CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas penghantar barang dipenjara 12 tahun dan sebat, rogol kekasih 12 tahun

7-11-2024 12:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22175| Komen: 11

 


KUALA LUMPUR: Seorang bekas penghantar barang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan dua pertuduhan iaitu merogol kekasihnya yang berusia 12 tahun, dua tahun lepas.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Nazmi Aiman, 21, selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu hari ini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan serta memerintahkan hukuman penjara itu berjalan berasingan bermula hari ini, menjadikan semuanya berjumlah 12 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun dan 10 bulan ketika kejadian di sebuah unit kediaman dan di tangga blok apartmen di Cheras pada 11 pagi, 24 September 2022 dan 12.30 malam, pertengahan Oktober tahun sama.


Kedua-dua kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah dijemput tertuduh dengan menggunakan motosikal untuk ke rumah tertuduh. Semasa berada di rumah berkenaan, tertuduh menarik tangan mangsa ke bilik dan kemudian merogol mangsa sebelum menghantarnya ke sebuah bistro berhampiran rumah tertuduh.

Pada pertengahan bulan Oktober 2022, tertuduh sekali lagi telah mengajak mangsa berjumpa di tangga lalu merogol mangsa. Mangsa menceritakan kejadian yang berlaku kepada ahli keluarganya dan satu laporan polis dibuat oleh ibu saudara mangsa.

Selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, ibu bapa tertuduh yang berada di galeri awam meluru ke arah anak lelaki mereka dan ibunya dilihat memeluk anaknya sambil menangis.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini merupakan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun semasa kejadian.

"Walaupun hubungan mereka adalah kekasih, namun ia bukanlah satu tiket untuk tertuduh mengambil kesempatan ke atas mangsa yang usianya masih muda. Bukan cinta namanya sekiranya ia bertopengkan nafsu semata-mata.

Tertuduh juga seorang yang dipercayai mangsa sepatutnya melindungi mangsa dan bukannya mengambil kesempatan ke atasnya," kata Noor Shakira.

Peguam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk bon bercagar berserta syarat tambahan atau satu perintah kehadiran wajib bagi menggantikan hukuman penjara atas alasan ini merupakan kesalahan kali pertama tertuduh.

"Kejadian berlaku ketika tertuduh berusia 19 tahun dan dia telah menyesal dengan perbuatannya. Pemenjaraan terhadapnya pada usia 21 tahun tidak akan memberi apa-apa manfaat kerana dia masih muda serta perjalanan hidup tertuduh masih jauh. Hukuman penjara akan menjadi satu titik hitam terhadap tertuduh yang tidak dapat dipadamkan sampai bila-bila.

"Dalam kes ini, tertuduh mempunyai hubungan rapat dengan mangsa dan mengenali mangsa lebih kurang empat bulan serta mereka sering berjumpa dan keluar sebagai pasangan kekasih," kata peguam itu. – BERNAMA

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 7-11-2024 01:32 AM
tu pasal i apartment big no no
Quote delsmomm 7-11-2024 08:03 AM
xpaham nya family yg jenis enabler ni..

anak dia merogol budak kecik kot...
Quote mekfazura 7-11-2024 08:15 AM
memang jadi trend ke dewasa couple dgn kanak2... baru2 terserempak gak some one lelaki tu saya pasti sangat atas 20an dan couple dia sek renn atau awal sek men...pelik
Quote pinkpunk 7-11-2024 08:17 AM
mana keluarga pempuan. 12 tahun dah bagi anak bercinta dgn umur 19tahun?
Quote misszazaz 7-11-2024 08:52 AM
tak paham makpak yg bg anak kuar 12yr is to young
Quote pejol 7-11-2024 08:57 AM
12thn?? deheyy..elok ler disebat tu
Quote prince_marhaen 7-11-2024 09:56 AM
teringat parents macam yebbiyabadi & ina-langit-ke7 dok kenen2kan anak underage dengan anak kekawan they'ols yang dah young adult dulu....anak yebbi dengan anak kak nur france, anak zarina ngan alvin-nonok-tan.. siap teman gi dating bagai... sekali si markisa belum habis sekolah dah pandai checkin..
Quote AKAZ85 7-11-2024 11:40 AM
Fikir nak sedap kepala takuk ko jeee.. Umur 12 tu kira bodoh lagi nak paham.. Dah ko ajak berjimak budak tu pon ikut je.. Mendapat laa ko.. Yang family pulak takkan ko nak kata ko kenal anak ko macam mana.. Bab punai ni anak kau leh jadi setan
Quote Decaffeinated 7-11-2024 11:55 AM
pejol replied at 7-11-2024 08:57 AM
12thn?? deheyy..elok ler disebat tu

Betul tu. Asik2 yang jantan ja kena.
Quote apech 7-11-2024 12:00 PM
sebab tu jangan bagi anak keluar malam. Mak pak perempuan tu pun. Dua2 kena kerja jadi takda org jaga anak, hidup di ibu kota keras. Jadi jangan kawen dek, jangan beranak macam tikus.

Kalau kawin pun cuma memberi bala pada anak jangan kawin. Takde maknanya anak tu rezeki dah kalau kau pun sembahyang tunggang langgang.  
Quote hokeypokey 7-11-2024 06:43 PM
ape babi umur 21 couple ngan budak umur 12????

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073391 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top