Baru-baru ini, sebuah gerai tepi jalan yang menjual megi pada waktu malam menjadi tumpuan ramai netizen selepas video promosinya tular di media sosial. Berdasarkan video itu, peniaga tersebut berniaga megi goreng biasa seperti ‘mee sedap’ namun mempunyai beberapa variasi ‘topping’ seperti hotdog, bacon dan ayam goreng crispy. Megi tersebut dijual pada harga bermula RM8 dan menu yang paling mahal pula berharga RM15. Bagaimanapun, kegigihan orang ramai beratur panjang lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ada yang dilihat membawa anak kecil telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. Ramai yang menganggap netizen yang sanggup beratur ini hanya ‘FOMO’ atau ‘fear of missing out’ untuk mencuba menu yang sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah.
Sesetengah netizen turut mempersoal tahap kemalasan rakyat Malaysia sehingga sanggup beratur panjang untuk makan menu yang bukan sahaja ‘simple’ tetapi juga tidak sihat itu. Ada yang berpendapat peniaga itu mengenakan harga tidak masuk akal sehingga RM15 kerana ia hanyalah megi yang digaul dengan serbuk perasa sedia ada, sambal ‘homemade‘ dan menu gorengan. Bagaimanapun, segelintir individu cuba memandang isu ini secara positif dengan menganggap itu adalah rezeki peniaga gerai bernama ‘Maggi Malam’ yang dibuka di Setiawangsa itu. Sumber : Beautifulnara |
sharlenetexas replied at 7-11-2024 02:58 PM
Ada retis beratur beli megi ke?
hokeypokey replied at 7-11-2024 05:54 PM
aku confuse la dgn penggunaan istilah bacon kt malaysia, bacon tu yg aku tahu babi.. ke bacon kt mal ...
hokeypokey replied at 8-11-2024 01:54 AM
aku confuse la dgn penggunaan istilah bacon kt malaysia, bacon tu yg aku tahu babi.. ke bacon kt mal ...