CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing jalanan Malaysia menang anugerah dunia di Norway - “Baby hanyalah kucing baka biasa, kamil ambil dia dari jalanan"

6-11-2024 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6421| Komen: 59

 


KUALA LUMPUR – Hanya berstatus kucing jalanan, ‘Baby’ milik pasangan suami isteri, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus dinobatkan sebagai juara dunia menewaskan ribuan pesaing lain dalam Pertunjukkan Kucing Antarabangsa yang berlangsung di Oslo, Norway Ahad lalu.

Kucing betina itu berjaya menambat hati para juri dengan kejinakan, ketenangan serta sifat manja ketika penghakiman dibuat dalam pertunjukkan anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (FIFe) tersebut.

Selain bulunya yang cantik dan didandan rapi oleh Shaharuddin sendiri, Baby menarik perhatian juri dan orang ramai kerana sangat jinak ketika penilaian sedang dibuat meja Hakim.

Lebih manis lagi, Baby bersama seekor lagi kucing jantan, Miko milik pasangan tersebut bersaing sesama sendiri di pentas akhir bagi penentuan juara mutlak.

Baby berumur sembilan tahun bersama-sama lapan ekor kucing yang lain terdiri daripada empat ekor kucing baka British Short Hair, tiga kucing jalanan dan seekor kucing bengal mewakili negara ke persada antarabangsa hasil inisiatif Kelab Kucing Malaysia (KKM).


“Penyertaan kali kedua ini membuahkan hasil apabila juri tertarik dengan perwatakan Baby selain piawaian lain yang memenuhi spesifikasi pemarkahan.

Ini merupakan kali kedua Baby menyertai FIFe World Cat Show, selepas kali pertama bertanding pada 2017 di Amsterdam, Belanda, di mana Baby berjaya melangkah ke pentas final untuk pencalonan World Winner.

“Ini adalah penghargaan yang tinggi diterima kerana Baby perlu bersaing sengit dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukkan ini,” kata Rooaida ketika dihubungi di sini semalam.

Turut mengiringi kontinjen negara ke Oslo, Timbalan Presiden KKM, Habil Husssain dan Setiausaha Agong, Muhammad Hasbullah Ibrahim.

Menurut Rooaida, kucingnya itu sudah mendapat pendedahan awal untuk menyertai pertunjukkan tersebut dengan memberi ruang kepada Baby untuk berada di persekitaran yang terbuka.

“Saya dan suami kerap bawa Baby menyertai pertunjukkan kucing dalam negara bagi membiasakan dia dengan khalayak ramai, ia dapat memupuk watak jinak dan manja.

“Baby hanyalah kucing baka biasa, kamil ambil dia dari jalanan dan kemudian dipelihara dengan baik sehingga kini,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Hasbullah memberitahu, kucing-kucing yang berdaftar dibawah KKM dan menyertai siri pertunjukkan Fife peringkat tempatan mendapat merit untuk menyertai kempen pertunjukkan tersebut di peringkat global.

Tambahnya, pertunjukkan berprestij antarabangsa itu yang diadakan secara tahunan bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang awam mencintai haiwan peliharaan serta menjaganya dengan lebih baik. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 6-11-2024 10:39 PM
“Baby hanyalah kucing baka biasa, kamil ambil dia dari jalanan dan kemudian dipelihara dengan baik sehingga kini,” ujarnya.


kalau bela dengan baik, kucing kampung boleh jadi ragdoll ke?
Quote pearl.silver 6-11-2024 10:43 PM
blue_blur replied at 6-11-2024 10:39 PM
kalau bela dengan baik, kucing kampung boleh jadi ragdoll ke?

Kwn i ada kutip kucing kt pasar. Buruk berkurap. Dah bg treatment dan mkn rc je, bulu jd gebu mcm kucing persian. Tp idaklaa mcm si baby ni..
Quote kotakbaju 6-11-2024 10:46 PM
blue_blur replied at 6-11-2024 10:39 PM
kalau bela dengan baik, kucing kampung boleh jadi ragdoll ke?

Boleh kot. Ada je kucin kampung bulu kembang2 badan jenis besar camni.
Quote ninja boy 6-11-2024 11:07 PM
Manusia hamba kucing tuan
Quote dua_chzy 6-11-2024 11:29 PM
Lagi bukti anything boleh jadik lawa dengan adanya duet.
Quote edayildiz 7-11-2024 12:00 AM
Edited by edayildiz at 7-11-2024 12:04 AM

tahniah baby..
td kt ofis boss i dt gkt meja i tnjk psl ni
oh lps baca baru fhm dia di amek dr jalanan ..skrg dia bkn kucing jlnan dh..hee boss i ckp cmana kucing jlnnn blh cntik mcmni ..slh fhm rupanya..
bestnya jd baby.....
i nk jd kucing kt rumah owner bawal exclusice tu..heaven hidup dorg..i lupa nama kucen dia..mani ke apa tah
Quote edayildiz 7-11-2024 12:02 AM
pearl.silver replied at 6-11-2024 10:43 PM
Kwn i ada kutip kucing kt pasar. Buruk berkurap. Dah bg treatment dan mkn rc je, bulu jd gebu mcm  ...


kucing i baka kg.com je..i slmtkn dia kt ofis...kuwus 2kg je masatu..skrg dh 3 thn i jaga dia..obesiti lebih 10kg..tgh on diet sbb vet suruh catu sikit mkn
i suka kuceng kuceng jlnn je..senang jaga dan dorg sgt berdikari dan jenis tahu bersyukur ..
kalau kucen baka mcm bodoh sikit..dan sensitip
Quote Tiggybiru 7-11-2024 05:48 AM
Boleh jd mmg kucing baka cantik yg hilang dr owner sebenar
[em:3:]
Quote Thunderclouds 7-11-2024 06:27 AM
Tiggybiru replied at 7-11-2024 05:48 AM
Boleh jd mmg kucing baka cantik yg hilang dr owner sebenar
[em:3:]

Hahahaha..
Mebi hada kebenaran speku uols tu
Quote ultra78 7-11-2024 06:34 AM
dua_chzy replied at 6-11-2024 11:29 PM
Lagi bukti anything boleh jadik lawa dengan adanya duet.

Kalau nak betul-betul bela kucing,kos dia mcm bela anak.
Quote ultra78 7-11-2024 06:37 AM
edayildiz replied at 7-11-2024 12:02 AM
kucing i baka kg.com je..i slmtkn dia kt ofis...kuwus 2kg je masatu..skrg dh 3 thn i jaga dia..obe ...

Betul ke kucing baka cepat stress? Adakah sebab dia asal dari iklim lain tak sesuai dengan Malaysia yang panas lembab
Quote Tiggybiru 7-11-2024 08:02 AM
Skrg ni iols tlg jaga kitten dari makpak stray cats..lain beb depa ni mmg garang tak jinak aih
Jinak ni baka kucing yg bela dlm rumah shj
Haha
Quote blue_blur 7-11-2024 08:54 AM
pearl.silver replied at 6-11-2024 10:43 PM
Kwn i ada kutip kucing kt pasar. Buruk berkurap. Dah bg treatment dan mkn rc je, bulu jd gebu mcm  ...

iyo... pasar sekarang ada je jenis bulu lebat tapi tak terurus/sakit... tapi tak boleh dah kita nak buat macam dulu2... moga2 ada yang adopt la....
Quote blue_blur 7-11-2024 08:55 AM
kotakbaju replied at 6-11-2024 10:46 PM
Boleh kot. Ada je kucin kampung bulu kembang2 badan jenis besar camni.

kalau dapat..... letih la nak menjaga dia... short hair lagi senang maintain....
Quote AnBulisia 7-11-2024 09:07 AM
ooo inilah kucing iols yang hilang kat jalanan tu
Quote Firenzza 7-11-2024 09:27 AM
Mcm baka jenis calico, ada lebih 3 color....biasanya xde yg jantan
Quote honam 7-11-2024 09:58 AM

Quote prettyuglybabe 7-11-2024 10:09 AM
i punya kucing pun satu bulu kembang..
padahal kucing marhaen jah..
bela elok macam main con tapi sebenarnya dia hanya la sub con..
Quote grouper 7-11-2024 10:12 AM
Pretty privilege is real...geng Vietnam mesti terliur tengok kucing2 ni

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.112002 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top