Chonburi, Thailand: Anak badak air terkenal di Thailand, Moo Deng, meramalkan kemenangan untuk Donald Trump daripada Parti Republikan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, yang diadakan pada Selasa. Haiwan itu itu ditawarkan dua bakul buah, setiap satu dilabelkan dengan nama calon presiden - Trump dan pesaingnya, daripada Parti Demokrat iaitu Kamala Harris. Bakul-bakul itu dipenuhi dengan buah-buahan seperti buah naga dan tembikai. "Moo Deng memilih Trump kerana kepingan buah naga lebih besar," tulis Zoo Khao Kheow di platform media sosial, X. Moo Deng, dilahirkan di Zoo Terbuka Khao Kheow, pada Julai lalu. Ia kemudian menjadi selebriti media sosial dengan berjuta-juta peminat di seluruh dunia. SUMBER: – Harian Metro |
kakikuDibibirmu replied at 7-11-2024 01:04 PM
Sudah boleh mula bertawaf keliling anak badak air itu.
Kiblat semua halakan ke situ.
ADVERTISEMENT