CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sangat kurang ajar, berhenti tanya saya soal anak’ - Janna Nick

5-11-2024 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46290| Komen: 343

 


Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick tidak dapat mengawal emosinya sehingga menangis teresak-esak meminta khalayak agar berhenti bertanyakan soal anak terhadap dirinya.

Menceritakan pengalamannya yang sering diajukan tentang zuriat, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner , 29, menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam akaun Instagram mengakui sangat terkesan dengan satu komen netizen yang menuduh suaminya, Dini Azad Schatzman terlebih hormon wanita.


“Biasanya saya tak kisah sangat bila orang selalu komen bila nak ada anak. Tetapi komen yang satu ini membuatkan saya sangat terasa.

“Dini ni mesti hormon perempuan banyak, sebab tu susah nak dapat anak.

“Sangat kurang ajar! Kami telah lakukan macam-macam cara untuk dapatkan anak. Saya sendiri bertanya pada Allah bila nak beri saya anak. Bila orang tanya saya, saya tak tahu nak jawab apa,” katanya.

Kongsi pengacara Famili Duo itu lagi, pada Oktober lalu telah genap setahun dia menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) namun usahanya gagal.

“Sewaktu saya buat IVF, saya hanya mampu hasilkan lima telur sahaja. Untuk umur seperti saya, bilangan itu sangat teruk.

“Disebabkan itu saya ubah cara hidup saya, cara kerja saya, cara pemakanan saya. Saya ambil macam-macam ubat, ambil pil hormon sampai badan saya jadi gemuk muka saya naik jerawat. Saya tak pernah ada jerawat sebelum ini.

“Apa sahaja yang saya tak buat? Orang cakap minta ibu mengandung pijak ibu kaki. Saya minta Nabila Razali (penyanyi) pijak ibu kaki saya. Saya terlampau terdesak mahukan anak,” katanya sambil menangis.

Disebabkan bengang netizen yang sering menyuruhnya melalukan pelbagai cara termasuklah minum susu untuk hamil, Janna turut membuktikan kesanggupannya minum susu dalam video berkenaan untuk memuaskan hati netizen.

“Apa lagi yang anda mahukan? Tolong berhenti tanya saya pasal anak. Janganlah tanya apa-apa lagi,. Hanya beri kami masa dan ruang.

“Janganlah komen benda-benda yang negatif seolah-olah kami berdua ada masalah. Kami berdua tiada masalah ” katanya.

Menjelaskan mereka berdua tiada sebarang masalah kesihatan, pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu bagaimanapun bersyukur kerana masih ada yang mendoakannya dan memberikan sokongan untuk dia mendapat zuriat satu hari nanti. Dia juga akur ketentuan Tuhan berhubungan soal anak.

Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi. Sejak berkahwin Janna dan Dini tidak pernah merancang soal anak bahkan sering berharao segera dikurniakan cahaya mata.

SUMBER: – Kosmo Online 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 6-11-2024 12:02 AM
senang citer tak yah baca pun komen2 tu
netz kalau tak over mmg tak sah sampai kan hal2 mcm ni pun sibuk nak tanya
Quote AWEKSAMURAI 6-11-2024 12:04 AM
Beriya nk anak sgt2 dh kenapa kalau bukan rezeki lagi.Ada je org kwen bertahun berbelas tahun xde anak.Ank ni pun x semestinya ko bahagia .Tgok Faz ada ank bercerai jgak.ramai org ada ank bercerai .anak ni bukan menjamin sgt kebahagiaan.Ada okey xde pon xpe beto tu kwen berbelas tahun rileks je
Quote annadonna 6-11-2024 12:05 AM
Gigih nak explain. Terpaling ttc.
Quote doubleA 6-11-2024 12:17 AM
Iols tgk video jannah ni dan jujur iols simpati. Komen tu memang melampau, jantan kan yg komen? Ko jaki ke dgn jannah/dini ni? Tapi jannah pun toksah hadap validation netizen lah, ko enjoy je dgn laki biar netizen dengki tu terbakor. Baru setahun jannah, banyak couple lain (myb la bukan retis so tak kena hadap netizen puaka online), tapi mulut puaka ni wujud ja di mana2. Anak kurniaan Allah. Titik.
Quote penmerah 6-11-2024 12:47 AM
Kesiannya janna dan suami
Jahat ye org yg kata dini byk hormon pompuan
Entah2 yg mengata tu biology pun tak ambil
Moga janna dan dini bahagia dan dapat anak soon


Quote Farnor 6-11-2024 12:47 AM
Baru setahun la jannah.. Mudahan ada rezeki anak tu termasuk la guwe n semua pasangan kat luar sana.. Amiin .. Sedih weii
Quote hokeypokey 6-11-2024 12:59 AM
ko pun stop la cerita pasal anak!!! Asik kuar cerita ko nk beranak jer, tu pasal mcm2 komen, org lain tak dapat anak diam jer teruskan hidup..
Quote pocongkiutss 6-11-2024 01:38 AM
Sbb dia nk sgt..tu jd stress..lg susah nk proses

Baik buat terus ivf.. umur muda . chances lg tggi..duit pun ada
Quote DianaSaksen 6-11-2024 01:58 AM
Ahad ni familia duo
Harap janna balas balik sidbiran Komen jantan haprak Tu masa live
Sebut sekali nama akaun dia
Mengelupur terus minta maaf kena saman
Quote doubleA 6-11-2024 02:15 AM
pocongkiutss replied at 6-11-2024 01:38 AM
Sbb dia nk sgt..tu jd stress..lg susah nk proses

Baik buat terus ivf.. umur muda . chances lg tggi. ...

Jannah dah buat ivf tapi failed
Quote jlocute 6-11-2024 02:17 AM
Baru setahun kawen janna, belum rezeki lagi.. iols 8 tahun baru dapat baby.. b4 org mengata kata iols mandul.apa la.. sabar je la
Quote ekselen 6-11-2024 02:48 AM
AWEKSAMURAI replied at 6-11-2024 12:04 AM
Beriya nk anak sgt2 dh kenapa kalau bukan rezeki lagi.Ada je org kwen bertahun berbelas tahun xde an ...

tu lah...actually dia yg mula2 beria menunjuk nk sgt zuriat tu.. siap up story bgn awal pg semata nk buat test pregnancy.. patutnya menda2 mcm ni ko buat diam2 je..tau2 dh ada "isik".. cer belajo sikit dr kak nab, tin tan.. mana nk memekak nak anak memanjang.. tau2 dh nk ada zuriat... semak sgt semua menda ko nk up..nasibla kalo dpt netizen mulut puaka dok komen kejam cenggitu.. segala jodoh, ajal, rezeki ko semua rahsia Allah.. Dia nk bg ke tak, dh ditentukan..ada lah sbb kalo ko lambat dpt zuriat tu.. byk2 bersabar dan sentiasa doa dan jaga mental ko tu baik2 sblm nk ada anak.. nanti da ada anak takut memekak plk kata penat, xcukup tido, xcukup rehat, xleh nk berjimba2.. skrg ni enjoy je ko punya marriage life berdua.. sampai masa ko dh bebetul sedia dan diizinkan, adalah rezeki tu nanti...
Quote oggy 6-11-2024 03:16 AM
Sian Janna.. lepas ni cuba lay low je bab2 ni.
Iolls doakan dipermudahkan urusan mereka dan dimakbulkan impian mendapat junior pada masa yang sesuai
Quote pujanggacinta 6-11-2024 03:31 AM
sikit jer dpt lima telur...
maybe kena amik masa utk ubah cara pemakanan dan lifestyle...
Quote Tiggybiru 6-11-2024 05:37 AM
Org bipolar ada phase manic dia
Mungkin masa dia duk tnjuk nak zuriat tu masa manic phase
Kita layannnkan je lahh
Quote CikNano 6-11-2024 05:43 AM
Sabar ya Janna.. Tapi bertepuk tangan la yg tukang komen tu sbb berjaya kacau emosi laki bini & berjaya buat korang sakit hati itu kalau xde simpati tukang komen tu.. Patutnya buat tatau ja
Quote naina 6-11-2024 05:44 AM
pujanggacinta replied at 6-11-2024 03:31 AM
sikit jer dpt lima telur...
maybe kena amik masa utk ubah cara pemakanan dan lifestyle...

Kalau telur yang baik sepatutnya dapat berapa telur.
Aku punya jiran buat ivf jugak untuk setiap anaknya. 3 orang dah ni. Sangat mudah. Bila dia plan nak on ivf je lekat. Bulan ni masuk telur bulan depan dah mabuk2. Rezeki dia betol sebab selalu dengar ivf ni susah menjadi.
Kes Janna ni dia punya terdesak dan berharap tu sampai belum setahun kawe dah plan ivf ya. Orang lain relax2 lagi. Dia ni.maybe sejenis nak apa semua kena dapat. Tengok life dia perfect dah..cantik, kaya,femes..suami baik hensem..cuma ujian dia anak. Dia kena redha..tapi bagus jugak dia dapat detect masalah dia rupanya telur tak sihat. Tiub terbalik MMG susah lekat. Kena ivf juga.
Quote naina 6-11-2024 05:48 AM
ekselen replied at 6-11-2024 02:48 AM
tu lah...actually dia yg mula2 beria menunjuk nk sgt zuriat tu.. siap up story bgn awal pg semata  ...

Dia sejenis apa dia nak mesti dapat. Bila diuji cmni, susah sangat nak dapat sesuatu tentulah dia stress gila. Mesti dia dah berangan mcam2 dan plan nak buat content macam2 dari pregnant sampai ada baby. Nak bahagia bunga2 je..sekali terbalik dari apa dia harapkan. Bertabah jelah Janna. Sama ada kau redha dan sabar atau kau akan stress.
Quote pocongkiutss 6-11-2024 06:03 AM
doubleA replied at 6-11-2024 02:15 AM
Jannah dah buat ivf tapi failed

Laa serius la dia dh buat? Mmg betul2 beria nak ni..dia kawen pun br bape taun kan..mesti stress gila ni..iols buat pun bila dh betul2 redha..kalau x dpt pun , mmg dh sediakan mental yg mmg bukan rezeki..siap mmg dh fikir mcm2 utk hr tua & dh rs mcm takkan dpt dh..tp time tu la yg lekat. Selalu dgr org ckp camni kan..bila betul2 dh tak fikir sgt tu lah yg lekat. Iols tak percaya juga..tp itulah yg jd

Hrp dik janna diam2 je kalau tgh ttc ni..tak payah update sesapa..kurg skit stress tu..off je komen kt ig, tiktok bagai

Lihat semua komen(343)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.341877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top