Vokalis kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim meluahkan rasa bimbang sekiranya tidak mampu memberikan persembahan terbaik pada konsert Battle Of Time Exists X Masdo pada Ahad ini akibat mengalami masalah kesihatan. Perkara itu lebih merungsingkan apabila doktor memaklumkan masalah resdung yang dialami oleh Ezad atau nama lengkapnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 44, sudah semakin serius dan disarankan untuk membuat pembedahan. “Semalam (kelmarin) saya membuat pemeriksaan telinga, hidung dan tekak (ENT). Nampaknya masalah kesihatan ini makin serius dan doktor menasihatkan untuk membuat pembedahan. “Mungkin luaran saya dilihat tiada masalah, tetapi dalam keadaan seperti ini saya sebenarnya agak sukar untuk bernafas dan suara saya juga tidak selesa. “Saya memang boleh menyanyi, tetapi saya ada rasa kurang senang sekiranya tidak dapat buat persembahan yang terbaik untuk konsert Ahad ini,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ezad yang ditemui dalam majlis sidang media Umrah Langkah Seiringan Exists di sebuah hotel di Damansara di sini semalam turut memberitahu kerjaya sebagai penyanyi membuatkan dirinya mementingkan kualiti nyanyian terutama melibatkan persembahan siaran langsung. Masalah kesihatannya itu turut menyebabkan Ezad terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana bimbang akan mengganggu kelancaran konsert berkenaan. “Jika diikutkan memang boleh sahaja buat persembahan, tetapi saya tidak puas hati dengan kualiti nyanyian kerana penonton yang hadir sudah mengeluarkan wang untuk tengok persembahan terbaik daripada saya. “Sekiranya saya tidak dapat buat yang terbaik, saya tidak akan ada rasa puas. Namun, saya serahkan segalanya kepada Tuhan dan anggap ini sebagai dugaan. “Doktor minta saya berehat dan kalau diikutkan memang banyak persembahan yang terpaksa ditolak. Tetapi, itu semua rezeki Allah yang tentukan. Apa yang saya boleh harapkan, sekiranya tidak dapat beri 100 peratus dalam konsert itu nanti, sekurang-kurangnya 80 peratus sudah memadai,” katanya. Dalam pada itu, Ezad turut merancang untuk membuat pembedahan tersebut pada tahun hadapan. “Insya-Allah selepas konsert ini memang saya merancang untuk membuat pembedahan itu pada bulan Ramadan tahun depan. Tetapi segalanya bergantung kepada keadaan. “Memandangkan ini sumber rezeki saya, saya perlu lakukan sesuatu kerana bimbang masalah kesihatan ini akan berlarutan,” katanya. Pelakon filem Mami Jarum itu turut memberitahu masalah kesihatan itu sudah dialaminya sejak lima tahun lalu. Dalam perkembangan lain, kumpulan Exists akan berangkat menunaikan umrah bersama peminat pada 22 Januari hingga 2 Februari 2025 melalui program Umrah Langkah Seiringan Exists yang dibawakan oleh agensi pelancongan, Darmina Revolution. Peminat yang ingin menunaikan umrah bersama Exists turut berpeluang menikmati potongan harga sehingga 20 peratus untuk tempahan awal berdasarkan pakej ditawarkan iaitu RM8,500 (bilik berempat), RM9,100 (bilik bertiga) dan RM9,500 (bilik berdua). Sumber : Kosmo |
fanaz82 replied at 7-11-2024 08:20 AM
sama mcm kes adik aku. resdung jgk, puncanya tulang hidung bengkok. patutla tdo berdengkur macam kud ...
fanaz82 replied at 7-11-2024 08:20 AM
sama mcm kes adik aku. resdung jgk, puncanya tulang hidung bengkok. patutla tdo berdengkur macam kud ...
sara_thrash replied at 7-11-2024 08:27 AM
boleh tahu punca sampai boleh tahu ada masalah tulang hidung tu macam mana? adakah dia pegi jumpa ...
ADVERTISEMENT