CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bercuti di luar negara, isteri Nabil Ahmad tanggal tudung

5-11-2024 10:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35251| Komen: 89|Original author: bottompro

 


Isteri kepada pengacara popular, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mengundang perhatian ramai apabila tampil dengan imej tidak bertudung dalam media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Zira yang ketika ini berada di luar negara bersama Nabil dilihat tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam di kepala sambil menikmati minuman.


Video itu juga memperlihatkan rambut Zira yang panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.

Zira mula mengenakan tudung awal 2021 dan penampilannya berhijab mendapat pujian ramai.


Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

Terdahulu, Nabil meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Naira Mikayla sudah bertudung, tidak lama dulu.

Katanya, keputusan anaknya mahu berhijab dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.



SUMBER: – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 5-11-2024 10:23 PM
Yeke nak cerai.
Quote timah03 5-11-2024 10:26 PM
Dia kan memang jenis on off tudung... Macam tak biasa...
Quote gerbera.memopad 5-11-2024 10:27 PM
Cerai tak kut. Nabil nampak macam family man sangat walaupun kadang-kadang mengacara (especially GV) macam tak ada common sense
Quote makcun14 5-11-2024 10:45 PM
dahlah pakai lagu ex pasangan paling ngetop cerai akhir 2024 ni, memang seramm.
meols tak pernah minat nabil hambar je lawak dia dari dulu pun
Quote exclusive_vvip 5-11-2024 10:55 PM
mcm x mungkin je..bukan ke Nabil tergilakan dia sejak zaman semekin lagi..dah kaya baru dia mau kat nabil..rasanya mcm itu la yg i penah baca dulu..takkan nabil nak lepaskan jackpot pulak
Quote starcity 5-11-2024 11:13 PM
Samada nk serai, protes or mmg nk free hair semula. Skrg ni mcm jd musim retis bercerai bergilir2
Quote sharlenetexas 5-11-2024 11:15 PM
Suka hati sis zira lah. Your body your choice.

Quote dubuk 5-11-2024 11:21 PM
Oh woww
Quote dedek12 5-11-2024 11:36 PM
Jeng3
Quote red_velvet 5-11-2024 11:40 PM
Laki bini bercuti sama2 kan.. serai apanya .. dia pakai tudung pun sebab takut netizen kecam masih free hair walhal laki dah haji
Quote Selubung 5-11-2024 11:41 PM
macam tak je.. nabil nampak macam sayang bini tapi tak tahu la kannn retis ni tunjuk yg indah2 sajerr
Quote hyie 5-11-2024 11:41 PM
sukati chuols lah nyeh. Tapikan asal free hair balik je mesti rambut karat kan. Memang sejenis trend kah?
Quote AWEKSAMURAI 6-11-2024 12:09 AM
Doakan sy ye semua agar sy kembali istiqamah..

Camtu lah ayat dorang selalu...padahal kenapa kita lak kena doakan dorang buang masa je kot
Quote Goodluckdontcry 6-11-2024 12:13 AM
Cehhh lakinya pun bkn dulu pakai seluar pendek ats lutut walau berhaji kehulur kehilir...sekufu.sekutu berkutu-kutu tmsklah kutu khinzir... kehkehkeh
Quote ninja boy 6-11-2024 12:18 AM
Cabaran betul istiqamah haji awal
Quote Acik2kepam 6-11-2024 01:02 AM
Edited by Acik2kepam at 6-11-2024 01:04 AM

Bior la dia bukan artis pun
Setau akak dia tak penah bising2 ckp nak pakai tudung ke apa.
Mcm jenis wat hal sendiri je nih, kita kenal dia pun sbb dia bini nabil bkn sbb ada berlakon sana sini pun.

Lagipun selama ni tudung dia pun kejap ala2 cikgu bedah kejap pesen tu pesen ni.
Quote hokeypokey 6-11-2024 01:04 AM
bini hajbil jer pun, apo nk heran
Quote Acik2kepam 6-11-2024 01:10 AM
red_velvet replied at 5-11-2024 11:40 PM
Laki bini bercuti sama2 kan.. serai apanya .. dia pakai tudung pun sebab takut netizen kecam masih f ...

tgk bola kan kat obersi sinun tu
Akak tgk bini dia mcm tak pakai tudung sgt pun kat sana tu ala2 hoodie je pun nampak leher segala.
Kat sini pun tudung dia ala kadar je yg bagusnya anak dia elok bertudung.

Quote hasniey 6-11-2024 01:23 AM
Xcerai kot.mmg wife dia on off kan dulu.lepastu balik haji org dok kecam xpakai tdg.yela lakinya org panggil haji haji.wife pulak free hair.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.105834 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top