CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes UPNM: Bukan buli atau dendam sebaliknya gurauan melampau, tiada keperluan tangkapan - Polis

6-11-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28088| Komen: 79

 


Kuala Lumpur: Motif kejadian pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) adalah bersifat gurauan keterlaluan dan berlaku secara tiba-tiba.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan mendapati tidak terdapat unsur dendam dan pergaduhan dalam kejadian ini.

"Sebaliknya, kejadian berlaku tanpa motif apabila suspek bertanya kepada mangsa sama ada pernah cuba atau tidak (seterika) yang panas.

"Tiada motif sebenarnya, tidak ada dendam, pergaduhan atau buli. Hanya bergurau, nak kata 'ragging' tak juga, itu bukan 'ragging'.

"Bila ada benda-benda berbahaya seperti senjata atau barang panas jangan sesekali bermain (bergurau), ini kali pertama mangsa kena," katanya pada sidang media selepas merasmikan program pendekatan kesedaran kes jenayah seksual dan penipuan dalam talian, di Dewan Serbaguna Taman Tasik Metropolitan Kepong, di sini, hari ini.


Menurutnya, kertas siasatan berhubung kejadian itu juga sudah diserahkan Jabatan Peguam Negara dan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut.

"Laporan perubatan masih belum peroleh. Laporan perubatan boleh digunakan oleh siasatan dan pendakwaan untuk buat apa apa keputusan awal.

"Tapi setakat ini kita belum terima namun itu tidak menghalang untuk kita katakan kertas siasatan sudah lengkap," katanya.

Mengulas berhubung tiada tangkapan dilakukan, Rusdi berkata, tiada keperluan tangkapan dilakukan kerana pihaknya sudah memperoleh bahan bukti dan keterangan daripada semua yang terbabit.

"Ia bergantung kepada kes, tangkapan dalam apa-apa sahaja siasatan tidak semestinya ditangkap pada masa itu, boleh juga ditangkap dan terus tuduh di mahkamah," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes buli babit seorang pegawai kadet di UPNM.

Beliau menegaskan, budaya buli di universiti perlu dihentikan kerana ia menyebabkan penganiayaan kepada mangsa.

Kelmarin, Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman memaklumkan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan kejadian itu.

SUMBER: – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikNano 6-11-2024 08:33 AM
Biar betul tekap dengan seterika gurauan semata-mata. Suspek ada cakap apa2 ke dekat mangsa masa dalam siasatan??

Sus nyaa
Quote tupaiterbang 6-11-2024 08:39 AM

Jadahnya gurau

Quote noor2 6-11-2024 08:43 AM
Hah...seterika kat dada tu...x kena tangkap?...hebat2 ke mak bapak budak pembuli ni????
Quote noor2 6-11-2024 08:44 AM
Oh ok..paham...selagi x mati , walaupun kena seterika...dikira gurauan oleh UPNM...mesti kerjaya mak bapak budak2 pembuli ni bukan calang2
Quote bakawali_04 6-11-2024 08:44 AM
takleh brain oiiii
nampaknya cancel la
masukkan UPNM dalam list
kalau main seterika itu di kira gurau
Quote Seenia 6-11-2024 08:49 AM
nak tunggu mati dulu ke
Quote airmineral 6-11-2024 09:25 AM
mcmn dia bezakan gurau melampau tu dengan buli?
gurau melampau pun patut masuk jadi kes jenayah
Quote makciktijah 6-11-2024 09:29 AM
dia dah tekap atau dia ugut nak tekap? tu yg tanya pernah cuba seterika panas tak?

tu gurauan? harap2 anak cucu dorang kena gurau cemtu, baru berotak memasing nak bertindak serius.
Quote ais_kosong 6-11-2024 09:30 AM
adakah selepas ni, kalau kita tumbuk orang tak perlu kena charge. alasan gurauan jerrrrr
Quote sapeka 6-11-2024 09:40 AM
Tak perlu tangkapa?
Halalkan buli keterlaluan?
Serious la
Quote Cassieopeia 6-11-2024 09:41 AM
takat tolak tumbuk tendang bolehla nk kata gurau ni seterika kot jadahnya gurau gitu? malaysia ni lemah sgt ke enekmen buli? sampai seterika pun masuk bab gurau
Quote adeqbun 6-11-2024 09:42 AM
ape nak heran..yg mati kene tekap berkali2 pon jenuh nak sabit kesalahan..pelik weh msia ni..geram ai tgk..boikot la hantar anak ke upnm...bangsat btol..nak kene doa ke anak polis tu kene tekap seterika jugak?
Quote ezacbee 6-11-2024 10:09 AM
Dah mati baru terhengeh2 nak tangkap pembuli. Buang jelah pembuli tu nak simpan buat apa..
Quote johan-adx 6-11-2024 10:15 AM
bg la dok lokap 2,3 hari..bg insaf sikit..
nk bergurau bkn smp tahap mcmtu
Quote kucingitam 6-11-2024 10:16 AM
lain macam ente bergurau..
Quote Jikookie 6-11-2024 10:22 AM
Gurauan apanya main dgn seterika panas tu wehhhh
Quote renko 6-11-2024 10:33 AM
anak somebody ke
kenapa mcm bangang je statement ni
Quote syamzana 6-11-2024 10:43 AM
mmmm... tggu mati je la camtu
Quote IvyGorgon 6-11-2024 10:49 AM
Serious lah ni gurauan? Meh sini anak kau aku tekapkan seterika at highest hot level! Celaka masing2 yach! Moga Allah kifarahkan manusia2 yg tak adil ni kat dunia! Takyah tggu kat sana, cashkan kat sini!

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044002 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top