CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

11 beg tangan, seutas jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM200,000 disita dari kediaman Vivy, Fadza

6-11-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10827| Komen: 148

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan dan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Sumber mendedahkan kepada Astro AWANI, sitaan itu dibuat SPRM selepas pasukan penguat kuasa itu membongkar kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambahnya, sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke SPRM jam 1 petang untuk memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman jam 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut.

“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000," katanya.


Sementara itu, semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran tersebut.

Menurut Azam, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, pasangan tersebut akan hadir lagi ke SPRM esok jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote royaldanish 6-11-2024 10:59 PM
11 je handbag kena sita?
1 je jam?
Quote AcikBuncit 6-11-2024 11:02 PM
Agaknye xmuat van sprm nk bubuh handbag dia kot.. tgk kt ig sje punya bnyk beg dia nk letgo. Tu xtmasuk beg yg dia smpan n syg lg..atau mgkin sop sprm ni sita brg yg melebihi nilai trtentu je? Cntoh dia sita beg atas 500k saja. Cmtu ek?
Quote bublysnowflake 6-11-2024 11:04 PM
agak agak lema xtdo laki bini?
ke xheran?
Quote azimie 6-11-2024 11:04 PM
47 juta vs 200k je??
Quote Manusiabesa 6-11-2024 11:05 PM
Tp kan yg dlm previous weeks dia ada letgo prelove byk hembeg dia tu kan. Tetiba je ek. Mcm dia dh hidu2 bau azambaki nk cari dia........... kann???¿¿¿
Quote sukacactus 6-11-2024 11:05 PM
Eh tak kan 11 je
Dah bw pindah ke tempat lain ke
Quote cm_vungtau 6-11-2024 11:06 PM
Takkan dalam bank dua orang ni ada 1 million aje. Macam tak logik. Entah2 dah transfer keluar
Quote Lolalala 6-11-2024 11:08 PM
azimie: 47 juta vs 200k je??


Rasanya jam tu harga 200k
Quote nonymous 6-11-2024 11:08 PM
dah mcm kakmah koleksi handbag abis kena sita
yg byk koleksi kasut lak Imelda marcos
vv tak salah kumpul collection item luxury hbag, yg salah u beli guna duit dana awam, bahana pakai duit awam, sapa sangka vv n laki end up mcm ni
Quote Queen_DB 6-11-2024 11:10 PM
Eh eh..bia betul cuman RM200K.

Sebijik handbag birkin croc dia tu pun dah lebih RM400K. Koleksi bag dia aje melimpah ruah main selit aje tak cukup tempat. Katalah busuk2 ambik harga min RM10K sebijik...dah berapa banyak duit dilebur ke beg saje. Belum kasut jenama lagi.

Cincin dia yg nyaris hilang di Paris tu pun dah RM800K.

Main wayang ke apa ni.
Quote allshares 6-11-2024 11:11 PM
Owh patut la laju2 nk jual handbag, utk make sure cpt laku gunalah ayat sebahagian keuntungan akan diberi kepada Palestin. Eh eh kau ni dasar scammer terulung.
Quote allshares 6-11-2024 11:12 PM
Queen_DB replied at 6-11-2024 11:10 PM
Eh eh..bia betul cuman RM200K.

Sebijik handbag birkin croc dia tu pun dah lebih RM400K. Koleksi bag ...

Mungkin dia pergi sorok kat rumah mak sendiri n mak mertua, Ade la tu dapat tips Awai sampai jual siap2 koleksi handbag, katanya tak spark joy anymore
Quote Incanto 6-11-2024 11:25 PM
sukacactus replied at 6-11-2024 11:05 PM
Eh tak kan 11 je
Dah bw pindah ke tempat lain ke

11 tu yg ada harga resale
koleksi dia bukan high end sgt...Dior dgn Chanel bnyk

tapi Hermes dia bukan g mahal mcm Kak Mah punya, dgn Fazura pun kalah

kalau Kak Mah punya sebijik beg dah lebih RM200 K




Quote Incanto 6-11-2024 11:26 PM
cm_vungtau replied at 6-11-2024 11:06 PM
Takkan dalam bank dua orang ni ada 1 million aje. Macam tak logik. Entah2 dah transfer keluar

dia letak dlm account anak anak 1 m sorang kot
Quote brainbiru 6-11-2024 11:33 PM
Yg ni seketul beg jer dah 240k++ betul ke? Screenshot_20241106_233243_Facebook.jpg
Quote toxicated 6-11-2024 11:36 PM
Queen_DB replied at 6-11-2024 11:10 PM
Eh eh..bia betul cuman RM200K.

Sebijik handbag birkin croc dia tu pun dah lebih RM400K. Koleksi bag ...

Cincin tu 800k euro bukan ringgit k
Quote brainbiru 6-11-2024 11:36 PM
Nk tulis buku
FB_IMG_1730907350183.jpg
Quote brainbiru 6-11-2024 11:38 PM
AcikBuncit replied at 6-11-2024 11:02 PM
Agaknye xmuat van sprm nk bubuh handbag dia kot.. tgk kt ig sje punya bnyk beg dia nk letgo. Tu xtma ...

Dia pakai x beg duck yg dia jual?
Quote bpbbppbp 6-11-2024 11:44 PM
Barang mcm jam tgn mahal tu mmg orka suka beli nanti blh cash out kalau ada apa2. Public nak tgk tndakan sprm lepas ni mcm mne. Dakwa ke x. Brsalah ke x dua org ni. Khazanah PNB tu kne siasat jugak

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.262554 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top