Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa terharu apabila suaminya membelikan dua bagasi baru untuk menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Menerusi perkongsian di Insta Story, Watie berkata minyak wangi tersebut sudah dikirim oleh beberapa rakannya untuk dibawa pulang ke tanah air. “Tengoklah daddy, belikan saya dua lagi luggage untuk saya letak minyak yang dibeli. Padahal ke sini (Makkah) dah bawa enam luggage. “Daddy sokong betul bini dia jual minyak wangi. Luggage ini dia beli ini besar betul. Demi minyak wangi dia tambah lagi dua. “Harap-harap minyak wangi yang saya beli ini selamat sampai ke Malaysia dan kepada tangan tuan-tuannya, insya-Allah,” tulisnya. Sementara itu, Watie memberitahu dia sudah ‘memborong’ berpuluh minyak wangi sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
“Minyak wangi yang beli di Makkah sudah disusun dalam bagasi, ini ada lagi yang baru beli di Madinah. Total yang saya beli ada dekat 60 botol,” tulisnya. Sumber : Rotikaya |
MisXoXo replied at 8-11-2024 06:19 AM
Sambil beribadah sambil beli.apalah salahnya..serba xkena..kesian dedua ni.biolahhh..aku risau yg ko ...
Lily_Elizabeth_ replied at 7-11-2024 09:54 PM
Muka waiting lebih besar dari muka eb.
Jahat nya aku ni.
ADVERTISEMENT