CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Pembeli Perlu Mengimbas MyKad di Stesen Minyak, Hanya Yang Layak Akan Terima Harga Bersubsidi Petrol RON95” – Rafizi Ramli

7-11-2024 09:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41609| Komen: 48

 


Kerajaan akan melaksanakan satu solusi bagi penggunaan petrol bersubsidi untuk pihak yang betul-betul layak bermula tahun hadapan.

Menerusi satu hantaran yang dibuat di aplikasi X, ia memaparkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata MyKad boleh digunakan sebagai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol RON95 yang disasarkan.

Rakyat Malaysia yang layak perlu mengimbas MyKad mereka di pam untuk menggunakan petrol bersubsidi tersebut.

Menerusi hantaran video tersebut, kelayakan mereka akan ditentukan melalui data yang disimpan pada pangkalan data ‘cloud’.


"Seseorang pembeli akan mengimbas kad pengenalannya di stesen minyak, identitinya itu akan disemak di pangkalan data di ‘cloud’ untuk mengesahkan kelayakan."

Perkara ini menimbulkan sedikit rasa gusar dalam kalangan netizen kerana ia akan menyebabkan proses mengisi petrol kenderaan menjadi lebih lama daripada sekarang.

 
 


Tambahan pula rata-rata netizen sudah mula beralih menggunakan aplikasi untuk membuat pembayaran petrol.

Netizen berharap agar pihak kerajaan dapat pertimbangkan untuk menggunakan aplikasi sedia ada bagi memudahkan proses pembelian petrol bersubsidi.



Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 7-11-2024 09:29 PM
Yg layak ni sumer warga mesia ka camne ni?
Quote kemaruk 7-11-2024 09:46 PM
Benda yang cantik dalam kepala je
Quote Perwira2022 7-11-2024 09:49 PM
PH menang rakyat sinang tuan-tuan
Quote makciktijah 7-11-2024 10:12 PM
stesen minyak kat sini mesin nk touch kad pun ada yg belum pasang, ini nak suruh pasang utk scan ic? mau kejap2 rosak je la kejenya.
Quote hyie 7-11-2024 10:33 PM
nanti adala kes hilang ic katanya...atau bisnes jual ic..paling2 pun orang pinjam ic member
Quote Radzor 7-11-2024 10:43 PM
T15 soh driver B40 la isi..
Quote TeropongThaico 7-11-2024 10:58 PM
Tunggu dan lihat nnt sampai masa kita buat
Quote ninja boy 7-11-2024 11:00 PM
Camharam keluar ic di stesen petrol tercicir wargasing kutip, ic patut disimpan baik2 jgn keluar2
Quote Decaffeinated 7-11-2024 11:07 PM
Sabsidi bersasar tu pun dah tak betul. Ko yang betul kan benda yang tak betul memang kena invent banyak lagi benda yang tak betul. Lepas tu people akan jumpa cara to beat you dan ko invent lagi benda baru untuk menyusahkan hidup. Gitu ja la sampai mampus.
Quote Isninselasarabu 7-11-2024 11:17 PM
Pastu beratur nk bayo
Quote MissYouSayang 8-11-2024 12:55 AM
Piji sotong ni selalu buat teruk..benda mudah jadi payah . Rakyat mitak minyak turun je tp punya la ego, nk juga buat bersasar apelancoo
Quote Orix 8-11-2024 01:01 AM
Pinjam ic anak, ic anak sedara, ic bini, ic kawan, ic jiran. Ape susah. Ke kena cap jari ? Iols senyum sinis sajok. Silap2 esok org buat biz sewa kan ic. Jual ic pn ad gamaknya
Quote Orix 8-11-2024 01:03 AM
makciktijah replied at 7-11-2024 10:12 PM
stesen minyak kat sini mesin nk touch kad pun ada yg belum pasang, ini nak suruh pasang utk scan ic? ...

Khuenst rengsek betul iols kalo pegi stesen yg nk guna kad kena bayar kt dlm. Yiiiihhhh
Quote edayildiz 8-11-2024 01:10 AM
bila tu? alah dh nk migrate baru nk buat.
Quote Rogue98 8-11-2024 01:33 AM
X habis2 kumpul data n buat system baru.
Satgi dia akan suruh kita tukar mykad baru pulak
Quote gigahertz 8-11-2024 01:41 AM
Radzor replied at 7-11-2024 02:43 PM
T15 soh driver B40 la isi..

buat side income
Quote gigahertz 8-11-2024 01:45 AM
Perwira2022 replied at 7-11-2024 01:49 PM
PH menang rakyat sinang tuan-tuan

patutnya yang kena scan bagai tu penyokong PH & DAP sahaja
Quote gigahertz 8-11-2024 01:47 AM
hyie replied at 7-11-2024 02:33 PM
nanti adala kes hilang ic katanya...atau bisnes jual ic..paling2 pun orang pinjam ic member

mak i hilang kad BSN tu hari. dah la kebetulan
baru jual rumah duit rumah masuk BSN.
mak i takde online banking. tak guna debit kad.

itu pun boleh hilang.
Quote babynina30 8-11-2024 06:43 AM
edayildiz: bila tu? alah dh nk migrate ba ...


Pewittt . Pindah Turkiye ikot bf ke dekk

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.081497 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top