CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Harga beg tangan dia sama harga rumah untuk orang miskin' – Asyraf Wajdi

5-11-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30646| Komen: 65|Original author: Abahmung

 

 
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengkritik usahawan terkemuka yang menayangkan beg tangan berharga RM30,000 miliknya sedangkan masih terdapat golongan miskin dan daif memerlukan bantuan.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook mempersoalkan apakah tiada perasaan bersalah pada usahawan itu memakai beg berjenama yang harganya menyamai sebuah rumah untuk golongan miskin dan daif.

“Tidakkah ada sekelumit perasaan rasa bersalah memakai beg berjenama dengan harga yang menyamai sebuah rumah untuk bantu bina atau baiki rumah orang miskin dan daif, yang masih banyak di kampung-kampung pedalaman?,” katanya hari ini.

Beliau namun tidak menyatakan usahawan terkemuka yang dimaksudkan.

Terdahulu, Asyraf Wajdi memaklumkan, kelmarin beliau dibawa melawat sebuah rumah tinggalan pusaka keluarga yang didiami dua beradik yang sudah berkeluarga di Kampung Gerik.

Menurutnya, beliau berasa amat tersentuh melihat kedaifan rumah tersebut bagaikan rumah dulu-dulu dalam filem seniman agung, Allahyarhan Tan Sri P. Ramlee.

“Kebetulan pula baru tengok dalam TikTok (fyp) koleksi beg-beg berjenama seorang usahawan terkemuka yang ditayangkan sehingga ada jenama Hermes yang bernilai RM30,000 satu beg,” katanya.


Katanya, beliau kemudian menghantar mesej kepada Timbalan KSU Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekiranya masih ada baki peruntukan untuk nembantu membaiki rumah warga miskin di Kampung Gerik itu.

“Alhamdulillah, beliau terus jawab untuk saya beri maklumat penuh untuk dibantu segera. Insya-Allah akan cuba dibantu dalam masa terdekat.

“Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk sentiasa membantu yang memerlukan. Sesungguhnya pada harta kita ada hak yang perlu diberikan pada yang memerlukan,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 5-11-2024 09:05 AM
30k mna cukup buat sebijik umah
Quote copy_paste 5-11-2024 09:11 AM
duit dia dari hasil titik peluh dia biar la dia nk beli dan habiskan utk tujuan yg dia suka,

sedangkan org miskin yg baju berlebihan dlm almari pun akan disoal kat sane,
Quote Abahmung 5-11-2024 09:38 AM
Firenzza replied at 5-11-2024 09:05 AM
30k mna cukup buat sebijik umah

rumah Mesra Rakyat kot..
Quote nerdy69 5-11-2024 09:44 AM
Menunggang isu....
Quote dubuk 5-11-2024 09:49 AM
Poodah cit
Quote sranua 5-11-2024 10:03 AM
Masa aku handle rumah PPRT kat Selangor tu..dalam RM20 ribu lebih jugak Penaja taja rumah. Tapi  tu tahun 2000 an. Ni dengan segala mala barang semua dah naik harga...tak mustahil rumah PPRT pun dah jadi RM50 ribu ke atas.
Kena banyak beramal orang2 yang Allah dah bagi rezeki duit yang berlebih, kuasa untuk menggerakkan agihan duit tu dan kuasa untuk memilih. Bukan semuanya layak dibantu.
Quote ejans 5-11-2024 10:10 AM
Ada bagus juga org dok kecam handbag vivy.
Bagi generasi sekarang lebih peka dan sedar. Kita bukan sentiasa di atas. Nak berniaga, berniaga. Cari duit cari duit. Tak perlu nak tayang semua benda koleksi terpaling mahal. Cukup lah kes rosmah dulu. Vivy dah jadi kes rosmah 2.0
Quote shamsadis 5-11-2024 10:50 AM
nak berniaga, jangan pakai duit rakyat, tu je
Quote Firenzza 5-11-2024 11:25 AM
Abahmung replied at 5-11-2024 09:38 AM
rumah Mesra Rakyat kot..

Tak cukup.....dgn kos bahan binaan skrg kurang2 50k tp finishing hauk cement render, pintu flush door, dinding batu block pasir, jamban cangkung, tingkap nako boleh la....tu pun rumah 2 bilik
Quote bulan_gerhana 5-11-2024 11:49 AM
sranua replied at 5-11-2024 10:03 AM
Masa aku handle rumah PPRT kat Selangor tu..dalam RM20 ribu lebih jugak Penaja taja rumah. Tapi  tu  ...

uuuuuuuu

ni otai rumah kerajaan perihatin ni...
Quote tri-max 5-11-2024 11:49 AM
mungkin 30k utk kos baik pulih rumah sedia ada..
tp tak kisah la, janji boleh tunggang kes vivik n her handbags
Quote B40tastePosh 5-11-2024 11:52 AM
Edited by B40tastePosh at 5-11-2024 06:07 PM

Yang orang miskin ada je yang beli support produk founder tu

So salahkan juga orang miskin support produk orang kaya tu.
Quote jari10 5-11-2024 11:59 AM
Edited by jari10 at 5-11-2024 12:00 PM
Firenzza replied at 5-11-2024 11:25 AM
Tak cukup.....dgn kos bahan binaan skrg kurang2 50k tp finishing hauk cement render, pintu flush d ...


Rumah 3 bilik
Semenanjung RM66k
Swak/Sabah RM79k
Kos bantuan bina rumah baharu
Quote Firenzza 5-11-2024 12:03 PM
jari10 replied at 5-11-2024 11:59 AM
Rumah 3 bilik
Semenanjung RM66k
Swak/Sabah RM79k

Kannnn........kena jual 3 bijik Hermes la baru dpt sebijik umah
Quote sepiITUindah 5-11-2024 01:01 PM
time bini bossku
tak berkutip
Quote ninja boy 5-11-2024 02:28 PM
Harta itu ujian
Quote cmf_almondpecan 5-11-2024 02:41 PM
nerdy69 replied at 5-11-2024 09:44 AM
Menunggang isu....

Ye la kan. Angle ni pulak yg dia dok rintih. Isu ni bukan soal sampai hati ke tidak beli barang mahal. Kalau mmg berduit, pakai la apa pun. Isu dia sama ada terdapat unsur seleweng ke salah guna kuasa ke rasuah ke. Penunggang ni kalau check rumah dia pun haruslah rumah yang ok dan bukan rumah berharga 30k yg dia dok ratib tu. Takkan kita bising kata rumah dia kalau jual boleh bina banyak rumah 30k tu? Dah dia mampu, duduk la rumah yang selesa.
Quote maxgamer82 5-11-2024 02:52 PM
ingatkan dia mengata FLOM
Quote hargaterkini40 5-11-2024 02:53 PM
Menghargai usaha Datuk Dr. Asyraf Wajdi dalam mencari bantuan untuk membaiki rumah warga miskin di Kampung Gerik. Ini menunjukkan tindakan proaktif yang patut dicontohi oleh pemimpin lain.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.252475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top