVERTISEMENT