CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Plat SK Singapura ke?’ – Shakilla Khoriri berang dilarang isi petrol

5-11-2024 11:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39243| Komen: 58

 


Gara-gara plat nombor kereta, pelakon Shakilla Khoriri disangka sebagai warganegara Singapura sehingga tidak dibenarkan mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Shah Alam, di sini.

Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shaklila Mohd. Khoriri, 35, mengakui bengang dengan sikap tidak cakna dan bodoh sombong segelintir individu yang mengakibatkan kesulitan terhadap orang lain.

“Aku memang ada isu dengan orang yang rasa diri tu paling betul dan bijak pandai. Mencari salah orang tapi diri sendiri pun tin kosong.

“Pagi tadi selepas hantar Ameena (anak) ke sekolah, aku berhenti isi petrol dekat Petronas Bukit Subang, Denai Alam, lama betul tunggu mamat ni isi minyak, sampailah satu kereta di depan sudah selesai, aku pun pergi.

“Dia pandang dari jauh dan sebelum pergi beritahu staf di situ jangan bagi aku isi minyak sebab aku orang Singapura. Staf cakap, ‘kakak! Tak boleh isi minyak sini sebab abang pakai Vellfire putih kata awak bukan orang Malaysia’,” katanya dalam Instagram Story.


Meluahkan perasaan geram, pelakon drama Adam & Hawa itu menegaskan plat kenderaannya adalah yang didaftarkan di Malaysia, bukan dari negara jiran seperti didakwa individu terbabit.

Sempat menyindir, Shakilla berharap pemandu yang membuat tuduhan melulu itu membuat semakan dahulu sebelum menyerlahkan kebodohan diri sendiri

“Bukan ke nampak bodoh? Kereta besar, otak kosong. Sebelum nak tegur pastikan dulu ada ilmu.
“Tak pasal, pagi-pagi nampak bodoh. Ke tak pernah pergi Sabah Sarawak? Plat SK ini Singapura ke?

Keluarga dia siapa? Kutip dan hantar ke sekolah sekali dengan Ameena,” katanya.

Ibu kepada Ameena Sofia, 5, itu antara selebriti yang lantang mempertahankan hak dan menyuarakan pandangan dalam pelbagai isu semasa.

SUMBER: – Kosmo Online 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fairypopcone 5-11-2024 11:54 PM
Booo
Quote hyie 5-11-2024 11:57 PM
kalau iols pun iols menyirap
Quote Orix 6-11-2024 12:13 AM
Bru je terserempak ngn dia ni kt kl east mall weekend haritu…
Quote Goodluckdontcry 6-11-2024 12:16 AM
Nampak sgt ko dik tidaklah terkenal smp semua org kenal ko... kehkehkeh maknanya kewujudan ko, hnylah melukut ditepi gantang...maksud den dlm industri lagho seni lah... kehkehkeh
Quote doubleA 6-11-2024 12:18 AM
Malas baca kisah dia, nak komen gambar atas tu je dia ni tak pernah dapat watak jadi hantu ke ponti ke pocong? Macam sesuai je tgk dari gambar tu
Quote sharlenetexas 6-11-2024 12:19 AM
Tandanya anda artis sendu.


Quote makton 6-11-2024 07:47 AM
nak komen satu je. chili oil dia sedapppp
Quote sweetfasha 6-11-2024 08:02 AM
makton replied at 6-11-2024 07:47 AM
nak komen satu je. chili oil dia sedapppp

sedap ke uolss.. nak try jugaklah sebab sll nampak dia promote

SK tu plet mana? sandakan ke?
Quote bulalof 6-11-2024 08:15 AM
nampak kat one utama dgn anaknya. negative vibes, but im not being judgmental.
Quote supernaturalee 6-11-2024 09:01 AM
whou r yussssssssssssssssssss

psl nk isi minyak pun nk bukak tered

Quote marchikobonzo 6-11-2024 09:31 AM
Whatev..
Quote NazRysha 6-11-2024 09:59 AM
Orix replied at 6-11-2024 12:13 AM
Bru je terserempak ngn dia ni kt kl east mall weekend haritu…

lawa x minah ni kat luar?
Quote makton 6-11-2024 11:02 AM
sweetfasha replied at 6-11-2024 08:02 AM
sedap ke uolss.. nak try jugaklah sebab sll nampak dia promote

SK tu plet mana? sandakan ke?

tekak iols suka. sedikit pedas utk i, tp i suka sbb rasa garlic & masin dia ngam.
SK tu tak pasti plak sandakan or not. tp i selalu nampak plat yg mcm SY, SYG, SYA tu kot.
ramai je kwn/sedara i yg pakai plat Sx @ Sxx ni.

Quote Thunderclouds 6-11-2024 11:50 AM
Dia nk habaq plat gheta tu dia punya initial
Quote Thunderclouds 6-11-2024 11:52 AM
sweetfasha replied at 6-11-2024 08:02 AM
sedap ke uolss.. nak try jugaklah sebab sll nampak dia promote

SK tu plet mana? sandakan ke?

Mengikut carian gugel Kudat
Quote kerani_je 6-11-2024 11:57 AM
Edited by kerani_je at 6-11-2024 11:59 AM

Selain kisah royanan ko pada ex laki ko n bini baru dia, terpalit jgk kisah royanan ko pada masyarakat..Org tak kasi isi minyak la, anak ko kena buat dgn budak time main playground la, mak bapak budak tak aware la..Ko jenis tak boleh hidup dlm masyarakat gamaknye..teringat dulu kisah ko hon kuat2 time jiran area rumah ko buat kenduri pasang khemah depan rumah..Punca ko nk kluar dari parking dlm rumah ko pastu ada kereta tetamu jiran ko blok rmh ko..Boleh je ko tegur n ckp elok2..Sejenis ko je la betul betui betoll..
Quote kerani_je 6-11-2024 12:01 PM
supernaturalee replied at 6-11-2024 09:01 AM
whou r yussssssssssssssssssss

psl nk isi minyak pun nk bukak tered

Dah sendu..Harapkn kisah kisah gini je la mampu org ingat balik dia..Dah tak meroyan kat ex laki dah gamaknye..So up kisah lain la asalkn jadi tajuk benang..
Quote masnona 6-11-2024 12:02 PM
Lepas masuk benang ni baru tahu dia ni byk isu. Artis sendu ya
Quote MrsJane 6-11-2024 12:09 PM
Maksudnya kau tak femes sampai org tak kenal pun kau retis

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.203497 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top