Pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia tidak pernah berharap mendapat seorang lelaki sempurna sebagai pasangan hidupnya kerana percaya dengan aturan Allah. Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata dia hanya berdoa agar dijodohkan pasangan yang baik dan boleh menerima dirinya seadanya. “Bagi saya, selama saya bujang dulu, tak pernah terlalu mengharap nak suami macam itu ini. Saya cuma doa saya dijodohkan dengan orang yang baik dan terima saya seadanya,” katanya. Sementara itu, Intan berkata dia juga percaya jika sudah ditakdirkan jodoh seseorang pastinya akan ada jalan agar hubungan itu berjaya walaupun terdapat perbezaan.
“Dah kalau nama jodoh, Allah akan atur cantik-cantik. Awak tak perlu tahu bagaimana dan fikir sama ada dia adalah orang yang tepat atau bukan. “Kalau dialah jodoh awak yang dah ditentukan, gaduhlah macam mana, perangai macam mana pun, baik buruk dia, dah kalau Allah tentukan dia adalah orang yang tepat, ya itulah dia,” tulisnya. Dalam pada itu, Intan turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana untuk tidak terlalu memikirkan tentang jodoh kerana ia telah ditetapkan oleh Allah. “InsyaAllah, yang baik-baik akan datang kat awak. So girls, insyaAllah setiap jodoh dan pasangan yang ditentukan kepada kita ada sebab. “Kadang-kadang, kehidupan kita tak seperti yang kita rancangkan. Teruskan hidup dan jangan hidup dalam penyesalan. Jangan stress-stress mencari jodoh,” katanya. Sumber : Rotikaya |
noor2 replied at 6-11-2024 11:27 PM
So laki dia x sempurnakah? Dah knp dia kata mcm.tu
rosevelvet replied at 7-11-2024 03:02 PM
Pumpang2 bahagia, suami terpaling baik, isteri tpaling bahagia... Ujung2 sengsara bertahun. Better ...
ADVERTISEMENT