CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak mati diserang anjing liar, MDS laksana operasi segera

6-11-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27900| Komen: 11

 


Semporna: Majlis Daerah Semporna (MDS) sedang melaksanakan operasi menangkap anjing liar susulan kanak-kanak berumur dua tahun yang maut dipercayai diserang haiwan itu di Kampung Sungai Tohok di sini, Ahad lalu.

Pegawai Daerah Semporna Alexander Liew berkata, operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dalam usaha menangani isu anjing liar di beberapa kawasan yang sudah dikenal pasti.

"Untuk kes ini, memang kita sedih kerana ia terjadi di kawasan kampung dan usaha sedang dilaksanakan untuk menghapuskan haiwan liar terutama anjing.

"Walaupun berdepan kekangan, operasi ini akan dilaksanakan secara menyeluruh," katanya yang berharap langkah itu dapat mengurangkan bilangan anjing liar yang mendatangkan ancaman.

Sementara itu, penduduk mendakwa kes serangan anjing liar hingga membawa kematian bukan kejadian pertama di daerah itu.


Sebaliknya, lelaki mahu dikenali Adi, 42, berkata, insiden berkenaan pernah berlaku pada September 2022 membabitkan mangsa wanita tempatan.

Dakwanya, wanita berusia 29 tahun itu ditemui dengan pelbagai kesan gigitan dan kecederaan pada tubuhnya.

"MDS sebagai pihak berkuasa tempatan wajar menjalankan operasi untuk menangkap anjing liar yang berpotensi mengancam keselamatan awam atau menyebarkan penyakit seperti rabies," katanya ketika dihubungi.

SUMBER: – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 6-11-2024 08:42 AM
Anjing ni sgt bahaya tambah2 yg ada penyakit rabies.
Quote sagiman91 6-11-2024 10:25 AM
Dah tu mana geng2 NGO(k) yang duk bela kopi arituh?

tang budak kena gigit tak pulak berkukus geng2 natang nih...
Quote VioletsAre_Blue 6-11-2024 10:38 AM
Mana pencinta anjing dan haiwan liar? Tolong bawa balik anjing ni bela dirumah ya. Pencinta haiwan ni kan selalu kata anjing tak akan serang manusia kalau tak dikacau.
Quote VioletsAre_Blue 6-11-2024 10:40 AM

"Walaupun berdepan kekangan, operasi ini akan dilaksanakan secara menyeluruh," katanya yang berharap langkah itu dapat mengurangkan bilangan anjing liar yang mendatangkan ancaman.

Tak sabar akak nak tengok pencinta haiwan liar membuat bantahan dan meroyan di media sosial
Quote Myhappyending 6-11-2024 10:42 AM
Yg membela dak kopi aritu kita bleh anta smua ni kerumah beliau yaaa
Quote qistiena 6-11-2024 11:52 AM
Mana yg hari tu bersolidariti tuk kopi tu....

Silalah bersolidariti tuk family bdk 2 thn tu plak[em:13:][em:13:]
Quote zorrro_03 6-11-2024 11:56 AM
mds jaga2 sikit.  nanti puak2 anjing gila menyalak dalam socmed.  mcm yang kat kopi hari tu.  
Quote Skuau 6-11-2024 04:04 PM
Kita hanya akan ambil tindakan 'hanya apabila benda dah jadi'....kalo anjing liar tu di tangkap SEBELUM...nanti marah pencinta haiwan anjing..kata...'kopi susu anjing yg baik..tak buat kacau'.
Quote kakikuDibibirmu 6-11-2024 04:11 PM
Gong, gong, gong, gong!

[youtube]cdqU8YrtASY[/youtube]
Quote exclusive_vvip 6-11-2024 04:36 PM
senang je, pihak berkuasa buat sajalah apa yg patut..kalu rasa mudarat, hapuskan @ buatlah apa yg patut.. aktivis2 keje diorg mmg protes..yg human rights pulak, serial killer pun diorg akan pertahan..
Quote Firenzza 6-11-2024 05:11 PM
Pencinta kopi xnak buat demo besar2an kerr?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.129967 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top