Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) bersetuju untuk menghentikan penjualan rokok di semua premis berdaftarnya menjelang tahun depan. Presiden Presma Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, ia diputus selepas perbincangan dengan semua ahlinya dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu baru-baru ini. Beliau berkata, keputusan itu adalah selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KMM) dalam larangan merokok di restoran dan premis makanan. "Kami percaya ini adalah cara yang betul untuk menyokong saranan kementerian. Kami juga mahu bekerjasama dengan KKM untuk menghapuskan penjualan rokok di semua restoran ahli kami. "Langkah ini juga akan meningkatkan kesedaran mengenai kesan merokok di dalam premis makanan," katanya dalam kenyataannya, hari ini. Beliau juga, menggalakkan semua ahli Presma untuk bertanggungjawab dan menerima pakai perubahan itu.
SUMBER: – Harian Metro |
ADVERTISEMENT